Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.put] | رڤوت

Definisi : buruk atau lapuk (kayu, kain, dll): pokok itu direndam dlm air sehingga ~ dan tang­gal segala bahagian yg lembut dan isi batang­nya; ~ fros kemusnahan tisu, terutamanya tisu pd jari tangan, jari kaki, hidung dan telinga akibat terdedah pd suhu sejuk beku (spt yg pernah dialami oleh pendaki gunung); ~ relai rosak berpisah-pisah kerana busuk atau lapuk (kain, kayu, dll); mereput menjadi reput; mereputkan menyebabkan menjadi reput: hidupan seni memakan dan ~ bahagian tum­buh-tumbuhan yg mati; reputan benda yg reput: tumbuhan itu hidup di tanah yg kaya dgn ~ benda-benda organik; kereputan perihal (keadaan) reput; pereputan perihal (proses dsb) menjadi reput: karbon dioksida terjadi oleh ~ tumbuh-tumbuhan yg mati dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.put] | رڤوت

Definisi : buruk atau lapuk (bkn kayu, kain dll): ~ relai hancur berkecai-kecai (kerana busuk atau lapuk). ~ fros kerosakan teruk atau kemusnahan pd tisu, terutamanya tisu pd jari tangan, jari kaki, hidung dan telinga akibat terdedah pd suhu sejuk beku (spt yg mungkin dialami oleh pendaki gunung). mereput menjadi reput. mereputkan menyebabkan menjadi reput: Hidupan seni memakan dan ~ bahagian tumbuh-tumbuhan yg mati. reputan benda yg reput. pereputan perihal (proses dll) mereput atau mereputkan: Tanaman tutup bumi mencegah berlakunya ~ bahan organik dgn cepat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reput (adjektif)
Bersinonim dengan luluh, lusuh, buruk, busuk, lapuk, berkarat, lunyai, mumuk, bercendawan;,
Kata Terbitan : kereputan, pereputan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Antigen atau ampaian sel yang digunakan untuk melakukan ujian peng- aglutinan. (BIO, UBAT) aggradation (agradasi) Pembentukan permukaan bumi terutamanya dasar sungai disebabkan long- gokan kelodak atau bahan organik yang telah reput. (HID, HUT) aggregate-cement ratio (nisbah agregat simen) Nisbah berat agregat, iaitu berat pasir dan batu dibandingkan dengan berat simen yang digunakan dalam campuran konkrit. Nisbah agregat simen juga merupakan biopemangkin) Bahan pemangkin yang berasal daripada sumber hidup seperti enzim dan sel. (BIO) biochemical oxygen demand (permintaan oksigen biokimia) Indeks pencemaran air yang menunjukkan kandungan bahan dalam air yang boleh reput secara biokimia. Singkatan BOD. (HID) biocide (biosid) Bahan yang dicampurkan atau disemburkan ke atas plastik untuk mengelakkan daripada penguraian dan degradasi yang disebabkan oleh organisma semula jadi seperti kulat dan

Kembali ke atas