hak cipta | hak seseorang pencipta spt pengarang, penggubah lagu atas hasil ciptaannya yg dilindungi undang-undang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hak cipta | hak penguasaan yg dilindungi undang-undang atas seluruh atau sebahagian drpd hasil ciptaan seseorang pengarang (pencipta, penggubah dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hak cipta | hak seseorang pencipta spt pengarang, penggubah lagu dll atas hasil ciptaannya yg dilindungi undang-undang. | Kamus Pelajar |
hak pengarang | hak cipta; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perisian berhak cipta(copyrighted software) | Perisian yang mempunyai hak cipta dan tidak boleh disalin secara sewenang-wenangnya oleh pengguna tanpa mendapat izin. | Kamus Komputer |
harta tak sungguh | (Eko) hak yg tidak berupa benda (spt hak cipta dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aset terakru | (Eko) aset yg tidak wujud secara fizikal (spt paten, hak cipta, dll) tetapi memberi hak kpd pemiliknya utk menerima bayaran atau faedah lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hak | 1. (yg) benar, kebenaran: katakanlah yg ~ walau pahit sekalipun; ajaran-ajaran yg ~ ajaran-ajaran yg benar; ilmu ~ taala ilmu kebenaran (ilmu mengenai sifat Tuhan); 2. kuasa atas sesuatu atau utk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat, dll): tiap-tiap anak ada ~ atas harta pusaka peninggalan bapanya; ia mempunyai ~ mempertahankan dirinya drpd serangan dan cacian; 3. milik, kepunyaan: ~ orang jangan diambil; setelah ayahnya meninggal segala harta itu menjadi ~nya; 4. yg (mana satu): awak mahu ~ itukah atau ~ ini?; berilah saya ~ merah itu; ~ amendmen hak mencadangkan pemindaan undang-undang; ~ asasi hak yg dasar atau pokok (spt hak bebas mengeluarkan pendapat, menganuti sesuatu agama, bergerak, dll); ~ cipta hak penguasaan yg dilindungi undang-undang atas seluruh atau sebahagian drpd hasil ciptaan seseorang pengarang (pencipta, penggubah dll); ~ dipilih hak utk dipilih (dlm pilihan raya) utk menjadi wakil rakyat (ahli Parlimen); ~ istimewa hak yg diberi kpd kaum (golongan) tertentu sahaja; ~ kuasa hak utk menguasai (menentukan nasib dll); ~ kuasa ibu pertalian kekeluargaan dan pembahagian harta menurut nisab perempuan; ~ luar semangat hantu yg masuk ke dlm tubuh seseorang; ~ membatalkan hak utk membatalkan (memansuhkan) keputusan yg telah dicapai dgn suara terbanyak, kuasa pembatal, kuasa veto; ~ mengundi hak utk mengundi kerana memilih wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ mutlak hak yg penuh ke atas sesuatu (hak yg tidak terbatas, bersyarat, atau berkecuali); ~ pengarang hak cipta; ~ pilih Id hak utk memilih wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ politik hak mencampuri hal-hal dan urusan-urusan politik (spt giat dlm parti politik, menjadi calon dlm pilihan raya, dll); ~ pusaka harta yg dipusakai turun-temurun; ~ sivil hak warganegara utk mendapat layanan sama rata, mis utk mengundi atau mendapat pekerjaan; ~ teradjudikasi (Udg) hak yg telah diiktiraf dlm prosiding kehakiman dan pentadbiran; ~ veto hak membatalkan sesuatu keputusan, kuasa pembatal; kalau tiada ~ sendiri, anak mata terdiri-diri prb kalau kita tidak berwang tidaklah dapat memiliki atau menikmati sesuatu dan terpaksalah merasa hampa sahaja; berhak mempunyai hak, mempunyai kuasa (atas sesuatu): seseorang anak ~ mewarisi harta peninggalan ayahnya; sifat Siddiq inilah yg menjamin bahawa hak dikembalikan kpd yg ~; mengehakkan memberi hak kpd, menentukan hak atas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harta | barang-barang berharga (spt rumah, tanah, barang-barang kemas, dsb) yg dipunyai oleh seseorang (syarikat, pertubuhan, dll); ~ bawaan (pembawa, pembawaan) harta yg dibawa pd ketika berkahwin; ~ benda barang-barang kepunyaan, berbagai-bagai barang yg berharga (sbg kekayaan); ~ bersama = ~ carian (laki bini) = ~ suarang harta yg diperoleh suami isteri bersama; ~ dunia barang-barang yg tidak kekal, barang-barang duniawi; ~ hibah harta yg diberi dgn keredaan pemiliknya (sebelum dia meninggal dunia); ~ jangka panjang (Eko) benda (spt tanah, bangunan, jentera, dll) utk keperluan perusahaan dlm jangka waktu panjang, aset jangka panjang; ~ jangka pendek (Eko) wang atau benda yg mudah dijadikan wang, aset jangka pendek; ~ karun harta benda yg tidak diketahui empunyanya (pemiliknya) atau yg didapati dgn tidak sah; ~ milik barang-barang kepunyaan seseorang; ~ mudah cair (Eko) benda yg mudah dijadikan wang (dijual); ~ pencarian harta benda yg didapati drpd usaha sendiri (bukan yg dipusakai); ~ (pen)dapatan harta yg dibawa oleh pihak perempuan; ~ pusaka harta warisan (harta peninggalan si mati); ~ rampasan barang-barang yg dirampas dlm masa perang; ~ sepencarian harta yg diperoleh drpd usaha suami isteri; ~ tanah (Eko) tanah dan apa-apa sahaja yg terdapat di atasnya (spt bangunan, tanaman, balak, atau galian); ~ sungguh harta yg berupa mata benda; ~ tak sungguh (Eko) hak yg tidak berupa benda (spt hak cipta dll); ~ tidak kurang keadaan harta melebihi hutang; ~ pulang ke tuan prb sudah sangat cocok utk seseorang; berharta mempunyai harta, kaya, berada. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aset | (asét) 1. wang tunai dan harta benda (spt tanah, bangunan, dll) yg dimiliki seseorang (sesebuah syarikat, pertubuhan, dll); 2. ciri, sifat istimewa, dll yg bernilai atau berguna (pd seseorang dll); ~ benar (Eko) aset berbentuk fizikal, spt bangunan dan jentera, yg tidak mudah ditukarkan kpd wang tunai; ~ berisiko (Eko) aset bank yg nilainya tertakluk kpd perubahan harga pasaran atau perubahan kualiti kredit pelanggan, mis saham syarikat; ~ bersih (Eko) lebihan jumlah nilai aset drpd jumlah liabiliti atau tanggungan; ~ bukan kewangan (Eko) aset yg tidak merupakan tuntutan utk menerima sejumlah tetap wang tunai spt mesin, bangunan, tanah, dll; ~ cair (Eko) wang atau aset lain yg boleh ditukarkan dgn segera kpd tunai; ~ cepat (Eko) aset semasa yg boleh ditukarkan kpd wang tunai dlm tempoh yg singkat (biasanya satu bulan); ~ fizikal = ~ ketara (Eko) aset spt tanah, bangunan, kereta, mesin, dll yg benar-benar wujud (boleh disentuh atau dilihat); ~ kewangan (Eko) aset yg merupakan tuntutan utk menerima sejumlah tetap wang tunai; ~ modal (Eko) aset ketara dan tak ketara yg digunakan utk menjalankan aktiviti sesuatu organisasi; ~ pasif (Eko) aset yg tidak menjanakan pendapatan; ~ semasa (Eko) wang atau aset lain yg mudah ditunaikan atau dijual; ~ tak ketara (Eko) aset yg tidak wujud secara fizikal (spt paten, hak cipta, dll) tetapi memberi hak kpd pemiliknya utk menerima bayaran atau faedah lain; ~ terakru (Eko) aset drpd hasil yg telah diperoleh, tetapi bayarannya belum diterima; ~ tetap (Eko) aset yg digunakan berterusan dlm aktiviti sesebuah organisasi; ~ tunai (Eko) aset dlm bentuk tunai, termasuk wang di tangan, simpanan di bank dsb yg boleh digunakan utk bayaran serta-merta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |