berkuat | berkeras hati dan bersungguh-sungguh, bertekun (bekerja, berusaha, dsb), bertahan (menghadapi atau menanggung kesulitan, dll): ibunyalah yg ~ benar menyuruh ia pergi; tiap hari dia ~ utk mencapai cita-citanya; ~ tulang bekerja bersungguh-sungguh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tekun | 1. = dgn ~ dgn rajin dan usaha (melakukan sesuatu), bersungguh-sungguh: bekerjalah awak ~-~, jangan banyak angan-angan; 2. tabah hati, keras hati: dgn ~ dia bekerja men-cari nafkah; bertekun 1. rajin dan bersungguh-sungguh (bekerja, berusaha, mengaji, dll), berkeras hati: kira-kira lapan sembilan bulan aku ~ mengaji dan menulis itu; 2. = tertekun menumpukan fikiran dll pd, sangat asyik (mengerjakan sesuatu): jangan engkau biasakan menulis malam, kerana nanti lekas rosak mata, dan siang pun jangan ~ sangat, kerana engkau budak-budak nanti menjadi penyakit; 3. sangat-sangat berpegang pd (adat, kepercayaan, dll): mereka masih ~ pd adat kuno; 4. ark bertelekan (pd), bertumpu (pd); menekun mempelajari dll sesuatu dgn tekun: Laila sentiasa menghabiskan waktu senggang dgn ~ pelajaran sekolahnya; menekuni berusaha sungguh-sungguh utk sesuatu: pengajian teologi juga terus ditekuni tanpa mengalami hambatan; menekunkan menjadikan (seseorang) tekun: ~ diri dgn beberapa penelitian;ketekunan 1. perihal tekun, kerajinan, kesungguhan; 2. keasyikan (melakukan sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersungguh-sungguh | bekerja atau berusaha dgn sepenuh hati: Pasukan Askar Melayu telah ~ mempertahankan Tanah Melayu drpd serangan Jepun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersungguh-sungguh | (berusaha, bekerja) dgn segenap hati, dgn penuh minat, tidak main-main: apakah pengakuannya itu satu pengakuan yg dibuat ~ atau kerana paksaan? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersungguh-sungguh | bekerja atau berusaha dgn sepenuh hati: Pasukan Askar Melayu telah ~ mempertahankan Tanah Melayu drpd serangan Jepun. | Kamus Pelajar |
berkuat | bersungguh-sungguh; berkeras hati: ~ benar dia hendak melanjutkan pelajarannya ke luar negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berperi-peri | bersungguh-sungguh; beria-ia: Yazid ~ mengajak saya ke rumahnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bermati-mati | bersungguh-sungguh melakukan sesuatu; dgn segenap tenaga; dgn segala daya upaya: Ayah ~ mencari wang kerana hendak menyekolahkan kami. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beria-ia | bersungguh-sungguh: Dia ~ benar mengajak saya pergi ke Pulau Tioman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berhabis-habisan | bersungguh-sungguh melakukan sesuatu; bermati-matian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |