salut I | pembalut, pembungkus, sampul, sarung, selongsong; ~ bunga kecubung yg terdapat pd bahagian luar kelopak bunga, kaliks (bunga); ~ surat sampul surat; bersalut 1. berbalut, berbungkus, bersampul, bersarung: tongkat kecil hitam dgn kepalanya ~ tembaga; bungkusan itu ~ kertas minyak; 2. ki berselubung, berselindung: hadiah yg murah tetapi ~ ikhlas; seruku riang ~ jenaka; menyalut membalut, membungkus, menyam-pul: gambar itu hendaklah disalut supaya tidak pudar; ~ sarung keris dgn perak; menyaluti menjadi sbg salut pd, membaluti: tepung ubi ~ kesemua kepingan keladi; salutan sesuatu yg digunakan utk menyalut; penyalutan perihal (proses atau perbuatan) menyalut atau menyaluti sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersalut | 1. berbalut, berbungkus, bersampul, bersarung: tongkat kecil hitam dgn kepalanya ~ tembaga; bungkusan itu ~ kertas minyak; 2. ki berselubung, berselindung: hadiah yg murah tetapi ~ ikhlas; seruku riang ~ jenaka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercelup | 1. berlapis (bersalut); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
onde-onde | (ondé-ondé) 1. sj kuih Melayu (spt bola kecil yg dibuat drpd tepung pulut dan berinti gula melaka dsb serta bersalut kelapa parut), buah melaka; 2. Kd, Pn, Pl sj kuih Melayu (spt bola bentuknya, kulitnya dibuat drpd tepung pulut dan bersalut bijan serta berinti kelapa atau kacang hijau), kuih bom. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salut | 1 benda yg membaluti atau yg melapisi sesuatu; pembalut: ~ surat sampul surat. 2 benda yg digunakan utk melapis sesuatu (khususnya logam): ~ gigi emas dll yg melapisi gigi. ~ bunga daun yg melindungi bahagian luar bunga. bersalut ada salutnya; memakai salut; berbalut: Buah cempedak yg ~ tidak mudah diserang ulat. bersalutkan mempunyai sesuatu sbg salut (bkn logam dll): Plat timah pd asasnya ialah plat keluli lembut yg ~ timah. menyalut memberi bersalut; membalut; membungkus: Dia ~ barang-barang tembaganya dgn kain. ~ pateri melapis logam dll dgn pateri. menyaluti menjadi sbg salut pd: Kain ~ barang-barang tembaganya. menyalutkan menjadikan sbg salut; melapiskan. salutan sesuatu (spt lapisan logam dll) yg digunakan utk menyalut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
krom | 1. sesuatu (benda drpd besi dll) yg bersalut dgn kromium; 2. bahan pewarna yg mengandungi kromium. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
petak(pad) | 1. Kawasan berbentuk segi empat, bersalut tembaga, dan terdapat pada papan litar tercetak yang berfungsi sebagai tempat kaki komponen elektronik yang dipaterikan pada papan litar. 2. Lihat pad. | Kamus Komputer |
celup | ki tiruan, palsu, tidak asli; orang putih ~ orang yg hendak berlagak dll spt orang putih; tayar ~ tayar tua yg telah dibaharui bunganya; tukang ~ orang yg kerjanya mewarnai kain dll; bercelup 1. berlapis (bersalut); ~ emas berlapis air emas; 2. sl bercelur; ~ minyak bersumpah dgn memasukkan jari ke dlm minyak yg menggelegak utk menentukan kesalahan orang; mencelup 1. memasukkan (menenggelamkan, menyelamkan) ke dlm benda yg cair: sebelum digoreng pergedel itu mesti dicelup ke dlm telur; 2. memberi berwarna dgn memasukkannya ke dlm air berwarna (kain dll): ~ kain; 3. ki membentuk (fikiran, faham, semangat, dll), melatih, mengajar: mereka dicelup di Oxford dan di Cambridge; celupan hasil mencelup; pencelupan perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) mencelup: ~ kain; pencelup air dll yg berwarna utk mencelup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersendi-sendi | 1. ada sendinya, berhubungan antara satu dgn yg lain dgn sendi: periksa kepala lipas dgn kanta tangan dan perhatikan sesungutnya yg panjang dan ~; 2. bersalut dgn, bersimpai dgn, berbingkai dgn: ... suatu perasapan emas, ~ suasa, berselang dgn permata; bagai tanduk ~ gading prb hal keadaan yg tidak sepadan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersendi | , bersendi-sendi 1. ada sendinya, berhubungan antara satu dgn yg lain dgn sendi: periksa kepala lipas dgn kanta tangan dan perhatikan sesungutnya yg panjang dan ~; 2. bersalut dgn, bersimpai dgn, berbingkai dgn: ... suatu perasapan emas, ~ suasa, berselang dgn permata; bagai tanduk ~ gading prb hal keadaan yg tidak sepadan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |