Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.tih.kan] | مموتيهکن

Definisi : 1. memberi warna putih, mengecat putih, mengapuri: ~ kain dgn bahan kimia; 2. menjemur (kain dll) sesudah disabun atau direndam dlm air sabun, mengelantang (kain dll): ~ kain seperah; menghitamkan dan ~ ki menentukan, mem­buat keputusan; ~ mata ki a) memalukan; b) menyakiti hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.tih.kan] | مموتيهکن

Definisi : membuat supaya jadi putih; memberi berwarna putih: ~ tembok dgn kapur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
whiteningpemutihanKejuruteraanTiadaProses memutihkan sesuatu bahan.
whiting processproses pemutihanKesenianTiadaProses memutihkan sesuatu sama ada dengan mengecat putih atau pelunturan.
whitenerpemutih)KejuruteraanTiadaAgen yang digunakan untuk memutihkan sesuatu bahan.
bleachingpelunturanPentadbiran PerniagaanTiada1. Pemutihan: Proses melunturkan atau memutihkan warna seperti dalam fotografi dan lukisan cat atau pada kain dan sebagainya.
bleachingpelunturan; pemutihanKesenianTiada1. Pemutihan: Proses melunturkan atau memutihkan warna seperti dalam fotografi dan lukisan cat atau pada kain dan sebagainya.
tooth bleaching agentagen peluntur gigiPergigianTiadaBahan kimia yang digunakan dalam teknik pelunturan gigi vital dan tak vital. Ia digunakan untuk memutihkan permukaan gigi yang telah berubah warnanya. Biasanya bahan kimia yang digunakan adalah hidrogen peroksida, karbamida peroksida atau natrium perborat.
chicken-skin glovessarung tangan kulit ayamKesenianTiadaSarung tangan kosmetik daripada belulang tipis dan teguh yang dirawat dengan badam dan spermaseti, dipakai oleh wanita untuk melembutkan dan memutihkan tangan pada waktu malam. Popular pada akhir abad ke-17 dan awal abad ke-19.
tyrosinase inhibitory assaycerakin perencat tirosinaseHerbaPemiawaianProsedur yang dilakukan untuk melihat potensi ekstrak herba yang boleh merencat enzim tirosinase. Enzim ini merupakan enzim utama penghasilan melanin, iaitu pigmen kulit yang melindungi sinar ultralembayung dan kerosakan kulit. Cerakin ini dapat menentukan potensi ekstrak herba bagi tujuan kosmetik, iaitu mengurangkan kesan antipenuaan dan memutihkan kulit. Contohnya, ekstrak akueus pegaga (Centella asiatica) dapat merencat aktiviti enzim tirosinase dengan menggunakan kaedah cerakin perencat tirosinase.
Areca catechuPinangPertanianTiadaTumbuhan daripada famili Arecaceae yang pokoknya tinggi dan tidak bercabang. Daunnya jenis majmuk pinat yang berpelepah panjang. Bunganya kecil dalam susunan mayang dan menghasilkan buah bertandan yang berwarna hijau, bertukar kepada jingga kemerahan apabila masak. Asalnya ditanam untuk kegunaan bijinya, kini diperkenalkan sebagai hiasan landskap. Biji buah pinang mengandungi alkaloid arekolina. Daun digunakan secara luaran untuk rawatan demam dan pening kepala. Biji daripada buah matang dimakan bersama sirih, digunakan untuk mengubati luka dan bisul. Serbuk bijinya boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Air rebusan putik buah digunakan untuk menyuburkan peranakan.
Areca catechupinangHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan daripada famili Arecaceae yang pokoknya tinggi dan tidak bercabang. Daunnya jenis majmuk pinat yang berpelepah panjang. Bunganya kecil dalam susunan mayang dan menghasilkan buah bertandan yang berwarna hijau, bertukar kepada jingga kemerah-merahan apabila masak. Pada asalnya, pinang ditanam untuk kegunaan bijinya tetapi kini diperkenalkan sebagai hiasan landskap. Biji buah pinang mengandungi alkaloid arekolina. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat demam dan pening kepala. Biji daripada buah matang dimakan bersama sirih dan digunakan untuk mengubati luka dan bisul. Serbuk bijinya boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Air rebusan putik buah digunakan untuk menyuburkan peranakan.

Kembali ke atas