baru I | 1. belum (tidak) ada sebelumnya, (yg) belum lama wujud (dikeluarkan, diterbitkan, dsb): negara-negara ~; kereta jenis ~; majalah ~; 2. belum pernah atau belum lama dilaksanakan (dicuba, digunakan, dsb): cara-cara ~; 3. belum dipakai lagi atau belum lama dipakai: basikal ~; kasut ~; 4. belum lama lagi menjadi atau berlaku (bekerja, bertindak, dll) sbg: murid ~; ketua ~; 5. masih segar (belum lama dipetik, ditangkap, dsb): ikan ~; 6. moden: angkatan ~; 7. belum berapa lama lagi (dahulu): saya ~ datang; 8. apabila saja, sesudah: ~ digertak dia sudah lari; 9. pd masa itulah, pd ketika tertentu (berikutan dgn sesuatu dll): selepas saya jelaskan ~ dia sedar; 10. kelihatan masih cantik atau tidak terjejas dsb (kerana belum sering digunakan, terpelihara dgn baik, dll); baru-baru; ~ ini tidak lama dahulu, tidak berapa lama sebelum ini: kita menyokong perbahasan itu dlm Perhimpunan Agung UMNO ~ ini;membarukan menjadikan baru, membetulkan sesuatu supaya spt baru: hasratnya utk ~ gaya itu sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belum lama ini | baru-baru ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baru I | belum lama lagi; tidak ada sebelumnya: Tahun ini murid-murid ~ ada empat puluh orang. membarui 1 membetulkan atau membaiki semula supaya jadi spt baru: Mereka sedang ~ jambatan yg roboh itu. 2 membuat sekali lagi: Guru itu tidak mahu ~ soalan yg telah diucapkannya tadi. pembaruan perbuatan membarui: Mereka hendak membawa satu ~ dlm cara mengajar di sekolah-sekolah menengah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
baru I | belum lama lagi; tidak ada sebelumnya: Tahun ini murid-murid ~ ada empat puluh orang. membarui 1. membetulkan atau membaiki semula supaya jadi spt baru: Mereka sedang ~ jambatan yg roboh itu. 2. membuat sekali lagi: Guru itu tidak mahu ~ soalan yg telah diucapkannya tadi. pembaruan perbuatan membarui: Mereka hendak membawa satu ~ dlm cara mengajar di sekolah-sekolah menengah. | Kamus Pelajar |
barusan | Jk baru saja, belum lama lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belum | masih tidak, lwn sudah: kakaknya ~ bersuami; budak itu ~ ada; ~ lagi masih belum; ~ lama ini baru-baru ini; ~ disuruh sudah pergi, ~ dipanggil sudah datang prb orang yg faham akan maksud sesuatu isyarat; ~ duduk sudah berlunjur prb perbuatan yg melampaui had (melakukan pekerjaan yg sebenarnya belum sampai lagi masanya);sebelum sewaktu belum, pd waktu belum: ~ mandi pagi, dia bersenam; kita seharusnya berusaha ~ terlambat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muda | 1 belum tua (bkn orang); masih remaja: Isterinya masih ~. anak ~ gadis atau teruna. 2 belum tua atau belum masak (bkn buah-buahan, daun-daunan dll). 3 agak pucat; kurang gelap (bkn warna): merah ~. 4 tingkatan, pangkat atau kedudukan yg kedua: menteri ~; raja ~ bakal raja; isteri ~ isteri yg terakhir atau yg terbaru. 5 belum lama lagi; belum larut: Negara Malaysia masih ~. bulan ~ awal bulan. ~ belia muda sekali. ~ hati orang tua yg bertingkah laku spt orang muda. ~-mudi golongan orang muda (lelaki dan perempuan). ~ remaja mula dewasa. memudakan menjadikan muda; menganggap muda. kemudaan keadaan atau sifat muda. kemuda-mudaan kelihatan muda atau spt anak muda (bkn kelakuan dsb); bertingkah laku spt anak muda. pemuda orang lelaki yg masih muda; orang muda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
