Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sén.déng] | سينديڠ

Definisi : (séndéng) 1. tidak tegak letaknya, senget, miring, tidak seimbang (bahu), rendah sebelah; 2. (Mat) sempadan (pd sesebuah segi tiga tepat) yg letaknya bertentangan dgn sudut tepat; 3. bp agak kurang siuman, kurang ingatannya; ~-mendeng terhuyung-huyung (spt hendak jatuh); bersendeng bersandar: dia tidak duduk terus melainkan ~ pd tempat pegangannya sahaja; bersendengan agak miring (condong, senget) letaknya: kalau angin kencang, layar perahu ~; menyendeng senget atau condong letaknya, miring: seseorang penunggang motosikal ~ arah ke dalam apabila menempuh selekoh; menyendengkan meletakkan condong (senget, miring) sedikit, menyengetkan (letak sesuatu); tersendeng-sendeng terhuyung-hayang (spt hendak jatuh). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sén.déng] | سينديڠ

Definisi : (séndeng) IB 1. usaha mubaligh agama Kristian (Protestan); 2. mubaligh agama Kristian (Protestan); rumah sakit (sekolah dll) ~ rumah sakit (sekolah dll) yg diseleng-garakan oleh mubaligh agama Kristian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sén.déng] | سينديڠ

Definisi : /séndéng/ 1 tidak tegak letak­nya; condong; senget. 2 ki tidak berapa siuman; agak gila. menyendengkan meletakkan sesuatu condong atau miring sedikit; menyengetkan letak sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
juga mengakibatkan ketoksikan atau kanser pada hati. (BIO, TEKMA, UBAT) aerometer aflatoxin Kamus Sains.indb 27 7/8/08 11:45:54 AM 28 A-frame (kerangka A) Kombinasi binaan sendeng tiang dan rasuk yang mendatar berbentuk A. (KEJ) after flow (aliran lanjur) Aliran cecair yang masih tetap wujud kerana pengaruh kelikatan, walaupun tiada tindakan daya dari luar. Aliran berlaku kerana m. (BIO) bathymetry (batimetri) Kajian tentang pengukuran kedalaman lautan untuk menentukan topografi lan- tai lautan. (BIO) bathythermograph (batitermograf) Alat yang digunakan untuk mengukur suhu dalam lautan. (BIO) batter pile (cerucuk sendeng) Cerucuk galas yang ditanam dengan sudut kecondongan tertentu untuk me- nyokong struktur daripada tindakan daya sisi. (KEJ) baud (baud) 1. Unit ukuran bagi perhubungan data bersiri yang dikira sebagai ukuran

Kembali ke atas