Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pembalut, pembungkus, sampul, sarung, selongsong; ~ bunga kecubung yg terdapat pd bahagian luar kelopak bunga, kaliks (bunga); ~ surat sampul surat; bersalut 1. berbalut, berbungkus, bersampul, bersarung: tongkat kecil hitam dgn kepalanya ~ tembaga; bungkusan itu ~ kertas minyak; 2. ki berselubung, berselindung: hadiah yg murah tetapi ~ ikhlas; seruku riang ~ jenaka; menyalut membalut, membungkus, menyam-pul: gambar itu hendaklah disalut supaya tidak pudar; ~ sarung keris dgn perak; menyaluti menjadi sbg salut pd, membaluti: tepung ubi ~ kesemua kepingan keladi; salutan sesuatu yg digunakan utk menyalut; penyalutan perihal (proses atau perbuatan) menyalut atau menyaluti sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
salut (kata nama)
Bersinonim dengan pembalut, pemalut, pembungkus, sampul, sarung, selongsong, sadur, pembarut, pembebat, sepuh, selaput;,
Kata Terbitan : bersalut, menyalut, salutan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
tindak balas antara daya jek dengan bangunan yang disokong. (KEJ) jacket (jaket) 1. Dinding palsu atau dinding lapik pada suatu bekas yang digunakan untuk memanaskan atau menyejukkan bekas tersebut. 2. Salut besi pada relau. 3. Batu bata yang menutupi pendandang. (KIM) jackshaft (aci bicu) Aci pendek yang biasanya digunakan bagi menghubungkan dua buah mesin untuk meningkatkan atau mengurangkan keterlenturan dan laju mesin

Kembali ke atas