operasi | 1. pembedahan: ia sanggup menjalani suatu ~ asal sahaja penyakitnya itu boleh hilang; 2. perjalanan (alat, pesawat, jentera, dll): buku ini juga menjelaskan ~ beberapa alat berdasarkan prinsip mekanik; 3. kegiatan (syarikat perniagaan, perusahaan, dsb); 4. gerakan tentera, polis, dll: ~ jenayah dan keselamatan; daerah ~ daerah yg sedang dijalankan gerakan tentera; kamar ~ a) bilik tempat dilakukan pembedahan, bilik bedah; b) bilik tempat dikawal atau dikendalikan sesuatu gerakan, bilik gerakan; eroperasi 1. melakukan gerakan (tentera dll); 2. bergerak, berjalan: menerangkan cara sistem itu ~ dlm situasi-situasi baru; 3. menjalankan kegiatan (perniagaan dsb): sehingga kini sebanyak 15 buah syarikat telah ~; mengoperasi melakukan pembedahan (atas), membedah: ~ orang yg sakit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sembarang | apa (asal, siapa, dll) sahaja, se-barang, asal sahaja: Hayati orang bersuku, berhindu, berkaum kerabat, bukan ~ orang; sembarangan dgn begitu sahaja, tidak me-nentu, tidak dgn usul periksa, tidak memilih: abang tidak patut menuduh ~ spt itu; buku itu agak ~ isinya dan agak liar gayanya; menyembarangi melakukan dgn sembarang-an (tidak dgn usul periksa, ikut suka, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebarang | biasa saja, tidak istimewa, asal sahaja; bukan ~ a) bukan yg biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dll); c) bukan apa-apa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
badai II | 1. membuat sesuatu tanpa izin; 2. asal sahaja, hentam kromo, sapu semua; mereka ini ~ semua saja mereka ini sapu semua sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asal | 1. mula(nya), yg mula-mula (pertama) sekali: adapun ~ nama Lenggui itu Glong Gui, ertinya perbendaharaan permata; bentuk ~ bangunan itu dikekalkan; rancangan ~; 2. tempat semula, keadaan semula, pangkal permulaan: dr mana ~nya budak ini? 3. = ~ saja (sahaja) = asalkan = ~-asalkan a) dgn syarat, apabila: kau boleh pulang ~ pekerjaanmu sudah selesai; buatlah apa yg patut, ~ tidak menyakitkan hati orang lain; b) sebaik saja, setiap ... saja: ~ dapat gaji terus berjoli; ~ ada kecil pun jadi (pada) prb kalau tidak ada banyak, sedikit pun cukup (memadai); ~ ayam pulang ke lumbung, ~ itik pulang ke pelimbahan prb tabiat orang tidak akan berubah; ~ berisi tembolok senang hati prb apabila cukup makan atau pakai, senanglah hati; ~ ditugal adalah benih prb janganlah disusahkan tidak ada pertolongan asal dimulai dahulu pekerjaan; usul menunjukkan ~ prb kelakuan (budi bahasa) orang menunjukkan asalnya (keturunannya); usul-usul, asal-asal, ~ jangan ditinggalkan prb dlm segala hal, haruslah ditilik puncanya;berasal 1. bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di): orang itu ~ dr Kedah; 2. keturunan (dr): raja itu ~ dr raja Melaka; 3. berbangsa, keturunan baik-baik: orang yg ~; mengasalkan = ~ kpd memulangkan kpd, mengembalikan kpd (asal, keadaan semula); diasalkan = ~ oleh disebabkan (oleh);asalan (Mat) titik rujukan asal bagi titik-titik lain pd garis satah atau dlm ruang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kembali | 1. pergi ke tempat asal (ke tempat seseorang itu berada sebelumnya), balik (ke rumah, pejabat, kedai, dll), pulang: aku pun ~ ke kedai; orang-orang tahanan itu diberi kesempatan ~ melihat keluarga masing-masing; ~ asal balik asal (kembali semula kpd asalnya); ~ ke negeri yg baqa (kekal) = ~ ke rahmatullah meninggal dunia; 2. = wang ~ wang baki kerana bayaran yg berlebihan (yg harus dipulangkan kpd pembayar), wang kelebihan: Encik beri sepuluh ringgit, harga barang itu tujuh ringgit sahaja, ambil ~ bakinya tiga ringgit; 3. semula (buat kali keduanya dan seterusnya), lagi, sekali lagi: di pekan Yan, kami telah bertemu ~ dgn beberapa orang teman