batu tungku | batu dll yg digunakan sbg tempat meletakkan periuk dsb ketika memasak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
batu tungku | batu dll yg diletakkan sbg tempat memasak (dapur, keran): dapur minyak sudah menggantikan ~ dan kayu api; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batu tungku | batu tempat meletakkan periuk sewaktu memasak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tungku dapur | , = batu ~ batu dll yg digunakan sbg tempat meletakkan periuk dsb ketika memasak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tungku | , = ~ dapur, = batu ~ batu dll yg digunakan sbg tempat meletakkan periuk dsb ketika memasak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tungku I | = ~ dapur = batu ~ batu dll yg diletakkan sbg tempat memasak (dapur, keran): dapur minyak sudah menggantikan ~ dan kayu api; ~ kera (pelanduk) sarang sj serangga (kiak-kiak). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tungku, = ~ dapur, = batu ~ | batu dll yg digunakan sbg tempat meletakkan periuk dsb ketika memasak. | Kamus Pelajar |
tungku dapur | batu dll yg diletakkan sbg tempat memasak (dapur, keran): dapur minyak sudah menggantikan ~ dan kayu api; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batu | 1. bahan galian pepejal yg bukan logam (tidak terbakar, tidak boleh ditempa, dan tidak hancur dlm air); 2. sj permata (utk mata cincin dll); ~ kecubung sj permata yg berwarna ungu kebiru-biruan; 3. sj permata buatan (dipakai dlm jam dll): jam tangan 17 ~; 4. penjodoh bilangan bagi gigi: se~ gigi; 5. ukuran jarak: kampungku letaknya 10 ~ dr sini; 6. buah (dlm permainan catur): tidak dapat kami bermain catur lagi kerana beberapa ~ hilang; 7. Id bateri (lampu picit): lampu picit tiga ~; 8. ki keras: berhati ~; ~ air = ~ kali = ~ sungai batu yg terdapat di sungai-sungai; ~ ajuk batu (timah dll) pd tali kail utk pemberat; ~ alas tempat tiang rumah berdiri; ~ ali(-ali) anak ali-ali; ~ ambar sj batu yg terdapat di pantai (dibuat paip dll); ~ amzil batu canai (asuhan); ~ anggur asaman yg diambil drpd buah-buahan; ~ anting batu (timah dll) pd tali utk pemberat; ~ api a) batu pencetus api (pd pantik api dll); b) ki penghasut; ~ apung batu yg ringan dan tidak tenggelam dlm air; ~ arang = ~ bara arang yg diambil dr dlm tanah; ~ asah(an) batu utk mengasah perkakas (pisau dll); ~ asas a) batu dasar tempat mendirikan sesuatu (rumah dll); b) ki dasar; ~ badar batu hablur utk mata cincin; ~ bata bata; ~-batan a) berbagai-bagai jenis batu; b) batu karang; ~ belanda permata buatan; ~ berani = ~ semberani besi atau bijih besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi lain; ~ bersurat = ~ bertulis batu yg berpahat dgn huruf-huruf tulisan kuno; ~ besi sj batu yg keras, granit; ~ bintang a) sj batu yg berasal drpd bintang gugur; b) sj batu yg mengandungi hablur; ~ canai gerinda; ~ dacing = ~ timbang timah (besi dll) pd dacing utk menimbang berat barang; ~ dapur = ~ tungku batu tempat meletakkan periuk sewaktu memasak; ~ duga batu (timah dll) utk menduga dalamnya laut; ~ geliga batu yg terdapat dlm tubuh binatang (ular, landak, dll) yg mempunyai khasiat utk menawar bisa dll; ~ giling batu tempat menggiling rempah dll; ~ hampar batu yg lebar dan rata; ~ hempedu ketulan keras spt batu yg terbentuk