Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.cun] | راچون

Definisi : 1. bahan yg berbisa dan boleh memati­kan atau membawa maut (kalau dimakan dll): ia pun makan ~ lalu mati; ~ herba racun perosak yg digunakan utk menghapuskan atau mengawal pertumbuhan rumpai atau tumbuh­an lain yg tidak dikehendaki; ~ kulat racun perosak yg digunakan utk membunuh atau menghalang pertumbuhan kulat; ~ perosak racun drpd bahan kimia yg digunakan utk membunuh perosak spt serangga dan rumpai; ~ serangga racun perosak yg digunakan utk membunuh serangga yg berbahaya pd manusia; 2. bahan yg berbisa dan boleh menyebabkan sakit: kuman tetanus ini berkembang biak dan mengeluarkan sj ~ yg menyebabkan tegang urat leher dan tulang rahang; 3. ki sesuatu yg merosakkan batin (fikiran dll): kerisauan menjadi ~ kpd kehidupan; per­buat­an spt ini akan menjadi ~ kpd syarikat dan juga kpd ahli yg berkenaan; jikalau air ~, rembesnya pun ~ juga prb jika asal sesuatu itu buruk, nescaya keturunannya pun buruk juga; beracun ada racunnya, mengandungi racun: gas yg ~; makanan yg ~; meracun memberi makan racun (supaya mati): ia dituduh ~ anjing jirannya; meracuni 1. membubuh racun pd: dia ber­teriak mengatakan aku ~ makanan itu; 2. mengganggu, mengusik, menggiurkan (hati): senyumnya ~ hati; 3. merosakkan, mem­binasa­kan: dia dikatakan ~ fikiran rakyat; meracunkan meracun utk: dia ~ ibunya lalang yg tumbuh terbiar di sekeliling rumah; keracunan kena racun, termakan racun; ~ makanan termakan makanan yg mengan­dungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa kesakitan kerana telah memakan makanan yg mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan yg menyebabkan penyakit; peracunan perihal meracun (meracuni); peracun 1. orang yg meracun atau meracuni: perempuan boleh menjadi penawar dan perempuan juga boleh menjadi ~; 2. orang yg membuat racun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.cun] | راچون

Definisi : 1 sesuatu yg berbisa dan dpt mematikan atau mencederakan jika termakan: Beliau mati kerana termakan ~. 2 ki sesuatu yg dpt merosakkan batin atau fikiran: Sekarang ini telah banyak filem yg menjadi ~ kpd jiwa masyarakat. beracun ada racunnya: makanan yg ~. meracun 1 membunuh atau membinasakan sesuatu dgn racun; membubuh racun utk membunuh dll: Bapanya sedang ~ lalang di ladang. 2 memberi makan racun (supaya mati): Ia telah dituduh ~ lembu jirannya. meracuni menjadi spt racun pd; mengganggu dan merosakkan (hati dll): Senyumnya yg manis ~ hati. Buku-buku lucah ~ fikiran anak-anak muda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
racun (kata nama)
Bersinonim dengan bisa, ipuh, tuba, toksin, santau, upas, sengat, arsenik, sianida, paraquat, racun herba, racun perosak, racun serangga;,
Kata Terbitan : beracun, meracuni, keracunan,

Puisi
 

Ayam siapa nampak rabun,
     Taji bisa macam racun;
Sungguh songket bunga bertimbun,
     Bukan boleh tahan bertahun.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Makan upas berulam racun.

Bermaksud :

Senantiasa hidup dalam kesusahan. upas = racun.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
darah mengandungi paras aldosteron yang sangat tinggi. Ke - adaan ini akan menyebabkan retensi natrium, kehilangan kalium urin dan al- kalosis. (BIO) aldrin (aldrin) Formula C 12 H 8 Cl 6 . Racun serangga bukan sistemik berbentuk hablur putih alcosol aldrin Kamus Sains.indb 36 7/8/08 11:45:55 AM 37 yang tidak berbau dan tidak larut dalam air tetapi larut alkohol, takat lebur 170ºC dan terurai pada 210ºC lalu membentuk nitrus oksida dan air. Ammonium nitrat disediakan melalui tindakan wap ammonia terhadap asid nitrik. Sebatian ini digunakan untuk membuat baja, racun rumpai, racun serangga dan bahan letupan. (KIM) ammonium sulphate (ammonium sulfat) Formula (NH 4 ) 2 SO 4 . Hablur putih atau kelabu-keperangan, larut dalam air, ti- dak larut dalam alkohol

Kembali ke atas