Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.rong] | سيروڠ

Definisi : (sérong) 1. menyimpang dr arah yg lurus (garis dll), tidak tepat atau tidak lurus (letak, potongan sesuatu, dll): letak rumah-nya ~; batang itu mestilah dikerat melintang, tidak dipotong ~; jalan yg ~ a) jalan yg tidak lurus (ke barat, ke timur, dll); b) perbuatan yg salah (tidak sbg semestinya); kain ~ (bugis) sj cara memakai kain; memandang ~ a) memandang ke samping; b) menganggap tidak wajar; 2. ki tidak lurus hati, tidak jujur, curang: berlaku ~; menyerong tidak lurus arahnya (berjalan, memotong, dll), mencong: masukkan jarum ~ dr belakang; menyerongkan 1. menjadikan serong (letak, bentuk, dll), memencongkan: ~ jarum ke kiri; 2. ki menjadikan curang, me­mesongkan: kekayaan boleh ~ kebenaran; keserongan ki perihal serong (curang dll), kecurangan; penyerongan perihal menyerongkan se­suatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.rong] | سيروڠ

Definisi : (sérong); ~ ekor sj ikan laut, Mugil dussumierii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.rong] | سيروڠ

Definisi : /sérong/ 1 tidak lurus atau tidak tepat letaknya; menyimpang dr garis atau dr arah yg lurus: Tulisannya ~ sedi­kit. 2 ki tidak jujur; tidak lurus hati­nya; curang. menyerong me­nyimpang dr arah yg lurus; bergerak serong. menyerongkan 1 meletakkan atau menjadikan serong. 2 ki melakukan sesuatu dgn curang; memesongkan. keserongan 1 keadaan serong. 2 kecurangan; ketidakjujuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serong (adjektif)
1. Bersinonim dengan pencong: herot, bengot, benyot, rencong, sayung, genjang, condong, mengok, mengot, senget, miring, sendeng, sadak, tuding, tubing, mendoyong, jeneng, gendeng, sondai, sinting, serendeng, reyok, melereng, ruyung, kencong, mencong, menceng, mengsol,
Berantonim dengan tegak

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tidak jujur, curang, tidak lurus, selingkuh, kongkalikong, palsu, pura-pura, culas, selingkuh,
Berantonim dengan amanah

Kata Terbitan : menyerong, menyerongkan, keserongan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
menyebabkan kenderaan dike - hendaki mengurangkan had laju. (KEJ) emulsion phase of fluidization end of expressway Kamus Sains.indb 313 7/8/08 11:49:06 AM 314 end veneer (venir serong) Venir yang mempunyai sudut yang agak besar dengan arah ira yang terjadi semasa pemotongan di bahagian tertentu seperti di pangkal dahan dan kayu pangkal atau pada kawasan yang berhampiran dengan antara 1.5 m hingga 3 m. Mata pisau pada alat pengetam pula biasanya berukuran kecil seperti saiz mata pahat. (HUT) knife angle (sudut mata pisau) Sudut di antara permukaan serong mata pisau atau satah unjurannya dengan garisan mendatar yang melalui hujung mata pisau pada mesin pengupas dan penghiris venir. (HUT) knife connection (sambungan mata pisau) Sambungan yang terdapat di antara

Kembali ke atas