Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sang] | اوسڠ

Definisi : 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan: tikar meng-kuang yg sudah begitu ~; 3. sudah tidak biasa lagi dipakai (perkataan, barang, dll), kuno: kata-kata ini memang kedengaran sangat gagah, tetapi telah terasa hampa, kerana ertinya sudah tidak lagi dikenal atau sudah ~; pendapat demikian sudah ~, tidak lagi sesuai sekarang; 4. tidak subur lagi (bkn tanah), kehabisan baja (bkn tanah); ~-~ dibaharui ki membaharui adat lama yg sudah lemah dgn menyesuaikannya dgn keadaan baru; adat lama pusaka ~ Mn adat yg sudah turun-temurun; mengusang menjadi usang; mengusangkan membiarkan sesuatu men-jadi usang (tidak subur lagi dsb): katanya, cadangan ~ kawasan kelapa menyebabkan negara terpaksa bergantung kpd kelapa import; keusangan perihal (keadaan, sifat) usang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sang] | اوسڠ

Definisi : 1 kering dan tidak berisi (bkn padi dll). 2 kering dan tidak terurus (bkn rambut); kersang. 3 lama terpakai atau lama tersimpan (bkn sesuatu barang): Ia berbaring di atas sehelai tikar yg sudah ~. 4 tidak dipakai atau tidak digunakan lagi (bkn adat, perkataan dll); kuno: adat yg ~. 5 tidak subur lagi (bkn tanah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usang (adjektif)
1. Bersinonim dengan kuno: lama, lapuk, terlalu tua, buruk, uzur, lasam, tidak berguna lagi, bahari,
Berantonim dengan baru

2. Bersinonim dengan kering: kersang, gersang, kersul, kasang, cerin, dengkel,

3. Bersinonim dengan tidak subur lagi: kehabisan baja, saka, keras, mengkal, dangkal,
Berantonim dengan subur

Kata Terbitan : mengusang, keusangan,

Peribahasa

Usang dibarui,
     lapuk dikajangi.

Bermaksud :

Kebiasaan lama yang baik sudah dilupai orang dihidupkan kembali, mana-mana yang kurang baik diperbaiki.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Virus tak aktif yang diintegrasikan ke dalam kromosom sel perumah. (BIO) endogonidium (endogonidium) Gonidium yang terbentuk dalam pudung atau gonidangium. Walau bagaimana- pun, istilah ini tidak digunakan lagi kerana dianggap usang. Istilah ini kadang- kadang dikenali juga sebagai endokonidium. (BIO) endolithic (endolitik) Perihal liken, contohnya Lecanora dispersa dan Verrucaria hochstetteri, yang talusnya terbenam dalam batu, dan jasad buahnya terbentuk di permukaan

Kembali ke atas