Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.rung.kan] | برساروڠکن

Definisi : menggunakan sesuatu sbg sarung: ia mengambil goloknya yg berhulu-kan buluh dan ~ upih itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bersarungkanmenggunakan sesuatu sbg sarung: ia mengambil goloknya yg berhulu-kan buluh dan ~ upih itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
berhulukanmempunyai hulu yg dibuat drpd, berkepalakan, bertangkaikan: golok yg ~ buluh dan bersarungkan upih; keris ~ cula;Kamus Dewan Edisi Keempat
sarung I1. salut (tempat menyimpan keris, pedang, dll) yg dibuat drpd kayu dll: pedang yg sudah terhunus drpd ~nya; 2. sampul (bantal, surat, dll), bungkus; 3. = kain ~ kain yg hujung pangkalnya dijahit bersambung; ~ akar tisu yg menyalut hujung akar (supaya tidak rosak, patah, dll); ~ bantal kain pembungkus bantal (supaya bantal tidak kotor dll); ~ bidal = ~ jari sarung jari yg diperbuat drpd logam (utk orang menjahit), jidal, didal; ~ kepompong lapisan yg menyaluti telur (kepompong) serangga; ~ keris sarung tempat menyimpan keris; ~ surat sampul surat; ~ tangan kaus tangan; seberapa panjang ~, begitulah panjang matanya prb perangai (perkataan) yg baik atau jahat menunjukkan sedikit atau banyaknya ilmu seseorang; bersarung memakai sarung: dia bertopeng dan ~ tangan; bersarungkan menggunakan sesuatu sbg sarung: ia mengambil goloknya yg berhulu-kan buluh dan ~ upih itu; menyarung 1. memberi bersarung: ~ keris; 2. memakai atau mengenakan (pakaian dll): dia terus ~ pakaian; menyarungkan 1. memasukkan ke dlm sarung: kemudian Panglima Hitam pun ~ kerisnya kembali; 2. mengenakan atau me-masukkan (pakaian, cincin, dll): dia terpaksa menahan nafas ketika ~ baju sutera halus tanpa tangan itu; ~ baju di badan maka sesuai prb mengukur perbuatan orang dgn keadaan diri sendiri; tersarung 1. terletak dlm sarung (keris, pedang, dll), dlm keadaan bersarung; 2. terlekat atau terpakai (pakaian dll): cincin pertunangan ~ di jarinya; penyarung sl orang yg membuat sarung: maka oleh segala perawangan itu di­bawa-nya keris itu kpd segala ~ disuruh sarungkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
hulu1. sl kepala: lalulah diparangnya ~ baginda itu lalu mangkat; gering ~ sakit kepala (utk raja); kalang ~ bantal kepala; 2. = ~ sungai bahagian atas (sungai dll), udik, lwn hilir: air sungai yg deras mengalir dr ~; di ~ sungai ada air terjun; 3. pangkal, permulaan; ~ hati bahagian hati yg sebelah atas; ~ musim permulaan musim; ~ malang pangkal malang; 4. tangkai (pisau, keris, cangkul, dll), pemegang; ~ cangkul tangkai cangkul; ~ wali pegangan pd pisau wali; 5. pedalaman; orang ~ orang yg tinggal jauh di pedalaman; ~ hilir a) hulu dan hilir; b) hujung pangkal; ~ kepala ubun-ubun; ~ mujur pandai bertenggang (bertengkar) ~ baik pandai memakai prb Mn pandai membawa diri dlm pergaulan; ke ~ kena bubu, ke hilir kena tingkalak prb tidak dapat mengelak drpd bahaya; jikalau di ~ airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga prb jika seseorang itu jahat asalnya maka jahat jualah kelakuannya (jika sesuatu rundingan itu sudah kusut pd permulaannya biasanya buntu juga kesudahannya); orang terpegang pd ~nya, awak terpegang pd matanya prb lawan yg lebih kuat drpd kita (dlm perjanjian atau perkara); berhulu 1. terbit di, berasal dr (sungai): sungai itu ~ di pergunungan Titiwangsa; 2. mempunyai hulu, bertangkai; berhulukan mempunyai hulu yg dibuat drpd, berkepalakan, bertangkaikan: golok yg ~ buluh dan bersarungkan upih; keris ~ cula; menghulu belayar (pergi) ke hulu sungai, mudik; menghulukan sl mendahului, memimpin, mengepalai: kalau sudah tuanku yg hendak ~ dan menunjuk ajar ... kawasan patik sanggup menyerahkan jiwa raga kami; huluan berkaitan dgn pelbagai kegiatan yg berlaku sebelum kegiatan utama (bkn industri, projek, aktiviti dsb): beliau turut memper­soalkan langkah kementerian yg bertumpu pd kegiatan di peringkat ~ dan kurang mem­beri perhatian pd peringkat hiliran.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas