Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hu.tang] | برهوتڠ

Definisi : mempunyai hutang (kpd), me­minjam wang dll drpd seseorang: ia pernah ~ pd ceti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hu.tang] | برهوتڠ

Definisi : meminjam wang dll drpd seseorang: Dia tidak pernah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hutang (kata nama)
Bersinonim dengan pinjaman, piutang, kredit, bareh, tunggakan;,
Kata Terbitan : berhutang, menghutangkan, memperhutangkan, terhutang, penghutang,

Puisi
 

Keluang keluwi terbang terlentang,
     Singgah sekejap di pokok sirih;
Putus duit boleh berhutang,
     Putus kasih susah nak boleh.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menggali lubang,
     menutup lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jiwa1. nyawa, roh (yg ada dlm tubuh manusia); berhutang ~ berhutang nyawa (kerana membunuh orang lain); melayang ~nya mati; membuang ~ membunuh diri; merentang ~ hampir akan mati; putus ~ mati; 2. batin (perasaan, fikiran, cita-cita, dll yg terkandung dlm hati manusia): buku itu mencerminkan ~ pengarangnya; ilmu ~ pengetahuan me­nge­nai batin manusia, psikologi; penyakit ~ penyakit batin (gila dll); 3. benda atau orang yg memberi kegiatan serta semangat kpd sesuatu pertubuhan dll: dialah yg merupakan ~ pergerakan pemuda di kampung itu; 4. buah hati, kekasih: oh ~ku, hanya engkau seoranglah yg kucintai; 5. penjodoh bilangan dlm menghitung penduduk, orang: kampung ini mempunyai beberapa ratus ~ penduduk; cacah ~ = pencatatan ~ penghitungan jumlah penduduk, banci; 6. maksud yg sebenarnya, maksud yg tersirat: segala tindakan yg diambil haruslah sesuai dgn ~ perjanjian per­sahabatan yg telah ditandatangani itu; ~ bergantung di hujung rambut prb dlm ke­adaan yg sangat berbahaya; bertukar ~ dgn semangat prb sedang berkasih-kasihan; sejiwa keadaan hubungan yg sangat bulat dan sepakat: sehati ~; berjiwa 1. mempunyai jiwa, bernyawa, hidup: dijumpainya di tepi sungai tubuh yg tidak ~; 2. bersemangat: banyak pegawai yg masih ~ penjajah; bahasa kebangsaan sbg alat utk membina kesatuan nasional serta mewujudkan warganegara ~ Malaysia; ~ besar a) mempunyai sifat tidak mahu di­kuasai (dipengaruhi dll) orang; b) mem­punyai cita-cita yg mulia dgn tidak segan memberi pengorbanan; ~ kecil lwn berjiwa besar; ~ rakyat bersemangat kuat utk me­nolong rakyat; menjiwai memberi jiwa (semangat, hidup) kpd: semangat dan perjuangannya telah ~ seluruh pergerakan itu; kejiwaan kerohanian, kebatinan: ini agak pelik kalau ditilik dr sudut ~ orang Melayu; sebenarnya gejala-gejala buruk daripadanya adalah besar sekali baik dr segi kejasmanian mahupun dr segi ~; kesejiwaan perihal atau keadaan sejiwa: percampuran dan ~ kata-kata; penjiwaan perihal menjiwai.Kamus Dewan Edisi Keempat
terhutang1 sudah berhutang. 2 = berhutang sudah menerima kebaikan orang tetapi belum dpt membalasnya: Sampai sekarang saya masih ~ budi kpd­nya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berhutang jiwaberhutang nyawa (kerana membunuh orang lain)Kamus Dewan Edisi Keempat
berhutang berbarisbp berhutang banyak-banyak (drpd berbagai-bagai punca);Kamus Dewan Edisi Keempat
si berhutangorang yg berhutang;Kamus Dewan Edisi Keempat
terhutang1. sudah berhutang. 2. = berhutang sudah menerima kebaikan orang tetapi belum dpt membalasnya: Sampai sekarang saya masih ~ budi kpdnya.Kamus Pelajar
berhutangmeminjam wang dll drpd seseorang: Dia tidak pernah ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berhutang nyawaterselamat hidupnya (ter­selamat oleh pertolongan orang);Kamus Dewan Edisi Keempat
berhutang budimenerima kebaikan orang lain (wajib membalas kebaikan orang);Kamus Dewan Edisi Keempat
berhutangmempunyai hutang (kpd), me­minjam wang dll drpd seseorang: ia pernah ~ pd ceti;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910

Kembali ke atas