di dlm pundi hempedu sehingga boleh menyebabkan rasa sakit; ~ hidup batu yg mempunyai kekuatan ghaib; ~ jemala = ~ kepala kepala; ~ johor hablur; ~ kail batu timah; ~ kapur batu yg mengandungi kapur; ~ karang karang laut; ~ kawi mangan; ~ kerikil = ~ kelikir batu kecil-kecil; ~ ketapakan = ~ tapakan a) batu tumpuan; b) ki dasar; ~ kisaran batu khas utk mengisar tepung, rempah, dll; ~ koral = ~ kolar Jk batu karang (laut); ~ kulansing batu besi; ~ lada kerikil yg halus; ~ ladung batu ajuk; ~ lengan otot pd pangkal lengan; ~ lod (Geo) bijih besi yg mempunyai kuasa magnet; ~ loncatan a) batu yg digunakan sbg landasan melompat; b) ki orang atau tempat yg dipergunakan utk mencapai sesuatu; ~ luru alat tempa yg berupa batu sungai atau granit licin, digunakan utk melicinkan (menggilapkan) permukaan tempaan; ~ marmar batu kapur berhablur yg boleh digilap dan digunakan utk binaan dan ukiran; ~ merah tanah liat (batu) yg merah; ~ meroyan sj penyakit perempuan yg baru melahirkan anak; ~ nautika unit ukuran jarak di laut yg bersamaan dgn 1852 m (6080 kaki); ~ nisan batu di atas atau di satu hujung kubur, biasanya ditulis nama dan maklumat si mati; ~ pasir batuan yg terbentuk drpd pasir yg mampat, biasanya digunakan sbg bahan binaan dsb; ~ pejal batu besi; ~ pelinggam sj marmar; ~ penghalang halangan; ~ pualam marmar; ~ sarawak sj galian (bijih) yg mengandungi belerang dan antimoni; ~ sempadan batu utk menandakan sempadan; ~ sendi a) batu alas; b) ki dasar, asas; ~ seremban batu yg digunakan dlm permainan seremban; ~ tanda a) batu yg menunjukkan jarak di antara satu tempat ke satu tempat yg lain; b) peristiwa penting dlm sejarah, kehidupan, dll: peristiwa itu menjadi ~ tanda bermulanya sejarah perkembangan bahasa dan sastera Melayu di tanah air kita; ~ tara batu sempadan; ~ timbul batu apung; ~ tolak bara sl batu pemberat yg digunakan sbg pengimbang dlm perahu: maka oleh Semerluki, diambilnya suatu ~ tolak bara, dicampakkannya di Selat Ungaran; ~ tulis a) Id papan batu; b) batu bertulis, batu bersurat; ~ ubin batu yg dipakai utk lantai rumah; ~ ujian a) batu tempat menguji emas; b) percubaan, cabaran; ~ bulat tak bersanding = ~ hitam tak bersanding prb orang yg kelihatan lemah lembut tingkah lakunya dsb, tetapi sebenarnya keras hatinya (tidak takut menghadapi sesuatu); ~ direbus masakan empuk prb orang yg bodoh itu bagaimanapun tidak mungkin diajar; ~ jatuh ke lubuk prb hilang lenyap; ~ kecil berguling naik, ~ besar berguling turun prb orang yg hina menjadi mulia kerana harta dan orang yg berasal menjadi hina kerana tidak berharta; ~ pelesing prb orang yg kecil tetapi berhati keras; ~ pun empuk, jangan hati manusia prb perkataan yg lemah lembut boleh menawan hati; ~ yg keras air pelekuknya, hati yg keras lidah pelembutnya prb orang yg keras hati itu hanya dapat dipujuk dgn kata yg lemah lembut; ~ yg selalu bergolek dlm sungai itu tiada dihinggapi lumut prb orang yg selalu menambah pengetahuannya tidak dapat ditipu orang, atau orang yg tidak tetap mata pencariannya tidak akan kaya; berbunyi ~, berbunyilah dia prb orang yg tidak dapat berkata-kata (menjawab) kerana kedapatan kesalahannya; lempar ~ sembunyi tangan prb melakukan sesuatu (kejahatan dll) tetapi kemudian berdiam diri seolah-olah tidak tahu-menahu; mencampakkan ~ keluar prb menolong orang lain tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri; muncung penuh air, perut berisi ~ prb tidak dapat mengatakan sesuatu (bkn kesalahan orang) kerana telah terhutang budi; patah ~ hatinya prb habis seluruh kemahuannya (minatnya) utk meneruskan pekerjaan dll; tiada terkajang ~ di pulau prb tidak terlayan kehendak semua orang;berbatu dilitupi atau mempunyai batu: kereta itu melalui jalan yg ~ kerikil;berbatu-batu banyak batu jaraknya: mereka terpaksa berjalan ~ sebelum sampai di bandar;membatu 1. menjadi keras (spt batu): tanah sudah mulai keras ~ kerana lama kemarau;2. berdiam diri, tidak mahu bercakap: mereka bersikap ~ dan membisu; 3. melontari dgn batu: kedai si Ah Kau dibatu orang pd malam hari;membatui membubuh batu (di jalan, kubur, dll);membatukan; ~ diri mendiamkan diri, tidak mahu bercakap, membatu; batuan (Geo) gumpalan atau ketulan bahan galian, spt arang batu, batu kapur, granit, dll yg membentuk sebahagian drpd kerak bumi; ~ enapan batuan yg terbentuk drpd pengumpulan enapan yg dibawa oleh air, udara, dll;perbatuan jarak dlm batu yg dilalui oleh kenderaan bermotor dlm sesuatu tempoh masa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dingin | 1. tidak panas (hangat), sejuk: hari masih pagi, cuaca belum begitu terang dan hawa ~ sekali; 2. ki tidak meriah (sambutan keramaian dsb): sambutan perayaan Hari Kebangsaan pd tahun ini agak ~ jika dibandingkan dgn tahun yg sudah-sudah; 3. ki tidak mengambil berat (bkn layanan), tidak mesra (bkn perhubungan dsb), sepi: sejak akhir-akhir ini, Jamaludin bersikap ~ terhadapnya; hubungan ~ hubungan (antara orang, negara, dll) yg tidak erat dan mesra; 4. ki basi (bkn berita, cerita, dsb), kasip; 5. menghilang (bkn kemarahan), reda; perang ~ perselisihan dgn tidak menggunakan kekerasan senjata; ~ hati tidak riang (berminat, bersemangat, dll); ~ kepala berfikiran tenang dan waras; ~-~ panas sekejap dingin sekejap panas; ~ tangan selalu berhasil membuat pekerjaan (spt bertanam, mengubat, dll); nasi tak ~ pinggan tak retak prb perihal cermatnya melakukan sesuatu; mendingin 1. menjadi (terasa) dingin: apabila hari berlanjut malam, hawa turut pula ~; 2. Mn tidak berapa sihat, kurang sihat; tidak menghangat ~ prb tidak ambil peduli; mendingini 1. = mendinginkan menjadikan dingin: terasa olehku air matanya ~ pipiku; 2. ark berubat (utk menyihatkan badan); mendinginkan 1. menjadikan (membuat supaya) dingin: klorin juga boleh menjadi cecair jika dipadatkan dan didinginkan; 2. ki menyejukkan, menenangkan (kemarahan, fikiran, dll): dia hendak ~ otak serta memperlihatkan dia orang yg terpandang dan terhormat; kedinginan 1. kesejukan, kena sejuk: dia meraba-raba mencari selimut utk melindungi diri drpd ~; 2. keadaan yg dingin: mereka menyalakan tungku pemanas bilik utk mengimbangi ~ yg bermaharajalela itu; pendinginan perihal atau perbuatan mendinginkan; pendingin 1. alat (perkakas, bahan, dsb) utk mendinginkan: air batu kering sangat-sangat berguna sbg ~ kerana tidak meninggalkan cecair; ~ udara alat utk mendinginkan udara; lemari ~ Id peti ais (air batu); 2. ki lekas marah, pemarah: Mariam merasai seleranya telah berubah, perutnya kerap kali mulas, dia pemalas, ~ dan bangunnya terlambat dr biasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |