Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.lam] | اولم

Definisi : 1. daun-daunan atau buah-buahan mentah (spt daun pegaga, petai, dll) yg dimakan dgn nasi, lalap: kami di rumah makan ~ pucuk janggus dgn sambal belacan; 2. = ulam-ulam, ulaman ki perempuan simpanan, gundik; ~ mencari sambal prb perempuan mencari (mendatangi) lelaki; hendak ~ pucuk menjulai = pucuk dicita ~ tiba prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki; ulam-ulaman berbagai-bagai jenis ulam: ~ spt pucuk paku, pucuk gajus, pucuk ubi kayu, dan pegaga sering terdapat di restoran itu; berulam makan nasi dgn ulam: saya suka makan ~; makan ~ ki sudah beristeri; berulamkan memakan sesuatu sbg ulam: kamu makan tengah hari tadi ~ apa? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.lam] | اولم

Definisi : ; ~ raja sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat ulam), Cosmos caudatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.lam] | اولم

Definisi : buah-buahan atau daun-daunan mentah (spt jering, pegaga) yg dimakan dgn nasi: ~ raja nama sj herba yg daunnya dibuat ulam, Cosmos caudatus. ulam-ulaman pelbagai jenis ulam: ~ spt pucuk paku, pucuk gajus dan pucuk ubi memang digemarinya. berulam makan nasi dgn ulam. berulamkan memakan sesuatu sbg ulam: Ketika makan tadi, kami ~ pegaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulam (kata nama)
1. Bersinonim dengan lalap: rumbah, salad, sayur,

2. Dalam konteks jenis
bersinonim dengan pucuk gajus, ulam raja, pucuk pegaga, daun selom petai, jering, kerdas, kacang botor,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan ulam-ulam, ulaman, gundik, perempuan simpanan.,


Puisi
 

Ulam temu di kebun Pak Akob,
     Halia tumbuh dalam dulang;
Mula bertemu macam tak cukup,
     Bila dah jemu tendang terajang.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Ada ulam hendaklah ada sambalnya.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada jarum hendaklah ada benangnya, b. Ada laut, ada perampok).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dikerjakan tetapi lambat mengering dan mudah diserang kumbang bubuk. Kayu ini sesuai untuk perabot, kayu panel, venir, papan la - pis dan ukiran. Beberapa spesies kungkur mengeluarkan buah yang dimakan sebagai ulam seperti jering (P. jiringa) dan kerdas (P. bubalinum). (HUT) Kupffer cell (sel Kupffer) Sel fagositosis berbentuk bintang yang terdapat di dinding sinus hati dan menginges sel darah merah. Sinonim star

Kembali ke atas