Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.rung] | ساروڠ

Definisi : 1. salut (tempat menyimpan keris, pedang, dll) yg dibuat drpd kayu dll: pedang yg sudah terhunus drpd ~nya; 2. sampul (bantal, surat, dll), bungkus; 3. = kain ~ kain yg hujung pangkalnya dijahit bersambung; ~ akar tisu yg menyalut hujung akar (supaya tidak rosak, patah, dll); ~ bantal kain pembungkus bantal (supaya bantal tidak kotor dll); ~ bidal = ~ jari sarung jari yg diperbuat drpd logam (utk orang menjahit), jidal, didal; ~ kepompong lapisan yg menyaluti telur (kepompong) serangga; ~ keris sarung tempat menyimpan keris; ~ surat sampul surat; ~ tangan kaus tangan; seberapa panjang ~, begitulah panjang matanya prb perangai (perkataan) yg baik atau jahat menunjukkan sedikit atau banyaknya ilmu seseorang; bersarung memakai sarung: dia bertopeng dan ~ tangan; bersarungkan menggunakan sesuatu sbg sarung: ia mengambil goloknya yg berhulu-kan buluh dan ~ upih itu; menyarung 1. memberi bersarung: ~ keris; 2. memakai atau mengenakan (pakaian dll): dia terus ~ pakaian; menyarungkan 1. memasukkan ke dlm sarung: kemudian Panglima Hitam pun ~ kerisnya kembali; 2. mengenakan atau me-masukkan (pakaian, cincin, dll): dia terpaksa menahan nafas ketika ~ baju sutera halus tanpa tangan itu; ~ baju di badan maka sesuai prb mengukur perbuatan orang dgn keadaan diri sendiri; tersarung 1. terletak dlm sarung (keris, pedang, dll), dlm keadaan bersarung; 2. terlekat atau terpakai (pakaian dll): cincin pertunangan ~ di jarinya; penyarung sl orang yg membuat sarung: maka oleh segala perawangan itu di­bawa-nya keris itu kpd segala ~ disuruh sarungkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.rung] | ساروڠ

Definisi : Mn; menyarung mencelah (per-kataan orang), menyampuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.rung] | ساروڠ

Definisi : 1 = kain ~ kain panjang yg hujung dan pangkalnya dijahit ber­sambung (dipakai utk menutup ba­hagian badan dr pinggang hingga ke kaki). 2 salut yg dibuat drpd kulit (kayu dll) tempat menyimpan keris dll: ~ keris; ~ pedang. 3 sesuatu yg digunakan utk menyalut atau utk menyampul sesuatu yg lain: ~ bantal; ~ surat. bersarung 1 ada sarungnya; memakai sarung: Kerisnya tidak ~. ~ tangan. 2 memakai kain sarung. menyarungkan 1 memasukkan se­suatu ke dlm sarung: ~ pedang. 2 mengenakan atau memasuk­kan pa­kaian dsb ke badan: ~ cincin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kain sarung bunga belais,
     Dikandung-kandung cuci di kaki;
Tunduk terkidum menyapa ikhlas,
     Barulah sedap rasa di hati.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Berapa panjang sarung begitulah kerisnya.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Berapa panjang lunjur, begitulah panjang selimut).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
oren kemerahan yang diperoleh daripada kulit biji pokok Bixa orellanna. Anato terdiri daripada komponen larut lemak yang mengandungi biksin dan komponen larut air yang mengandungi norbiksin. Anato digunakan dalam pembuatan sarung sosej, oleomarjerin, lelemak dan keju. (TEKMA) annelid (anelid) Lihat Annelida. (BIO) Annelida (Annelida) Filum invertebrat yang terdiri daripada cacing yang berbilang segmen, ber- badan lembut dan memanjang seperti silinder. Setiap yang pegun. Bebola tersebut bergerak di antara kandung cekam atau larian pada aci dengan anggota pegun. (FIZ) ball thrust bearing (galas tujah bebola) Galas yang terdiri daripada bebola logam dalam sarung yang ditempatkan di antara dua gelang anulus untuk menyokong sebarang tolakan paksi pada aci yang disokong. (FIZ) ballismus (balismus) Pergerakan mengayun yang kuat pada anggota akibat kontraksi otot anggota proksimal

Kembali ke atas