dr Sungai Petani; kini aku berada ~ di kampung; 4. kata yg kerap digunakan bersaingan dgn kata kerja utk menyatakan atau menunjukkan pengulangan sesuatu perbuatan (pemulihan sesuatu kpd kedudukan asalnya, pemulangan sesuatu ke tempat asalnya, dll); membayar ~ memberi balik hutang atau wang yg telah diterima (supaya tidak berhutang lagi); meminta ~ sesuatu meminta balik sesuatu (meminta supaya dipulangkan sesuatu yg telah diberikan atau dipinjamkan); menarik ~ (usul, keputusan, dll) menyatakan batal atau tidak akan diteruskan dsb (usul, keputusan, dll); menceritakan ~ mengulang cerita atau kisah yg telah didengar (dibaca dll); menyusun ~ mengulang menyusun lagi (menyusun semula); sekembali sebaik-baik kembali atau pulang (dr), sejurus (tidak lama) selepas pulang dr (sesuatu tempat); mengembalikan 1. mengirimkan (menghantarkan, memberikan, dsb) sesuatu kembali (kpd pengirimnya, ke tempat asalnya, dsb), memulangkan (sesuatu): dia berjanji akan ~ wang dan semua barang yg telah diambilnya itu; semua buku yg dipinjam dahulu telah dikembalikan; mereka diarahkan supaya ~ surat-surat rasmi yg ditulis dlm bahasa Inggeris kpd pengirimnya; 2. menahan (menyekat dll) supaya kembali (berpatah balik) ke tempat mula datangnya, menyuruh kembali; 3. mengundurkan (ke suatu waktu yg telah berlalu), menyurutkan (kejadian yg telah berlaku); 4. menjadikan spt sediakala atau spt keadaan sebelumnya, mewujudkan kembali, memulihkan: ia mencuba ~ segala kekuatan batinnya dgn sedaya upaya; tidak ada laki-laki yg dapat ~ kepercayaanku yg telah musnah ini; langkah-langkah keselamatan telah diambil utk ~ keamanan di daerah itu; kembalian sesuatu barang dll yg dikembalikan: penerbit tidak bertanggungjawab menghantar naskhah jualan atau ~; kekembalian perihal kembali; perkembalian perihal kembali, kepulangan: ~ Rawon telah diterima dgn cucuran air mata oleh ayahnya; pengembalian perihal (perbuatan dsb) mengembalikan, pemulangan, pemulihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
barang | 1. benda: apabila ada ~ dibelikan suami janganlah ~ itu tertanggal dr badan lagi; 2. (segala) sesuatu, apa sahaja: Serang Sakar pembengis dan kasar ~ cakapnya; 3. lebih kurang, kira-kira: ada ~ tiga musim antaranya maka datanglah kapal itu; 4. agar, mudah-mudahan: ia meminta doa kpd Tuhan ~ dianugerah-Nya akan mereka tempat yg kebajikan; 5. baik, walau: ~ ke mana pergi dibawanya anaknya; 6. semestinya, sepatutnya, sewajarnya: itu sudah ~ tentu; ~-~ antara (Eko) barang-barang yg digunakan utk membawa barang-barang lain; ~ apa segala sesuatu, apa sahaja; ~ bahan Id barang yg akan dibuat sesuatu; ~ baki (Eko) barang-barang sebuah syarikat dll yg disenaraikan serta nilainya, inventori; ~ besi (logam,tanah, dll) barang yg dibuat drpd besi (logam, tanah, dll); ~ bila (kala) sesuatu waktu, bilabila saja; ~ cetak(an) barang-barang yg dicetak (spt buku, majalah, dll); ~ dagangan barang-barang yg akan dijual; ~ ekonomi barang-barang yg terbatas banyaknya dan boleh dijualbelikan; ~ gelap barang yg tidak sah (barang curian, barang seludupan); ~ kemas (perhiasan, persolekan) barang yg dipakai utk kecantikan; ~ kes (Udg) objek, dokumen dsb yg dikemukakan dlm mahkamah sbg bukti utk sesuatu kes perbicaraan; ~ mewah barang-barang yg dipakai utk kemegahan (kecantikan); ~ modal (Eko) barang-barang yg dipakai utk menghasilkan barang lain; ~ orang sebarang orang; ~ pakaian segala macam pakaian; ~ pecah belah (pecahan) ark barang tembikar; ~ pembantu (Eko) barang-barang yg menambah pendapatan; ~ penanding (Eko) barang-barang yg menandingi atau boleh jadi pengganti kpd barang lain; ~ penggenap (Eko) barang-barang yg menambah penggunaan barang lain kalau ditambah penggunaannya; ~ pusaka barang peninggalan orang tua dll; ~ runcit barang yg dijual sedikit-sedikit; ~ seni hasil kesenian; ~ sesuatu segala sesuatu, segala apa; ~ siap barang yg sudah diproses utk jualan; ~ siapa sesiapa saja; ~ tetap harta benda yg tidak dapat dipindah-pindahkan (rumah, tanah, dll); ada wang ada ~ kalau sanggup membayar tentu mendapat barang yg lebih baik;barang-barang 1. barang; 2. = sebarang; sebarang biasa saja, tidak istimewa, asal sahaja; bukan ~ a) bukan yg biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dll); c) bukan apa-apa;barangan (Eko) benda atau perkhidmatan yg dijualbelikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ngawur | Jk berkata sembarangan (tidak difikirkan dahulu), asal berkata sahaja, merawak rambang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salinan | 1. turunan (surat dll), halaman atau lembaran yg bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dgn yg asal: hanya ~-~ sijil sahaja yg perlu dihantar; 2. terjemahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akar I | 1. bahagian tumbuh-tumbuhan yg lazimnya tumbuh ke dlm tanah; jenis-jenis akar: ~ bergugus, ~ bongsu, ~ luar biasa, ~ menengah, ~ serabut, ~ sulung, ~ tunjang; 2. asal usul, asal keturunan: saya sedar akan ~ diri saya sbg seorang Filipina; 3. Id = ~ kata inti kata yg menjadi pangkal erti beberapa kata: kata majmuk terdiri drpd dua atau lebih ~ kata; 4. Id = ~ bilangan bilangan yg diperoleh drpd huraian bilangan lain dgn kuasa tertentu; mis Ö4 = 2; 3Ö125 = 5; 5Ö243 = 3; ~ banir akar yg tumbuh (terdapat) di atas permukaan tanah (spt akar pokok bakau); ~ gantung akar yg bergantung (spt akar pokok beringin); ~ jangkang akar yg menyokong jenis-jenis pokok (spt pokok bakau) yg tumbuh di kawasan berpaya; ~ larat akar yg tampak di atas tanah (spt akar pokok bakau); ~ rambut bahagian yg halus-halus pd akar atau hujung akar; ~ serabut akar yg berambu-rambu atau bercabang kecil-kecil (spt akar pokok buluh); ~ sokong akar yg tumbuh pd buku yg hampir dgn tanah atau yg tumbuh pd dahan, dan fungsinya menyokong pokok (spt akar pokok ara); ~ tunjang akar pd pokok-pokok tertentu yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menegapkan pokok dll); ~ udara akar yg tumbuh di atas permukaan tanah atau yg terdedah di udara (spt akar anggerik); ~ umbi a) akar tunjang; b) keseluruhan asas (sesuatu) yg kukuh: saya membezakan antara landasan dgn warisan atau ~ umbi kebudayaan Melayu; membongkar dan mencabut keburukan dgn ~ umbinya sekali; c) golongan biasa atau bawahan yg merupakan teras kpd sesebuah gerakan atau pertubuhan politik; ~ terjumbai tempat siamang berpegang (bergantung) prb drpd perkataannya dapat diketahui kesalahan seseorang; bergantung pd ~ lapuk prb mengharapkan pertolongan pd orang yg lemah; jikalau sepohon kayu banyak ~nya lagi teguh, apakah ditakutkan ribut prb orang yg banyak berjasa tidak perlu takut akan orang lain; kalau pandai mencencang ~ mati lalu ke pucuknya prb kalau pandai, dgn satu tindakan sahaja dapat mengalahkan semua orang lain; tiada rotan ~ pun berguna prb sementara belum ada yg lebih baik bolehlah dipakai yg ada dahulu; berakar 1. mempunyai akar, (sudah) tumbuh akarnya: benih itu sudah ~; 2. = berurat ~ = ~ umbi telah mendalam benar, sudah berpegang teguh-teguh, sukar hilang (luput): pendapat yg demikian sudah ~ dlm dirinya; 3. = berurat ~ sudah beranak cucu (menetap dll): ia sudah ~ di Singapura; 4. = ~ umbi bertapak atau berasas kpd (sesuatu) dan seterusnya menjadi kukuh dan berkembang: teori beliau mengatakan bahawa sastera Melayu adalah ~ pd tradisi peribumi; berakarkan mempunyai sesuatu sbg akar atau asal usul, bertunjangkan, berteraskan: baginya amalan yg ~ animisme itu perlu dikikis; mengakar (menjadi) mendalam atau teguh (bkn pendirian, pegangan, dll): kecenderungan ini semakin ~ dlm masyarakat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |