berkuasa | mempunyai kuasa; berhak atas sesuatu atau berhak melakukan sesuatu; dpt atau boleh melakukan sesuatu; berdaya; sanggup; mampu: Dia tidak ~ membuat kerja itu. Siapa yg sebenarnya ~ di sini? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berhak | mempunyai hak atas sesuatu: Dia ~ mewarisi harta peninggalan bapanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berhak | mempunyai hak, mempunyai kuasa (atas sesuatu): seseorang anak ~ mewarisi harta peninggalan ayahnya; sifat Siddiq inilah yg menjamin bahawa hak dikembalikan kpd yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhak | mempunyai hak atas sesuatu: Dia ~ mewarisi harta peninggalan bapanya. | Kamus Pelajar |
waris | 1 orang yg berhak menerima pusaka orang yg telah meninggal. 2 penjaga atau wali (kanak-kanak). ~ kuat (karib) waris yg hampir sekali (spt anak, cucu). ~ negeri waris yg bakal mengganti sultan. ~ sah orang yg berhak menjadi waris menurut hukum adat (agama dll). mewarisi 1 menerima harta pusaka; memusakai: Ia ~ dua ekar tanah sawah ibunya. 2 ki menerima apa-apa yg ditinggalkan oleh orang yg terdahulu: Malaysia masih ~ sistem pentadbiran Inggeris. mewariskan 1 meninggalkan harta pusaka kpd. 2 menjadikan seseorang sbg waris. warisan 1 harta peninggalan; harta pusaka. 2 sesuatu yg diwarisi. pewarisan perbuatan, hal dsb mewarisi atau mewariskan. pewaris orang yg mewarisi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
waris I | Ar 1. orang atau pihak yg berhak menerima pusaka orang yg telah meninggal: apabila seseorang mati meninggalkan harta, maka harta itu mestilah diturunkan kpd ~nya; ahli ~ orang yg menjadi waris; 2. penjaga atau wali (kanak-kanak): apakah hukumnya jika penjaga atau ~ kanak-kanak yg berumur tujuh hingga sepuluh tahun mengabaikan ajaran sembahyang kpd kanakkanak tersebut? 3. = warisan harta pusaka, harta peninggalan: anak cucu akan menerima ~ ayah bondanya; ~ ahli waris yg sebenarnya (anak dll); ~ kuat (yg karib) waris yg hampir sekali (anak, cucu, dll); ~ negeri sl waris yg bakal menggantikan sultan; ~ sah orang yg berhak menjadi waris menurut hukum (adat, agama, dll); berwaris meninggalkan waris, ada warisnya: bagi orang mati yg tidak ~, urusan harta peninggalannya terserah kpd pemerintah; mewarisi 1. menerima harta pusaka drpd, mempusakai: dia telah ~ tanah getah ibunya; 2. menurut dan membawa perangai (rupa, sifat, dll) orang tua dll, mengikut jejak orang dll yg sebelumnya (dlm pekerjaan dll): Martinah ~ muka ibunya; Semaun ~ sifatsifat Pak Kasa; ayah seorang lelaki yg ~ zamannya; 3. ki menerima apa yg ditinggalkan: pegawai-pegawai tinggi Melayu yg sudah memang biasa di kelab itu sejak zaman lampau, berasa diri mereka ~ sisasisa nikmat menjadi tuan yg ditinggalkan oleh pegawai kolonial; mewariskan 1. meninggalkan harta pusaka kpd, memberikan pusaka atau peninggalan kpd: aku akan ~ hasil-hasil seni ini kpd rakyatku; 2. menjadikan seseorang sbg waris; 3. ark mewarisi; warisan 1. harta peninggalan, harta pusaka: Mimi pergi ke Bandung utk suatu urusan ~; 2. sesuatu yg diwarisi, sesuatu yg turuntemurun, peninggalan: kata jongos merupakan kata ~ kolonial; kewarisan mendapat warisan; perwarisan hal yg berkaitan dgn berwaris: undang-undang ~; hak ~; pewarisan perihal mewarisi (mewariskan): penyelidikan tentang asal-usul dan ~ segala gagasan bahasa merupakan bidang sejarah linguistik; pewaris orang (pihak) yg mewarisi, waris: kita adalah ~ kebudayaan yg terkaya dlm dunia; ~ ilmu Yunani; beliau muncul sbg ~ jawatan Perdana Menteri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perisian berhak cipta(copyrighted software) | Perisian yang mempunyai hak cipta dan tidak boleh disalin secara sewenang-wenangnya oleh pengguna tanpa mendapat izin. | Kamus Komputer |
berwenang | berhak atau berkuasa utk melakukan sesuatu: Guru Besar ~ utk menjalankan pentadbiran sesebuah sekolah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
waris sah | orang yg berhak menjadi waris menurut hukum adat (agama dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mufti | ahli agama yg berhak memberi fatwa bkn hal-hal agama Islam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |