Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.lur] | سولور

Definisi : 1. pucuk ranting drpd tumbuhan yg melata atau melilit, carang, julai; 2. akar yg tumbuh drpd cabang dll (pokok beringin, ara, dll); 3. (Bio) tunas yg menjulur (drpd tum­buhan spt bawang dll); 4. Id garisan (dawai dll) yg berlingkar-lingkar spt spring; ~ batang berbentuk melingkar-lingkar spt spring; ~ bayung sj ukiran yg berupa tunas (pd bumbung dll); ~-bulur a) berbelit-belit tidak keruan; b) tidak menentu (percakapan dll); ~ paut sj julai yg tidak berdaun drpd beberapa jenis tumbuhan (utk berpegang atau berpaut pd batang lain); ~ tiang sambungan pd puncak tiang; bersulur ada sulurnya, tumbuh sulurnya; menyulur keluar memanjang (tunas drpd beberapa jenis tumbuhan), menjalar, menjulur; sulur-suluran tumbuh-tumbuhan yg men­jalar (rotan, sirih, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.lur] | سولور

Definisi : sl penyuluh, perisik; ®suluh I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.lur] | سولور

Definisi : Pl alas sirih utk pengantin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.lur] | سولور

Definisi : 1 pucuk ranting atau julai be­be­r­apa jenis tumbuh-tumbuhan melata atau melilit; pucuk batang muda. 2 akar yg tumbuh pd cabang atau pd dahan (spt yg terdapat pd pohon beringin). 3 tunas yg tumbuh menjulur pd beberapa jenis tumbuh-tumbuhan (spt bawang, pisang). ~ bayung ukiran yg berupa spt tunas pd bumbung rumah. ~-bulur a. berbelit-belit tidak keruan. b. tidak menentu (bkn percakapan dll). ~ paut julai yg tidak berdaun pd beberapa jenis tumbuh-tumbuhan dan digunakan utk berpaut pd pokok lain (pd pagar dsb). menyulur keluar menjulur (bkn tunas atau pucuk). sulur-suluran beberapa jenis tumbuh-tumbuhan (spt sirih, rotan, keledek) yg menyulur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sulur (kata nama)
Bersinonim dengan carang, julai;,
Kata Terbitan : menyulur,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
berbentuk tiub yang me- lekat pada struktur yang mengelilinginya atau salut dalam yang terus melekat dan meliputi tendon. Ruang dalam tiub salut luar ini mengandungi bendalir pelincir sinovia. (BIO) tendril (sulur paut) Organ yang menyerupai benang, panjang dan berlingkar yang terubah suai daripada daun, batang, anak daun atau stipul. Organ ini terdapat pada batang atau daun tumbuh-tumbuhan pemanjat seperti pokok timun, petola dan peria. Sulur paut berlingkar di sekeliling batang dan cabang tumbuh-tumbuhan atau benda lain untuk menyokong tumbuh-tumbuhan pemanjat. (BIO) tenesmus (tenesmus) Perbuatan meneran, terutama peneranan yang tidak berhasil dan menyakitkan semasa

Kembali ke atas