kuasa I | 1. daya atau kemampuan (utk melakukan atau mengerjakan sesuatu), keupayaan, kekuatan, tenaga: serangga mempunyai ~ terbang dan cara bernafas yg istimewa; 2. berupaya, mampu, berdaya (melakukan sesuatu); Maha ~ (Berkuasa) amat besar kuasa-Nya (Tuhan); 3. sanggup serta berminat (membuat atau melakukan sesuatu): Azmi tidak ~ hendak melayan orang macam bapa saudaranya itu; ia tidak ~ berebut-rebut mengambil tempat; tak ~ hamba tinggal seorang diri di rumah; 4. hak atau kewibawaan atas sesuatu atau utk melakukan (mengurus, memerintah, dll) sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, peraturan, dll): polis mempunyai ~ menahan seseorang yg disyaki; ia diberi ~ utk menyelesaikan pertikaian itu; ~ dan tanggungjawab seseorang ketua jabatan; mengambil ~ memperoleh kuasa (hak) atas sesuatu (tanah, harta, dll) dgn rasmi; 5. orang yg diberi hak utk melakukan atau menentukan sesuatu: datang pula sebuah sampan membawa surat Tuan Farquhar kpd ~nya di Melaka, menyuruh hantarkan barang-barangnya; ~ pusat badan yg mempunyai kuasa tertinggi; 6. pengaruh atau kewibawaan yg ada pd seseorang dll kerana kedudukannya (darjatnya dsb): kalau dia digulingkan ~nya akan hilang dan ranaplah segala kemuliaannya; ~ kerajaan Majapahit yg terasa hingga ke Siam; 7. negara yg mempunyai pengaruh atas negara-negara lain: ~-~ Barat; ~ Eropah; empat ~ (besar) empat negara yg berpengaruh (iaitu Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis, dan Rusia); 8. (Mat) nombor yg menunjukkan sesuatu nombor itu didarabkan banyak kali dgn nombor yg sama, mis 63 disebut “enam kuasa tiga”, iaitu 6 didarabkan tiga kali (6 x 6 x 6) dgn hasilnya 216; ~ air tenaga yg diperoleh dr air terjun atau air mengalir (utk menjalankan jentera); ~ atom kekuatan (tenaga) yg diperoleh drpd pecahan nukleus; ~ autonomi kuasa mentadbir dll yg ada pd negeri (badan-badan, pertubuhan, dll); ~ bateri tenaga elektrik yg diperoleh dr bateri; ~ beli kemampuan membeli (barang-barang dll); ~ besar negara yg berkuasa (dr segi ekonomi, ketenteraan, dll) spt Amerika Syarikat; ~ elektrik tenaga (daya) elektrik; ~ ghaib kuasa atau kekuatan yg datang dr sesuatu yg tidak dapat dilihat (spt kesaktian dll); ~ kehakiman (Udg) kuasa yg diberikan kpd badan kehakiman utk mendengar dan mengadili pertelingkahan antara pihak-pihak yg terbabit; ~ kuda a) tenaga atau kekuatan kuda; b) ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuatan utk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dlm satu saat); ~ mutlak kuasa sepenuh-penuhnya; ~ pembatal kuasa atau hak menolak (membatalkan) sesuatu keputusan (yg telah dicapai oleh pihak lain) atau undang-undang; ~ suria sinaran haba drpd matahari yg ditukarkan kpd kuasa elektrik; ~ usaha a) pegawai yg menjalankan tugas kewajiban duta apabila duta tidak ada (bercuti dll); b) diplomat (yg tidak bertaraf duta) yg mengetuai perwakilan negerinya di negeri asing; sekuasa seboleh, sedapat: maka oleh Kartala Sari dicurinya harta saudagar itu ~ pembawaannya; sekuasa-kuasanya seboleh-bolehnya, sedapatdapatnya, sedaya upaya: dgn ~ diambilnyalah lampiran surat itu lalu dibacanya; berkuasa 1. mempunyai kuasa (hak, wibawa), berhak atas sesuatu atau utk melakukan (mengurus dsb) sesuatu: sbg ketua, beliau ~ memutuskan perkara-perkara spt itu; mereka diperintahkan oleh pihak yg ~ supaya keluar dr situ; 2. mempunyai kemampuan, berkemampuan, berkesanggupan; menguasai 1. berkuasa atas (sesuatu), mengenakan kuasa (kewibawaan, pengaruh, dsb) pd atau ke atas (sesuatu): mereka dapat ~ seluruh kota itu; negara yg cuba ~ negara lain dgn kekuatan tenteranya; 2. mengatasi dan mengawal (keadaan dll), mengekang (nafsu); ~ hawa nafsu mengekang (mengawal) hawa nafsu; 3. memiliki dan menguruskan (mengendalikan): sebahagian besar drpd ladang-ladang getah itu dikuasai oleh orang asing; 4. mengetahui dgn mendalam, menjadikan diri mahir atau berpengetahuan tentang sesuatu: setiap orang Malaysia berkemungkinan ~ lebih drpd satu bahasa; menguasakan memberi kuasa kpd, mewakilkan: anaknya dikuasakan mengurus perusahaan itu sepeninggalannya; terkuasa, terkuasai; tidak ~ tidak dapat dikuasai (dikendalikan dll); kekuasaan 1. kuasa atau hak (memutuskan, memerintah, mengurus, dll): negeri itu sekarang di bawah ~ kerajaan pusat; 2. kekuatan, kemampuan: raja itu masyhur kerana ~nya; ~ Tuhan; penguasaan perihal menguasai atau menguasakan: ~ bahasa sendiri sangat penting bagi seseorang penterjemah; berpenguasaan sl ark mempunyai penguasaan; penguasa 1. orang atau badan yg berkuasa atas sesuatu atau utk menentukan (mengurus) sesuatu; 2. kekuasaan: tiadalah apa ~ hamba hendak bawa dia ke sana sini; ~ perang orang yg berkuasa dlm masa perang (darurat); ~ polis jawatan pegawai dlm pasukan polis tiga tingkat lebih tinggi drpd jawatan inspektor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |