dahagi I | pertentangan terbuka terhadap pihak berkuasa; dahaga-~ berbagai-bagai pertentangan terhadap pihak berkuasa; mendahagi menentang pihak berkuasa; pendahagi orang yg menentang pihak berkuasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkuasa | mempunyai kuasa; berhak atas sesuatu atau berhak melakukan sesuatu; dpt atau boleh melakukan sesuatu; berdaya; sanggup; mampu: Dia tidak ~ membuat kerja itu. Siapa yg sebenarnya ~ di sini? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkuasa | 1. mempunyai kuasa (hak, wibawa), berhak atas sesuatu atau utk melakukan (mengurus dsb) sesuatu: sbg ketua, beliau ~ memutuskan perkara-perkara spt itu; mereka diperintahkan oleh pihak yg ~ supaya keluar dr situ; 2. mempunyai kemampuan, berkemampuan, berkesanggupan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dominan | 1. berkuasa atau berpengaruh, mendapat tempat atau kedudukan yg (berkuasa, berpengaruh, dsb): kita sering terjumpa cerita yg mengisahkan bagaimana suatu kaum yg lebih ~ itu mempergunakan kaum lain sbg ‘buffer’ dlm suatu pertembungan; terdapat juga akhbar dwibahasa Inggeris/Melayu, bagaimanapun halaman bahasa Inggeris lebih ~; 2. (Bio) bkn sifat yg lebih kuat pengaruhnya yg diwarisi drpd salah satu induk (ibu bapa bagi manusia): warna perang pd rambutnya merupakan sifat ~ yg diwarisi drpd ibunya; 3. (Bio) bkn banyaknya spesies tertentu dlm sesuatu kawasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memberontak | tidak menurut perintah orang yg berkuasa; beramai-ramai melawan pihak yg berkuasa; melawan kuasa yg sah: Golongan-golongan yg ~ itu telah dpt ditumpaskan oleh pihak kerajaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
waran geledah | perintah bertulis yg dikeluarkan oleh pihak berkuasa kpd polis atau pihak berkuasa lain utk menggeledah sesuatu tempat bagi mencari barang curi, dadah dokumen dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
waran geledah | perintah bertulis yg dikeluarkan oleh pihak berkuasa kpd polis atau pihak berkuasa lain utk menggeledah sesuatu tempat bagi mencari barang curi, dadah, dokumen dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
undang-undang kecil | undang-undang yg dibuat oleh pihak berkuasa atau agensi pentadbiran, mis pihak berkuasa tempatan, yg diberi kuasa berkanun atau kuasa undang-undang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
undang kecil | undang-undang atau peraturan yg dibuat oleh pihak berkuasa atau agensi pentadbiran, mis pihak berkuasa tempatan, perbadanan dsb, yg diberi kuasa berkanun atau kuasa undang-undang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penguasa | 1. orang atau badan yg berkuasa atas sesuatu atau utk menentukan (mengurus) sesuatu; 2. kekuasaan: tiadalah apa ~ hamba hendak bawa dia ke sana sini; ~ perang orang yg berkuasa dlm masa perang (darurat); ~ polis jawatan pegawai dlm pasukan polis tiga tingkat lebih tinggi drpd jawatan inspektor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |