Suhakam | akronim bagi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (badan bebas yg memperjuangkan hak asasi manusia). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penindasan | perbuatan menindas: dlm pemerintahan diktator kerap berlaku ~ kebebasan dan hak-hak asasi manusia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tindas | 1. menghimpit (menekan) dgn kuat: ~ kutu; 2. membuat dgn sekehendak hati (dgn kejam dll) terhadap, memeras, memperkuda, menganiaya: ia menerangkan bahawa pemberi pinjaman wang dapat ~ petani-petani dgn berbagai-bagai cara; 3. menumpaskan (pemberontakan dll), menguasai (menghapuskan dll) dgn kekerasan, menekan: parti komunis melaksanakan ajaran-ajaran Lenin utk ~ kebebasan peribadi; pergerakan-pergerakan utk mendapatkan kemerdekaan bagi negeri itu ditindas oleh kerajaan penjajah; tertindas ditindas, ditekan (dikuasai) dgn kekerasan: rakyat yg lama ~ itu akhirnya menentang pemerintah penjajah; tindasan 1. hasil perbuatan menindas, tekanan; 2. tembusan atau rakaman surat (stensil dll); penindasan perbuatan menindas: dlm pemerintahan diktator kerap berlaku ~ kebebasan dan hak-hak asasi manusia; penindas orang dll yg menindas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |