penyamakan | 1. perbuatan menyamak: sampai ke akhir abad kelapan belas ~ masih dilaku-kan dgn cara-cara lama; 2. tempat menyamak kulit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
warakatulikhlas | Ar surat yg dikirimkan dgn tulus ikhlas (dlm surat-menyurat cara lama). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketidakpercayaan | perihal (atau keadaan) tidak percaya: telah timbul ~ terhadap gaya kehidupan wanita cara lama di kalangan wanita yg berkenaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kolot | kuno, cara lama (tidak moden), ketinggalan zaman: cara ~ yg digunakan oleh petani-petani menyebabkan hasil pertanian mereka tidak memuaskan; adat ~ adat kuno; kaum ~ golongan yg berpegang kuat pd adat resam kuno; kekolotan 1. sifat (cara, adat resam, dll) yg kolot (ketinggalan zaman), kekunoan: menghapuskan ataupun setidak-tidaknya mengurangkan ~ dlm masyarakat; 2. perihal kolot (kuno), sifat tidak moden atau ketinggalan zaman (bkn pemikiran, adat resam, dll): pelajaran dan pengalamannya telah dapat menghapuskan ~ fikirannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
samak II | zat yg digunakan utk memasak dan mewarnai kulit binatang (utk dibuat kasut dll); kulit ~ kulit yg sudah dimasak dan diwarnai; bersamak disamak: kulit ~; menyamak 1. memasak kulit (supaya ber-warna dan lembut dll): kulit bakau digunakan utk ~ kulit atau pukat; 2. menggelas (meng-gosok dgn serbuk kaca) tali layang-layang; 3. menyucikan anggota badan, tempat, dsb yg terkena najis mughallazah dgn air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali; penyamakan 1. perbuatan menyamak: sampai ke akhir abad kelapan belas ~ masih dilaku-kan dgn cara-cara lama; 2. tempat menyamak kulit; penyamak 1. orang yg kerjanya menyamak kulit; 2. bahan yg digunakan utk menyamak kulit: bahan ~ kulit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baru I | 1. belum (tidak) ada sebelumnya, (yg) belum lama wujud (dikeluarkan, diterbitkan, dsb): negara-negara ~; kereta jenis ~; majalah ~; 2. belum pernah atau belum lama dilaksanakan (dicuba, digunakan, dsb): cara-cara ~; 3. belum dipakai lagi atau belum lama dipakai: basikal ~; kasut ~; 4. belum lama lagi menjadi atau berlaku (bekerja, bertindak, dll) sbg: murid ~; ketua ~; 5. masih segar (belum lama dipetik, ditangkap, dsb): ikan ~; 6. moden: angkatan ~; 7. belum berapa lama lagi (dahulu): saya ~ datang; 8. apabila saja, sesudah: ~ digertak dia sudah lari; 9. pd masa itulah, pd ketika tertentu (berikutan dgn sesuatu dll): selepas saya jelaskan ~ dia sedar; 10. kelihatan masih cantik atau tidak terjejas dsb (kerana belum sering digunakan, terpelihara dgn baik, dll); baru-baru; ~ ini tidak lama dahulu, tidak berapa lama sebelum ini: kita menyokong perbahasan itu dlm Perhimpunan Agung UMNO ~ ini;membarukan menjadikan baru, membetulkan sesuatu supaya spt baru: hasratnya utk ~ gaya itu sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cara | 1 peraturan membuat sesuatu: Bagaimanakah ~ membuat kuih itu? 2 gaya atau kaedah (spt bentuk, fesyen dll): Bahasa yg digunakan dlm karangannya mengikut ~ bahasa Melayu lama. 3 sesuatu peraturan yg lazim diikut; adat resam; adat kebiasaan: Beliau gemar sekali makan masakan ~ Melayu. cara-cara 1 berbagai-bagai cara; bermacam-macam cara. 2 pelbagai peraturan atau contoh. 3 upacara. secara 1 dgn cara: Pegawai itu telah menerangkan akta tsb kpd kami ~ ringkas sahaja. 2 selaku; sebagai: Semuanya dilakukan ~ bermain-main. 3 menurut (adat): Perkahwinannya dilakukan ~ adat Melayu. ~ langsung a. dgn cara terus atau tidak dgn perantaraan. b. tidak menyimpang atau tidak menyeleweng. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemikiran | perihal berfikir (memikir): bahasa Melayu sejak lama telah berkembang sbg alat perkembangan ~ bangsa Melayu; ~ lateral cara menyelesaikan masalah dgn menggunakan daya imaginasi (bukan dgn menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yg biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yg kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak gila-gila sedikit) tetapi berkesan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
solek | /solék/ cara menghias diri: alat ~ alat spt bedak (gincu dll) yg digunakan utk menghias diri. bersolek berhias diri dgn memakai bedak (gincu dll): Kalau ~ pun, janganlah lama-lama sangat. menyolek mengenakan alat solek pd; memekap: ~ pengantin. solekan hasil menyolek: Dia kelihatan menarik dgn ~ yg nipis dan sederhana. persolekan hal bersolek. penyolek orang yg menyolek. pesolek orang yg suka bersolek. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
solek /solék/ | cara menghias diri: alat ~ alat spt bedak (gincu dll) yg digunakan utk menghias diri. bersolek berhias diri dgn memakai bedak (gincu dll): Kalau ~ pun janganlah lama-lama sangat. | Kamus Pelajar |