Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hamba (kata nama)
1. Dalam konteks ganti nama diri
bersinonim dengan pacal, patik, beta, saya, aku, ana, hamba tuanku,

2. Bersinonim dengan orang suruhan: sahaya, abdi, khadam, orang gaji, orang bawahan, kuli, babu, budak belian, pengikut, penolong, pacal, pecacal, ulum, dayang, budak tebusan, beti-beti,
Berantonim dengan tuan

Kata Terbitan : berhamba, menghamba, menghambakan, perhambaan, perhambaan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mohonbh ampunlah (kerana menolak atau mengingkari sesuatu): ~ hamba membunuh tuan hamba. bermohon 1 meminta izin: Saya ~ diri dahulu kerana ada urusan. 2 berharap supaya diberi sesuatu. memohon meminta: Kami ~ ampun atas kesilapan kami. memohonkan meminta sesuatu utk orang lain. permohonan 1 apa-apa yg diminta; permintaan: Semua ~nya telah diluluskan. 2 perbuatan atau hal bermohon; permintaan. pemohon orang (pihak dll) yg memohon.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hamba1 orang yg terpaksa bekerja utk seseorang dgn tidak mendapat apa-apa bayaran; orang suruhan raja dll; abdi: Baginda mempunyai beberapa orang ~ dlm istananya. 2 saya (utk merendah diri): Adapun kedatangan ~ ini diperintahkan oleh panglima ~. ~ Allah manusia. ~ raja orang suruhan raja. ~ tebusan orang yg menjadi hamba kerana tidak menjelaskan hutang; budak belian. berhamba 1 memiliki (mempunyai) hamba. 2 menjadi hamba: Mereka datang menyerah diri dan ~ kpd baginda. 3 menyebut atau membahasakan dirinya hamba: Ia ~ tuan ketika bercakap. menghambakan menjadikan hamba: Adat ~ orang yg berhutang tidak berlaku lagi sekarang. memperhamba menganggap atau memperlakukan spt hamba: Penghulu itu ~ orang kampung. memperhambakan; ~ diri menjadikan diri sbg hamba kpd: Selama dua belas tahun, hulubalang raja itu ~ diri kpd baginda sultan. perhambaan perihal menjadi hamba; perbuatan atau hal berhamba. penghambaan perihal atau perbuat­an menghambakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sangkutsl = tersangkut terpikat: lagi pula rasa hamba pun ~ melihat muka tuan hamba; bersangkut 1. bergantung, berpaut, ber­pegang: ilmu yg menjadi tempat ~ keper-cayaanku; 2. = bersangkutan ber­sangkut paut: sifat mereka itu pun, pd umumnya, tiada memantangkan barang sesuatu pekerja-an yg ~ dgn kewujudan dan maksudnya; 3. = bersangkutan terlibat (dlm sesuatu perkara), berkenaan, berhubungan: hal besar-besar yg ~ dgn pemerintahan dan kerajaan; orang yg bersangkutan itu ayah dan abangku sendiri; menyangkut 1. menggantung (pd kait dll), memaut, menggayut: dia ~ lampu itu di tengah-tengah ruang rumahnya; 2. ber-sangkutan dgn, berkaitan (bertalian) dgn: empat drpd kriteria ini bersifat ekstrinsik belaka, iaitu yg ~ soal kemanusiaan dan kemasyarakatan; sangkut-menyangkut hubungan, kaitan, kena-mengena; menyangkutkan 1. menggantungkan (pd kait dll), memautkan, menggayutkan: lempeng-nya itu pun disangkutkannya pd sigai tempat ia memanjat pohon itu; 2. = mempersang-kutkan menjadikan kait-mengait, me-libatkan, mengaitkan, menyang­kutpautkan: satu krisis besar pernah berlaku yg ~ menteri; ~ hati ki menumpukan cinta; tersangkut 1. tergantung pd sesuatu, terletak pd sesuatu (seluar pd duri dll): beg tangan putih yg ~ di jenjang kerusi; 2. terlibat sama, terbawa masuk, terbawa-bawa: kelima-lima orang ini tidak ~ dgn kejadian merompak itu; 3. tertumpu pd (pandangan), terlekat: pandangannya ~ pd parut di bawah siku tangan kanannya; 4. terhenti (perjalanan): di mana ~, di situlah singgah; 5. = ~ hati jatuh hati kpd, terpikat; tersangkut-sangkut terputus-putus, tertahan-tahan, gagap (percakapan dll): aku bertanya dlm bahasa Inggeris dgn cara yg ~; sangkutan 1. penyangkut; 2. gangguan (halangan dll); persangkutan perhubungan, pertalian; penyangkut tempat menyangkut sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
tiada1. tidak ada: rumah itu berkunci sahaja kerana ~ orang yg mendiaminya; 2. tidak: ~ pernah kudengar; ~ berapa tidak terlalu (banyak, besar, dll); ~ dua hanya satunya, tiada taranya atau ban­dingannya; dgn ~ tanpa; tiadakan tiada akan, tidak akan: jika tuan hamba manusia ~ kata-kata ini keluar drpd mulut tuan hamba; meniada 1. menjadi tidak ada; 2. enggan menurut, mengatakan tidak; meniadakan 1. = mempertiadakan meng-anggap (mengatakan dll) tidak ada atau tidak mungkin, mengingkari, memungkiri: kita tidak boleh ~ atau menganggap sepi masalah-masalah ini; menentang ajaran-ajaran agama Islam samalah spt ~ Tuhan; 2. menjadikan tidak ada, menghapuskan, menghilangkan, meluputkan: sudahlah dgn takdir Allah, yg ada ditiadakan dan yg tiada diadakan; kerana kekurangan guru bebe­rapa mata pelajaran terpaksa ditiadakan tahun ini; 3. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan (kuasanya, haknya, dll); 4. mengabaikan, memperkecil: ~ kebolehan orang lain; peniadaan perihal meniadakan (meng­hapuskan, membatalkan, dll); ketiadaan 1. perihal tidak ada (sesuatu): ~ vitamin yg perlu dlm makanan boleh men­datangkan berbagai-bagai jenis penyakit; sukar bagi ahli-ahli sejarah mengkaji sejarah lama kerana ~ kesan-kesan yg bertulis; 2. perihal tidak mempunyai sesuatu, kepicikan (wang): menghadapi berbagai-bagai kesulitan kerana ~ wang.Kamus Dewan Edisi Keempat
dakwaaduan (tuntutan, tuduhan) yg dikemuka­kan di mahkamah; kena ~ dituntut (dituduh) dlm perkara; ~-dakwi berbagai-bagai aduan (tuntutan, tuduhan); berdakwa sl 1. sedang dlm pembicaraan, berbicara: maka Naina Sura Dewana pun ~ dgn Raja Mendaliar; 2. sedang dlm urusan perkara (sedang dituntut hakim dll), sedang menghadapi tuntutan (tuduhan), berperkara: kerana sebab ~ ini tuan hamba mengupah hamba; mendakwa 1. mengemukakan tuduhan (aduan, tuntutan) terhadap seseorang dll ke mahkamah (utk pengadilan), mengemukakan (seseorang dll yg dituduh) di mahkamah (utk dibicarakan): sesiapa sahaja yg melanggar undang-undang negara boleh didakwa di mahkamah; 2. mengatakan atau menge­muka­kan sesuatu sbg satu kenyataan atau ke­benaran, mengaku: orang Quraisy ~ agama merekalah yg benar; mereka ~ telah melihat beberapa orang awam ditembak mati oleh pemberontak itu; mendakwai menuntut (hak dll); mendakwakan menuntut (sesuatu), menu­duh­kan; terdakwa orang atau pihak yg didakwa (di­tuntut mahkamah); dakwaan 1. tuduhan (tuntutan, aduan) yg dikemukakan utk diadili (di mahkamah): sesuatu ~ terhadap perbuatan jenayah di­majukan oleh Jabatan Peguam Negara atau pihak polis; 2. sesuatu yg dikatakan (dike­muka­kan dsb) supaya diterima sbg satu ke­nyataan atau kebenaran: beliau membuat ~ tentang kemenangan pasukan tenteranya itu dlm satu sidang akhbar; pendakwaan perbuatan mendakwa, penge­mukaan (penyampaian) sesuatu dakwaan (tuduhan): Inspektor Ali telah melakukan ~ terhadap Busu; pendakwa (orang, pihak) yg mendakwa: pihak ~ dijangka akan memanggil lebih drpd 20 orang saksi; ~ raya pegawai yg mendakwa bagi pihak kerajaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaulaJw ark 1. hamba, abdi; 2. hamba, patik; ®kawula.Kamus Dewan Edisi Keempat
patik I1. hamba, saya (dipakai sewaktu ber­cakap kpd raja-raja): mana titah ke bawah duli ~ junjunglah; 2. sl hamba tebusan, budak belian; berpatik memakai (menyebut) patik: ia sebentar ~ dan sebentar bersaya.Kamus Dewan Edisi Keempat
baik1 tidak jahat kelakuannya: Embung kanak-kanak yg ~ dan rajin belajar. 2 tidak ada cacatnya; bagus; elok: Jangan dibuang dodol itu kerana masih ~ dan boleh dimakan. 3 pulih drpd sakit; sembuh: Lukanya sudah ~. 4 tidak sakit; sihat: Kami sekeluarga ~ belaka. 5 kata utk menyatakan bersetuju atau sanggup berbuat sesuatu; ya: “Ali, tolong ambil buku itu!” “~, mak”. baik-baik 1 terhormat dan terpuji (ttg tingkah laku, budi pekerti dsb); tidak jahat: orang ~. 2 dgn sungguh-sungguh; dgn tekun: Belajarlah ~ supaya lulus dlm peperiksaan. 3 hati-hati; ingat-ingat: ~ sewaktu melintas di jalan raya. berbaik 1 berlaku baik (terhadap seseorang); tidak bermusuhan: Aku tidak ingin ~ dgn orang yg suka membuat fitnah spt dia. 2 berdamai kembali (setelah berkelahi): Jangan turut campur dlm hal anak-anak, hari ini mereka berkelahi, esok lusa ~ kembali. berbaik-baik saling berlaku baik (antara beberapa orang): Kita hendaklah hidup ~ antara satu dgn yg lain. membaiki membetulkan apa-apa yg rosak, salah dsb: Pekerja-pekerja dr Jabatan Kerja Raya sedang ~ jambatan yg roboh. membaikkan membuat supaya baik kembali (bkn kesihatan); menyembuhkan: Ubat ini dpt ~ penyakit anda. memperbaik membuat supaya menjadi lebih baik (bagus, rapi dsb): Setiap orang harus berusaha ~ nasibnya. memperbaiki berbuat baik kpd; melakukan selayaknya kpd: Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah Kebawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba. kebaikan 1 perbuatan yg baik; sifat-sifat yg baik: Atas ~ dan kemurahan hatimu, aku mengucapkan terima kasih. 2 faedah; guna: Pihak pemerintah telah mengadakan berbagai-bagai kemudahan utk ~ rakyat. perbaikan 1 hasil memperbaik: ~ kesihatan rakyat; ~ gaji. 2 hal atau keadaan berbaik kembali: Perselisihan antara kedua-dua pihak itu akhirnya mencapai ~ juga. pembaikan hal atau perbuatan membaiki atau membaikkan: Kerja-kerja ~ jalan raya yg rosak itu memerlukan biaya yg banyak. pembaik orang yg kerjanya membaiki sesuatu: Bapa saya bekerja sbg ~ kereta di Syarikat Volvo di Jalan Syed Putra. sebaik 1 sama baiknya: Rumah yg kita lihat tadi tidak ~ yg ini. 2 pd ketika; baru saja; demi: Semua bendera dikibarkan separuh tiang ~ berita kemangkatan baginda diterima. sebaiknya semestinya; sepatutnya: ~, kita berbincang dulu sebelum bertindak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hamba I1. abdi, budak belian, sahaya; 2. saya (utk merendahkan diri): ~ dengar tadi encik mengatakan encik berniaga di Singapura; tuan ~ (sbg menghormati orang yg dilawan bercakap) tuan; 3. ya, tuan (disebut ketika menjawab pertanyaan dsb); 4. (Komp) peranti yg dikuasai atau dikawal oleh peranti lain; ~ Allah manusia; ~ bas (Komp) peranti yg ditetapkan utk bertugas menerima atau menghantar data dari atau ke peranti yg bertindak sbg pengawal bas dlm komputer; ~ hukum Id polis; ~ raja a) abdi raja; b) bentara raja; ~ sahaya berbagai-bagai hamba, segala hamba; ~ seks perempuan yg dipaksa melayan keinginan nafsu seks lelaki; ~ tebusan budak belian; ~ tuan saya (utk merendahkan diri); berhamba 1. memiliki (mempunyai) ham­ba: ia ~ dua orang; 2. menjadi hamba (abdi): mereka datang menyerahkan diri kpd ba­ginda dan ~ kepadanya; 3. menyebut dirinya hamba: ia tidak lagi ~ tuan ketika bercakap; 4. bersama-sama dgn hamba: dibawa lari periuk nasi itu lima ~; menghamba, menghambai mengabdi (kpd): kasih itu jangan melampau-lampau se­hingga ~ diri sendiri; menghambakan 1. menjadikan hamba: ia sedar bagaimana pengaruh wang boleh ~ orang; penghulu itu ~ orang kampung; 2. memperhambakan; memperhamba memperlakukan sbg hamba; memperhambai mengabdi kpd; memperhambakan menjadikan diri sendiri atau seseorang lain sbg hamba kpd, meng­abdikan: ia telah ~ dirinya kerana kasihnya kpd laki-laki itu; diperhamba = yg ~ hamba tuan(ku), patik, saya: yg titah itu atas kepala patik yg ~; kehambaan keadaan menjadi hamba: syarat atau asas perkenalan sesama manusia termasuklah patuh, taat, dan mengaku ~ kpd Allah; perhambaan perihal menjadi hamba (ber­hamba), perbudakan: Islam sama sekali tidak menggalakkan ~; penghambaan perihal atau perbuatan meng­hamba.Kamus Dewan Edisi Keempat
pacal1 hamba kpd raja. 2 bd kata ganti nama diri pertama apabila berkata-kata dgn raja; patik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas