Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
positifpositiveSifat bahan yang mempunyai cas positif.Sekolah Rendah
ionionAtom atau molekul yang kehilangan elektron, atau yang memperoleh elektron. Ion positif terbentuk apabila atom kehilangan elektron, dan ion negatif terbentuk apabila atom menerima elektron. Ion positif dikenali sebagai kation manakala ion negatif disebut anion.Menengah Atas
spektrometer jisimmass spectrometerAlat untuk menentukan jisim atom relatif sesuatu atom unsur. Dalam spektrometer jisim, suatu campuran ion positif bergerak dengan halaju yang sama melalui medan magnet, yang akan memesongkan ion positif tersebut. Lihat RajahMenengah Atas
anodanodeElektrod positif dalam sel elektrolisis. Lihat RajahMenengah Rendah
kationcationIon bercas positif yang bergerak ke arah katod dalam elektrolisis.Menengah Atas
anodanode1. Elektrod positif dalam sel elektrolisis. 2. Terminal negatif pada sel kimia.Menengah Atas
protonprotonZarah subatom bercas positif yang membentuk nukleus atom.Menengah Rendah
zwiterionzwitterionIon yang mempunyai cas positif dan negatif pada atom kumpulan yang sama.Menengah Atas
cas elektrikelectric chargeZarah asas positif dan negatif, yang dapat menarik atau menolak satu sama lain melalui tindak balas elektromagnet. Dua zarah dengan cas yang serupa menolak satu sama lain, manakala dua zarah dengan cas yang berbeza menarik satu sama lain.Menengah Atas
logammetalUnsur yang mudah membentuk ion positif, mengkonduksi haba dan elektrik, mempunyai permukaan yang berkilat, mulur, dan boleh ditempa. Contohnya, kuprum, plumbum, natrium, dan aluminium.Menengah Atas
123

Kembali ke atas