muda | 1. belum tua (orang dll), masih remaja: sesetengah drpd mereka masih ~ mentah; anak ~ gadis atau teruna; kaum ~ golongan orang muda, generasi baru; 2. belum masak atau tua (buah-buahan, daun-daunan, dll), baru menjadi (parut, kulit, dll): kelapa ~; parut ~; 3.masih baru (diadakan, diusahakan, dll), belum lama (wujudnya sesuatu): kita juga telah diberi mandat utk memandu negeri ini dr sebuah negeri ~ menjadi negara dewasa; 4.masih awal (hari, bulan, dll), belum menghujung (lewat): malam masih ~ tetapi jalan raya telah mulai lengang; orang telah pulang ke rumah masing-masing sebab telah meng-habiskan wang di bulan ~; 5. tingkatan (kedudukan, pangkat, dll) yg kedua: laksamana ~; leftenan ~; menteri ~; raja ~ bakal raja; 6.yg terakhir atau baru (isteri): isteri ~; 7.kurang gelap atau tua (warna), agak pucat: merah ~; hijau ~;~ belia muda sekali; ~ hati = ~ fikiran (orang tua) yg tingkah lakunya spt orang muda; ~jelita orang yg muda lagi jelita (gadis); ~mentah bp sangat muda; ~-mudi; a) golonganorang muda; b) Id tarian antara laki-laki dan perempuan yg moden (bukan dansa); ~ re-maja muda yg sudah hampir akan baligh; ~ terala orang muda yg berpangkat tinggi; main ~ berseronok (bersuka-sukaan) dgn perempuan; bermuda Mn bermain muda, bermukah, berzina; ~ diri selalu benar berkahwin; bermuda-muda Mn berkelakuan spt orang muda; memudakan membuat (menjadikan dll) muda, menganggap muda: selesai ~ wajah, sibuk pula dia memilih tali leher; mempermuda menjadikan lebih muda: tentu sekarang ia berkurang akan ~ kulitnya; kemudaan perihal muda, keadaan (masih) muda: menurutkan nafsu ~nya; kerana ~ usia, maka para belia masih memerlukan bimbingan, nasihat, teguran serta tunjuk ajar drpd golongan yg lebih berumur; kemuda-mudaan bertingkah laku spt anakmuda;pemuda orang yg masih muda (lelaki), anak(lelaki) yg masih remaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beruban | 1. mempunyai uban (rambut putih), menjadi putih (bkn rambut seseorang): lama-lama besok engkau ~ dan rabun sebab mem-baca buku saja; 2. ki sudah lanjut umurnya, sudah tua (sehingga terdapat uban pd rambut): dr muda sampai ~ pun masih belum berubah perangai engkau; 3. ki sudah lama dlm sesuatu pekerjaan, sudah lama memegang sesuatu jawatan; sudah ~ baru berguam prb perihal orang tua yg tingkah lakunya spt orang muda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panas | 1 bersuhu tinggi; hangat: Makanan itu masih ~; air ~ air yg dimasak dan masih tinggi suhunya. 2 cahaya matahari yg terik: Jangan suka bermain di tengah ~. hujan ~ hujan yg turun ketika matahari bersinar. 3 (sesuatu) yg bersuhu tinggi; (sesuatu) yg terasa hangat: ~ badannya tidak boleh dibiarkan. 4 ki sangat marah atau meradang: Mendengar makian itu, hatinya menjadi ~. 5 ki masih baru; belum lama berlakunya: Apa berita ~ hari ini? ~ baran (darah) lekas meradang. ~ hati sangat marah atau sangat benci. ~ rezeki susah mendapat rezeki. ~ terik panas benar (bkn cuaca). panas-panas masih panas; masih baru. berpanas berada dlm panas matahari; berjemur: Setiap hari mereka terpaksa ~ dan berhujan utk mencari rezeki. memanasi menjadikan panas: Bahang unggun api ~ badannya. memanaskan 1 menyebabkan menjadi panas: Utk ~ badan, mereka terpaksa memakai pakaian yg tebal-tebal. 2 ki menyebabkan menjadi marah atau meradang: Kedegilannya itulah yg ~ hati saya. kepanasan 1 keadaan panas: ~ seterika itu dpt diubah-ubah dgn memutarkan alat penetap suhunya. 2 kena panas; menderita panas: Dia ~ kerana duduk berhampiran dgn unggun api. pemanasan proses atau perbuatan memanaskan: Kandungan air ialah faktor penting dlm proses penyimpanan, ~ dan percambahan biji benih. pemanas alat utk memanaskan sesuatu: ~ elektrik pemanas yg menggunakan kuasa elektrik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |