Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terang
1. Bersinonim dengan cahaya
( sinar, kilau, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan terang
( cerah, jelas, nampak, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kelam

3. Dalam konteks hari
bersinonim dengan siang, cerah,
(adjektif:)
Berantonim dengan gelap

4. Dalam konteks bunyi
bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan redam

5. Bersinonim dengan benar
( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, )
(adjektif:)

6. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terang1. keadaan (cahaya atau sinar) yg me­nye­babkan sesuatu atau keadaan sekilas boleh dilihat: tidak akan sama ~ lampu dgn ~ matahari; 2. tidak gelap (bkn tempat, ke­adaan sekitar, cahaya, dsb), tidak kelam, tidak muram, tidak suram, cerah: jangka suhu doktor bolehlah dikeluarkan dr mulut dan dilihat di tempat ~; 3. siang (hari), lwn malam: setelah hari ~, mereka pun berangkat meneruskan perjalanan mereka; 4. bersih kerana (sudah) ditebasi atau ditebangi (kawasan semak samun dll): pagi esoknya pergilah pula mereka ke dlm hutan, tiba-tiba didapati mereka tempat itu ~ lawas; 5. tidak diselaputi awan (langit), bersih, jernih (langit, udara): malam itu nyaman sekali, angin mendesir perlahan-lahan, langit pun ~, bintang-bintang berkerlipan; 6. tidak terlindung sedikit pun (pemandangan), nyata (pandangan, pendengaran, pelihatan), jelas: pd waktu malam terdengar juga bunyi ledakan meriam, kadang-kadang bunyi itu jelas dan ~; 7. tidak kabur (pelihatan, pan­dangan), jelas: monyet dan manusia ialah binatang yg besar sekali otaknya dan yg ~ sekali pelihatannya; 8. tidak dapat diragukan atau disangsikan lagi, sudah terbukti (kebe­narannya dll), sudah ketahuan, sudah nyata (benar): sudah ~ sekarang siapa yg benar dan siapa yg bersalah; 9. jelas (kata-kata­nya, maksudnya, dll), nyata (benar): ceramah pendek yg diberikan oleh Amran pagi itu sangat ~ dan bernas; sebutan bahasanya ~ dan tepat; ~ akal tajam akal, cerdik, pandai; ~-ben­derang terang sekali; ~ bulan a) cahaya drpd bulan (pd waktu malam); b) = ~ hari Mn = bulan ~ tidak gelap pd malam hari kerana ada bulan; ~ cuaca cuaca yg baik (tidak redup atau mendung); ~ hati = ~ fikiran mudah mengerti (belajar); ~ tanah pagi-pagi hari ketika tanah mulai kelihatan (lebih kurang pukul 5.30–6.00 pagi); ~-temaram (-temarang) terang sekali, terang-benderang; ~ terbang lalat pagi hari (lebih kurang pukul 6.00–6.30 pagi); ~ terus dapat dilalui cahaya, bening (kaca dll); terang-terang tidak berselindung (terlin­dung) lagi, nyata (jelas) sekali, ketara (sesuatu perbuatan): bukan sedikit pula orang kam-pung itu yg ~ hendak mengambil Zainal menjadi menantu mereka; ~ gelap = ~ laras agak terang sedikit (hari) tetapi belum terang betul; ~ kain Mn a) belum terang betul; b) belum mengerti benar; terang-terangan berterang-terang: kalau mereka cuba mengganggu hamba dgn ~, hamba tahu pula membalasnya; berterang-terang, berterang-terangan tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu), (berbuat sesuatu) dgn terus terang: tidak seorang juga yg berani menunjukkan ke-marahan mereka ~ ; menerang menjadi terang; menerangi 1. memberi terang kpd (bkn lampu, pelita, bulan, dll), menyuluhi: lampu minyak itu ~ biliknya; 2. ki memberi terang pd hati (fikiran, perkara, dll), menunjuki: Tuhan akan ~ hati segala manusia; 3. mem­bersihkan kawasan (drpd semak samun dll), menyiangi: pd suatu masa nanti, bahagian-bahagian itu akan diterangi utk kegunaan pertanian; 4. Mn mencari keterangan (bukti dll) supaya jelas, menentui: beliau datang cuma utk ~ perkara itu sahaja; menerangkan 1. menjadikan terang (pelihatan, pendengaran, dll): puas sudah ia ber­ubat ke sana ke mari utk ~ matanya yg kabur, tetapi tidak juga berjaya; 2. men­jadikan terang, menghuraikan (menceritakan dll) supaya terang, memberi keterangan, menjelaskan: Ramlan cuba ~ kemusykilan neneknya; 3. memberitahu tentang sesuatu (supaya dike-tahui seseorang atau orang ramai), memak-lumkan, menyatakan: PM telah ~ mengapa perubahan-perubahan kerajaan yg berlaku di Afrika tidak berlaku di Malaysia; 4. menentukan (apa yg patut dilakukan dll), menetapkan, menegaskan: per­aturan undang-undang itu ~ bagaimana orang ramai patut menghantar butir-butir atau kira-kira pendapatannya; 5. menun­jukkan (menanda-kan, membuktikan) bahawa: kita tidak mempunyai bukti yg cukup utk ~ bahawa orang yg dituduh itu betul-betul bersalah; keterangan 1. huraian utk menerangkan sesuatu, penjelasan: semua ~ guru itu didengar oleh Nurshahid dgn tenang; 2. hal yg menjadikan sesuatu perkara dll terang atau jelas, alasan, bukti, tanda: dlm tempoh yg ada pd kami, telah kami usahakan sedaya upaya utk mendapatkan ~ yg difikirkan perlu; 3. Id kata atau kelompok kata yg mene­rangkan kata yg lain; penerangan 1. alat dll yg digunakan utk mene­rangi (lampu dll); 2. perihal menerangi atau menerangkan, perbuatan memberi terang kpd (lampu dll); 3. perihal menerangkan (menjelaskan), penjelasan: ~nya padat, alasan-alasannya jitu bilamana memper­katakan soal politik; 4. pekerjaan (jawatan dll) yg memberi penjelasan dll: Pak Wir di­anggap tenaga ahli yg masih sangat diperlu­kan dlm bidang ~; penerang sesuatu yg menerangi (menerang­kan); ~ hati jampi dll yg menerangi hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
terang-teranganberterang-terang: kalau mereka cuba mengganggu hamba dgn ~, hamba tahu pula membalasnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
berselindungtidak terang-terangan (melakukan sesuatu), dgn diam-diam, tidak ketara: manakala saya melihat Aminah berkata dgn tidak ber­selindung itu, saya pun kasihan kepadanya; dia tidak berani menentang secara berterang­-terangan hanya secara ~ sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
berterang-terangantidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu), (berbuat sesuatu) dgn terus terang: tidak seorang juga yg berani menunjukkan ke-marahan mereka ~ ;Kamus Dewan Edisi Keempat
lindung I; berlindung 1. = berselindung tidak menampakkan diri (kpd orang), ber­sembunyi: Si Lamat hendak mencari tempat ~ di dlm belukar itu; 2. berteduh, bernaung, memohon pertolongan orang lain: ramai penduduk negeri itu yg telah lari ~ diri ke negeri Normandy; 3. = berselindung tidak terang-terangan (melakukan sesuatu), dgn diam-diam, tidak ketara: manakala saya melihat Aminah berkata dgn tidak ber­selindung itu, saya pun kasihan kepadanya; dia tidak berani menentang secara berterang­-terangan hanya secara ~ sahaja; berlindungkan sl menyelamatkan atau menaungkan (diri), melindungkan: maka Sultan Zainal Abidin pun larilah berperahu kecil lalu ia ke Melaka, ~ dirinya pd Sultan Mansor Shah; melindungi 1. menudung supaya tidak kelihatan (jangan terkena sesuatu dll): pondok saya tidak nampak dr sini kerana dilindungi belukar; 2. memberi pertolongan (bantuan dll), membela, memberi naungan: mahkamah bertanggungjawab ~ masyarakat drpd malapetaka jenayah; beberapa ekor kambing biasanya dipelihara bersama­-sama biri-biri utk ~ biri-biri drpd serangan binatang buas; 3. tidak memperlihatkan (secara terang-terangan) atau mendedahkan sesuatu, menyelimuti kebenaran (kejahatan dll), menyelubungi: mereka sangat bijak ~ hasrat yg hendak disampaikan; lindung-melindungi saling melindungi; melindungkan 1. menaruh sesuatu supaya jangan kelihatan, menyembunyikan, me­nyorokkan: dilindungkannya benda itu di balik semak-semak itu; maka puteri itu pun ~ dirinya di balik pohon kelapa; tiap-tiap orang yg menggunakan perkataan spt ini semata-mata utk ~ perasaan dan fikiran masing-masing; 2. menggunakan utk melin­dungi: jerami itu dilindungkan pd semaian; memperlindungkan menaungkan, memberi pertolongan kpd, menyelamatkan: ia terpaksa berkhidmat ~ Tanah Brunei drpd serangan musuh; terlindung 1. tersorok, tersembunyi: per­buatan yg tidak ikhlas dan jujur ini tidak akan ~ selama-lamanya; 2. dapat diselamat­kan (drpd bahaya dll), terselamat; lindungan 1. yg terlindung oleh, yg dilindungi: manusia ~ Tuhan; 2. = perlindungan; kelindungan 1. terlindung atau tertutup (tidak kelihatan, terkena sesuatu, dll); 2. ark kelampauan (melampaui, melanggar adat, dll); perlindungan 1. tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan,dll): pemerintahan Ghassan sentiasa men­dapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; pelindungan ark bilik air, jamban, tandas: maka pd sekali persetua, kuda kenaikan baginda jatuh ke dlm ~; pelindung 1. sesuatu (atap, dinding, dll) yg melindungi: atap yg tugasnya sbg ~ dr hujan dan panas, tidak memenuhi syaratnya; 2. orang yg memberi perlindungan (bantuan, pertolongan, dll): laki-laki yg sedang ter­kurung di rumahnya itu ialah ~nya, bukan musuhnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
berlindung1. = berselindung tidak menampakkan diri (kpd orang), bersembunyi: Si Lamat hendak mencari tempat ~ di dlm belukar itu; 2. berteduh, bernaung, memohon pertolongan orang lain: ramai penduduk negeri itu yg telah lari ~ diri ke negeri Normandy; 3. = berselindung tidak terang-terangan (melakukan sesuatu), dgn diam-diam, tidak ketara: manakala saya melihat Aminah berkata dgn tidak ber­selindung itu, saya pun kasihan kepadanya; dia tidak berani menentang secara berterang­-terangan hanya secara ~ sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
jelas Ijelas I 1. terang (perkataan, pemandangan, dll), tidak kabur (mengelirukan dsb), nyata: suara itu tidak ~ pd pendengarannya; ke­terangan yg diberikan itu tidak begitu ~; 2. habis, selesai, beres (pekerjaan, hutang, dll): dlm sehari boleh ~ pekerjaan ini; hutangnya di kedai itu masih belum ~; sejelas-jelasnya cukup jelas, amat jelas: rancangan itu akan diterima oleh rakyat setelah penerangan yg ~ diberikan kpd mereka; berjelas-jelas berterang-terang, tidak ber­sem­bunyi-sembunyi: aku ini hendak ~ da­hulu sebelum aku sampaikan amanat orang; menjelasi Mn meminta keterangan yg lebih jelas (lebih lanjut); menjelaskan 1. menerangkan (lebih lanjut), menghuraikan (sehingga jelas), menyatakan (utk memberikan penerangan): seorang pe­gawai kerajaan ~ bahawa undang-undang yg baru diluluskan itu hanyalah utk se­mentara waktu sahaja; 2. menyelesaikan (pekerjaan, pembayaran hutang, dll), meng­habiskan, membereskan: dia sekarang ber­cermat-cermat kerana hendak ~ harga mo­tokar itu; memperjelas membuat lebih jelas: kita akan ~ keadaan ini dgn memberi dua contoh; kejelasan perihal (sifat, keadaan) jelas, nyatanya, terangnya: ~ imej pd keseluruhan skrin; ~ objektif utk belajar; ~ amat penting bagi borang dan penerangan yg disertakan; penjelasan 1. keterangan (yg lebih jelas), huraian: Ali meminta ~ sebab-sebab per­buatan adiknya; 2. penyelesaian (pekerjaan, pembayaran hutang, dll); ~ bank (Eko) penyelesaian pembayaran cek dll antara bank; rumah ~ (Eko) tempat menye­­lesaikan pembayaran cek dll antara bank; penjelas 1. orang yg menjelaskan; 2. benda utk menjelaskan (hutang dll): wang ~ hutang.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas