mikropil | micropyle | Liang pada bahagian hujung ovul yang membolehkan tiub debunga masuk. Liang ini dapat dilihat pada kulit biji benih yang matang. Liang ini membenarkan udara dan wap air masuk. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
meresap | seep | Masuk dan hilang ke dalam liang atau lubang. | Sekolah Rendah |
serap | absorb | Menyerap masuk ke dalam liang-liang kecil. | Sekolah Rendah |
penyerapan | absorption | Proses sesuatu bahan masuk ke dalam struktur bahan yang lain. Contohnya, penyerapan wap air oleh kalsium klorida kontang. | Menengah Rendah |
pengudaraan | aeration | Proses pergerakan udara masuk dan keluar. | Menengah Rendah |
tenggelam | sink | Sifat sesuatu objek yang masuk dan terbenam ke dasar air. | Sekolah Rendah |
udara sedutan | inhaled air | Udara yang masuk ke dalam paru-paru melalui saluran pernafasan. | Menengah Atas |
udara sedutan | inhaled air | Udara yang dihela masuk ke dalam paru-paru semasa pernafasan. | Menengah Rendah |
meteor | meteor | Jasad dari angkasa lepas yang masuk ke ruang atmosfera bumi. Akibat geseran dengan zarah udara, meteor menjadi sangat panas, lalu terbakar dan menghasilkan cahaya. Meteor dikenali juga sebagai tahi bintang. | Menengah Rendah |
trakea | trachea | Saluran berbentuk paip yang membawa udara masuk ke dalam paru-paru. Saluran ini diperkuat oleh tulang rawan yang berbentuk āCā. Trakea bercabang menjadi dua bronkus. | Menengah Rendah |