Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
basahan1 yg dipakai ketika mandi: kain ~. 2 yg dipakai sehari-hari: baju ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
basahan1. (sesuatu) yg dipakai pd masa mandi: kain ~; 2. (sesuatu) yg dipakai harihari: gelang ~; baju ~; 3. sesuatu yg telah menjadi perkara biasa: minuman keras sudah menjadi ~ kpd setengah-setengah orang;sahaja ~ prb sudah menjadi kebiasaan berbuat sesuatu perbuatan yg tidak baik;Kamus Dewan Edisi Keempat
tuala1. = ~ makan kain kecil utk member­sihkan tangan (mulut) selepas makan dll, serbet; 2. = ~ mandi sj kain tebal pengesat tubuh selepas mandi, anduk; ~ wanita sj cawat (yg lembut, boleh menyerap dan boleh dibuang) yg dipakai semasa datang haid atau nifas; bertuala 1. mempunyai atau ada tuala; 2. memakai tuala: ketika itu dia hanya ~ mandi.Kamus Dewan Edisi Keempat
tudung Isesuatu yg digunakan utk menutup bahagian sebelah atas (kepala, lubang, dll), tutup, penutup: maka tuan puteri pun segera­lah menarik ~ ke atas hulunya berselubung muka; kain ~ kain penutup kepala atau muka perempuan, selendang; tali ~ bulu (rambut) di pipi, cambang, jambang; ~ belanga penutup belanga; ~ kepala a) penutup kepala (songkok, topi, dll); b) = ~ muka kain selubung (utk menutup kepala atau muka); ~ lampu penutup lampu, terendak lampu; ~ lingkup kain penutup kepala dan muka (bagi perempuan); ~ meja kain alas meja; ~ rahap kain penutup mayat sebelum ia dimandikan; ~ saji = ~ hidang = ~ sarang Sr = ~ tapak penutup makanan (drpd pandan dll) supaya jangan dihinggapi lalat; bertudung memakai tudung, bertutup dgn tudung: gadis-gadis itu ~ lingkup dgn kain berwarna pinang masak; bertudungkan memakai atau menggunakan sesuatu sbg tudung: wanita itu hanya sempat ~ sehelai tuala mandi utk menyelamatkan diri dr rumah yg sedang terbakar itu; menudung menutup dgn tudung, memberi bertudung: dia ~ mukanya dgn tangannya; keris itu dibubuh di atas ceper perak dan ditudung dgn tetampan; menudungi menjadi sbg tudung pd, menutupi; menudungkan menutupkan sesuatu sbg tudung: kain itu ditudungkan pd mukanya; tertudung tertutup dgn tudung: mukanya tidak kelihatan kerana ~ dgn kain; penudungan perihal menudung (menudung­kan); penudung sesuatu yg dipakai utk menudung (menudungi), penutup.Kamus Dewan Edisi Keempat
kain basahana. kain yg selalu atau sering dipakai (sehari-hari). b. kain yg dipakai ketika mandi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kain1 barang yg ditenun drpd benang kapas, bulu kambing dsb secara umum: ~ bulu kambing kain kasar yg dibuat drpd buku kambing. 2 barang yg ditenun yg digunakan utk sesuatu tujuan. ~ baju pakaian (spt baju, seluar). ~ basahan a. kain yg selalu atau sering dipakai (sehari-hari). b. kain yg dipakai ketika mandi. ~ cadar kain utk menutup tilam. ~ cita kain kapas yg halus, berbunga-bunga dan berwarna. ~ kaca ist kain bersalut serbuk kaca yg digunakan utk melicinkan atau menggilap sesuatu. ~ kasa kain yg halus dan jarang tenunannya (biasanya digunakan utk membuat kelambu dsb). ~ lampin kain utk membedung anak kecil. ~ selimut kain utk menutup tubuh ketika tidur; gebar. ~ sutera kain yg halus yg dibuat drpd (benang) sutera. ~ tudung kain yg dipakai utk menutup kepala. berkain memakai kain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kain1. barang yg ditenun drpd benang kapas dll: ~ bulu kambing; ~ cita; ~ linen; ~ sutera; ~ kapur kain putih yg berkanji; 2. barang tenunan yg digunakan utk pakaian atau utk kegunaan lain; ~ baju pakaian (spt seluar, baju, dll); ~ basahan a) kain yg dipakai sehari-hari; b) kain yg dipakai pd masa mandi; ~ buruk kain (baju lama, tuala lama, dsb) yg digunakan utk mengelap; ~ cadar kain berbentuk segi empat bujur (utk melapik tilam dll); ~ dagang dalam kain samping yg dipakai di bawah baju kurung Teluk Belanga; ~ dagang luar kain samping yg dipakai di luar baju kurung Teluk Belanga; ~ kaca (Kej) kain bersalut serbuk kaca yg digunakan utk melicinkan atau menggilap sesuatu; ~ kembang payung kain yg dipotong serong dan kelihatan spt payung kembangnya (apabila dipakai); (mendapat) ~ kotor (cemar) datang haid; ~ lampin kain lembut (utk mem­balut bayi atau anak kecil); ~ lurik kain yg ditenun dgn tangan (bukan dgn mesin di kilang); ~ sarung kain yg dijahitkan (dican­tumkan) hujung dan pangkalnya dan dipakai utk menutup tubuh dr pinggang ke bawah; ~ selimut kain utk menutup tubuh semasa tidur; ~ tudung kain utk menutup kepala; ~ basah kering di pinggang = ~ ditangkap maka duduk = ~ tak bertepi = ~ dibakar tiada berbau = spt ~ buruk dibakar berbau prb peri kemiskinan yg amat sangat; ~ dlm acar (di)kutip cuci, dia hendak masuk ke longkang juga prb orang yg bertabiat jahat itu tidak dapat diperbaiki lagi; ~ jadi basahan prb orang yg jatuh martabatnya atau orang kaya jatuh miskin; ~ lama dicampak buang, ~ baru pula dicari prb isteri lama diceraikan kerana telah jemu, kemudian berkahwin baru pula; ~ sehelai berganti-ganti prb perihal kemiskinan dua orang suami isteri; ~ sehelai peminggang habis prb kehabisan harta kerana kecurian dll; laksana ~ putih prb pe­kerti (orang yg lembut hati) yg dapat dipenga­ruhi orang; mengalih ~ ke balik rumah, me-ngalih kata berhadapan prb memutar per­kataan (mungkir janji) mudah sahaja dilaku­kan; se~ sebaju, selauk senasi, sebantal sekalang ulu, setikar seketiduran prb tersangat erat atau rapat (bkn persahabatan); spt ~ dlm lipatan prb perihal perempuan yg pd zahirnya baik tetapi berbuat jahat dgn diam-diam; spt ~ khasah di atas duri prb perihal penyakit (perkara) yg amat susah diubati (diselesaikan); spt berselimut ~ sehasta prb tiada cukup (serba tanggung); sudah tahu di ~ beragi prb perihal orang susah yg mulai baik peng­hidupannya; tak tahu akan ~ lagi = telah meraba-raba tepi ~ prb perihal orang yg sakit payah; berkain memakai kain; ~ dua sudah cukup umur atau akil baligh (bkn anak perempuan); (bagai) ~ tiga hasta prb tiada cukup, serba tanggung; ~ tak cukup sebelit pinggang = tak ~ sehelai benang prb sangat miskin.Kamus Dewan Edisi Keempat
tuala mandisj kain tebal pengesat tubuh selepas mandi, anduk;Kamus Dewan Edisi Keempat
kain basahana) kain yg dipakai sehari-hari; b) kain yg dipakai pd masa mandi;Kamus Dewan Edisi Keempat
cadai IIkain basahan mandi.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas