kano | sj perahu yg ringan, panjang dan sempit, runcing di bahagian hadapan dan bahagian belakangnya, dan digerakkan dgn menggunakan dayung. berkano mendayung, mengayuh atau menaiki kano: Mereka berasa seronok ~ di tasik itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gergaji lubang kunci | sj gergaji yg bilahnya runcing pd bahagian hujung dan digunakan utk membuat lubang, memotong bucu, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kayak | 1 perahu orang Eskimo yg dibuat drpd kayu lempung dan dibaluti kulit serigala laut. 2 sj perahu yg ringan, panjang dan sempit, runcing di bahagian hadapan dan bahagian belakangnya, dan digerakkan dgn menggunakan dayung. berkayak mendayung, mengayuh atau menaiki kayak: Dlm kursus itu, mereka diajar ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
puting | 1 bahagian pangkal parang yg runcing yg dimasukkan ke dlm hulu: parang ~ parang yg tidak berhulu. 2 = ~ susu bahagian hujung tetek. 3 benda yg dibuat drpd getah utk dinyunyut oleh anak-anak kecil. 4 unjuran pd bahagian hujung kayu yg dimasukkan ke dlm lubang tanggam (utk membuat sambungan). ~ beliung angin yg sangat kencang yg dpt menumbangkan bangunan dan tumbuh-tumbuhan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
puting | 1 bahagian pangkal parang yg runcing yg dimasukkan ke dlm hulu: parang ~ parang yg tidak berhulu. 2 = ~ susu bahagian hujung tetek. 3 benda yg dibuat drpd getah utk dinyunyut oleh anak-anak kecil. 4 unjuran pd bahagian hujung kayu yg dimasukkan ke dlm lubang tanggam (utk membuat sambungan). ~ beliung angin yg sangat kencang yg dpt menumbangkan bangunan dan tumbuh-tumbuhan. | Kamus Pelajar |
mata pena | bahagian hujung pena yg runcing (utk menulis). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pena | (péna) sj alat tulis yg mempunyai mata yg runcing dan menggunakan dakwat, pen; ~ mata bulat sj pena yg matanya merupakan biji logam yg kecil; buah ~ karangan, tulisan; makan ~ Id, bp mencari rezeki (wang) dgn mengarang; mata ~ bahagian hujung pena yg runcing (utk menulis). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gigi | 1 benda keras putih spt tulang yg tumbuh pd gusi dan digunakan utk menggigit atau mengunyah. 2 bahagian drpd sesuatu yg rupanya seakan-akan gigi 1: ~ sikat; ~ gergaji. 3 ki bahagian tepi sesuatu. ~ air bahagian tepi air yg bertemu dgn tanah atau daratan. ~ asu gigi yg tajam dan runcing; taring. ~ batu (buatan, palsu) gigi yg dibuat (oleh manusia), bukan gigi asli. ~ belalang (susu) gigi pd kanak-kanak, yg akan berganti. ~ bongsu gigi yg akhir sekali tumbuhnya. ~ geraham besar (gigi) geraham yg besar dan terletak di bahagian dalam (belakang). ~ geraham kecil (gigi) geraham yg lebih kecil dan terletak di hadapan geraham besar. ~ hutan bahagian tepi hutan. ~ kacip (manis, pencabik, seri) gigi yg digunakan utk memotong atau menghiris makanan. ~ kapak gigi besar yg di hadapan sekali. ~ kekal gigi yg tidak akan berganti lagi (iaitu gigi yg menggantikan gigi susu). ~ rambut bahagian tepi rambut pd kepala. ~ sulung gigi yg mula-mula sekali tumbuhnya. pergigian hal-hal mengenai gigi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pancung I | 1 bahagian hujung atau penjuru kain; punca kain. 2 bersegi serta tirus ke hujung bentuknya; bersegi runcing. berpancung berikat serong (bkn kain): Jika baginda itu berkain ~, maka puncanya digantung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tirus | makin kecil ke hujung, lancip, runcing: keris ini mempunyai mata yg panjang serta ~; kaki ~; menirus menjadi tirus, melancip, meruncing: di bahagian kiri terbentang sebidang sawah yg ~ hilang ke belakang tanjung; meniruskan menjadikan tirus, melancipkan, meruncingkan; penirusan perihal meniruskan, pelancipan, peruncingan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |