Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lubang (kata nama)
1. Bersinonim dengan liang: rongga, gohong, saung,

2. Bersinonim dengan lekuk: pesuk, lopak, paluh, palung,

3. Bersinonim dengan peluang: kesempatan, jalan, cerlak,

Kata Terbitan : berlubang, melubang, melubangkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berlubang-lubang1. berlubang (dinding, jarum, dsb) di sana sini; 2. berlubang (tanah dsb) di sana sini, berlekuk-lekuk;Kamus Dewan Edisi Keempat
tembuk1 berlubang terus sampai ke sebelah; tembus: Tapak kasutnya ~. 2 berongga (gigi dll); berlubang: Giginya ~ dimakan ulat. menembuk membuat lubang pd kertas dll; menebuk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tembuk I1. berlubang (kain, kertas, dll), tembus: tapak kasutnya telah ~; 2. berongga atau berlubang (gigi, batu, dll): giginya ~ dimakan ulat; menembuk membuat lubang (pd kertas dll), menebuk, menembus.Kamus Dewan Edisi Keempat
terawangtenunan atau tekat yg berlubang-lubang, kerawang; berterawang 1. berlubang-lubang, bertem­buk-tembuk; 2. berkerawang; menerawang 1. membuat lubang-lubang kecil pd (kain dll), melubangi, menembuk, menembus; 2. membuat kerawang (pd baju dll), mengerawang: kain putih yg diterawang dgn bunga yg indah-indah; 3. termenung-menung memikirkan (mengangan-angankan) sesuatu, melayang jauh (fikirannya), meng­khayal: tertidur juga dia setelah beberapa lama ~ di gelap malam itu; kenangannya ~ ke masa yg lampau; 4. ki memandang jauh-jauh (tanpa tujuan tertentu), memandang kosong: berjam-jam lamanya aku ~ langit dr jendela melihat burung-burung; ~ khayal memikirkan yg bukan-bukan, melamun; ~ langit (udara) = ~ langit mengu­kir jagat mengangan-angankan yg bukan-bukan, menggantang asap; penerawang orang yg suka menerawang.Kamus Dewan Edisi Keempat
berterawang1. berlubang-lubang, bertem­buk-tembuk; 2. berkerawang;Kamus Dewan Edisi Keempat
kerobak1. berlubang-lubang, cabik, carik, koyak; 2. berparut-parut, bopeng; ~ kerobek = ~-kerabik = ~ kerabit a) cabik cabik, koyak-koyak; b) berparut-parut, bopeng.Kamus Dewan Edisi Keempat
geronggang1. berlubang di dalam; 2. rongga (dlm pokok dll): kebanyakan tulang yg besar itu mempunyai ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
medokJk 1. berlubang (spt bunga karang, roti, dll); 2. kotor, berdaki.Kamus Dewan Edisi Keempat
lubang1. bahagian pd sesuatu (dinding, jarum, dll) yg boleh ditembusi sesuatu: ~ jarum; ia mengintai dr sebuah ~ di dinding rumah itu; 2. rongga: ~ hidung; ~ telinga; ~ roma; 3. lekuk di tanah dll: jalan masuk ke tempat itu penuh dgn ~; 4. bp peluang: di bandar itu, ~-~ kerja cukup banyak; ~ angin lubang (di atas pintu atau tingkap) utk angin keluar masuk; ~ butang lubang yg dibuat pd pakaian utk melekatkan butang; ~ leleh (S.Bina) lubang kecil yg dibuat pd tembok penahan utk menyalurkan keluar air yg ber­takung di belakang tembok supaya tekanan berkurangan; ~ lengan lubang pd bahagian baju di pangkal lengan; ~ mata lubang di tengkorak vertebrat tempat terletaknya biji mata; ~ roma lubang pd kulit manusia dan binatang tempat peluh keluar; barang siapa menggali ~, ia juga terperesuk ke dalamnya prb barang siapa yg berniat jahat terhadap orang lain, ia sendiri akan mendapat kecelakaan; gali ~ timbus ~ prb berhutang utk membayar hutang lama; korek ~ ulat prb sengaja mencari perselisihan (perbantahan, pertengkaran, dll); masuk sebesar ~ penjahit, keluar sebesar ~ tabuh prb besar belanja drpd pendapatan; berlubang 1. mempunyai (ada) lubang (dinding, jarum, dsb): dinding rumahnya ~; mempunyai (ada) lubang (rongga), berongga; berlekuk (tanah dsb): jalan ke kampung itu ~ di sana sini; berlubang-lubang 1. berlubang (dinding, jarum, dsb) di sana sini; 2. berlubang (tanah dsb) di sana sini, berlekuk-lekuk; melubang membuat lubang, menggerek, menebuk, menggali lubang; melubangi membuat lubang pd, menebuk lubang pd, menggali lubang pd: papan itu dilubangi utk dimasukkan skru; melubangkan 1. menyebabkan berlubang (dinding dll): tembakan sesat itu telah ~ dinding rumahnya; 2. menyebabkan ber­lubang (berlekuk), melekukkan: kenderaan berat yg lalu-lalang di situ telah ~ jalan baru itu; pelubang, pelubangan lubang yg dibuat di tanah utk menangkap binatang.Kamus Dewan Edisi Keempat
tembus1 berlubang terus hingga ke sebelah; tembuk: Dinding rumahnya ~ kena peluru. 2 dpt dilalui sampai terus ke sebelah; lantas ke (ttg jalan dll): Jalan ini ~ ke Jalan Bangsar. menembus membuat lubang pd; membuat supaya tembus; menebuk: Mereka ~ gunung utk membuat terowong. menembusi 1 masuk terus ke sebelah; menusuk sampai tembus: Besi paku sebesar ini tidak dpt ~ papan yg begitu tebal. 2 meresap terus ke sebelah; melantasi: Ada jenis cahaya yg dpt ~ benda-benda keras, spt batu. 3 (dpt) melantasi pertahanan, pasaran dll: Teh jenis itu dpt ~ pasaran antarabangsa. tembusan 1 sesuatu spt jalan, sungai dll yg tembus ke. 2 sungai buatan utk dilalui kapal dll; terusan. 3 jalan yg menembusi bukit atau jalan bawah tanah; terowong. penembusan perbuatan (hal dsb) menembus atau menembusi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123456789

Kembali ke atas