Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.tang] | هوتڠ

Definisi : 1. wang dll yg dipinjam drpd orang lain: jangan-jangan ~ itu tak terbayar lagi; belian (jualan) ~ belian (jualan) yg bayar­annya ditangguhkan; membayar ~ me­ngembalikan wang dll yg dipinjam dr orang lain; memberi ~ memberi pinjaman wang; menagih ~ memungut (menuntut kembali) wang yg dipinjamkan; mendapat ~ mendapat pinjaman wang; 2. kewajiban (perasaan ber­kewajiban) membayar balik sesuatu yg dite­rima; ~ bercagar hutang yg diberikan dgn si berhutang mencagarkan sesuatu (spt barang-barang kemas, rumah, tanah, dsb); ~ budi kebaikan yg diperoleh dan yg harus dibalas; ~ darah tuntutan bela (atau bayaran) terhadap seseorang (pihak dll) yg telah melakukan kekejaman dll; ~ lapuk hutang yg tidak berbayar; ~ piutang (wang) yg dipinjam dr dan yg dipinjamkan kpd orang lain, berbagai-bagai hutang; ~ (di) sekeliling pinggang terlalu banyak hutang; surat ~ surat peng­akuan hutang; ~ biduk belum langsai, ~ pengayuh tiba pula = ~ samir belum langsai, ~ kajang datang pula = ~ tembilang belum langsai, ~ tajak tiba pula prb hutang yg lama masih belum habis dibayar datang pula orang menagih hutang yg baru; ~ sebelit (selilit) pinggang = ~ tiap helai bulu = sebanyak ~ si Jibun prb seseorang yg sangat banyak hutangnya; berhutang mempunyai hutang (kpd), me­minjam wang dll drpd seseorang: ia pernah ~ pd ceti; si ~ orang yg berhutang; tempat ~ orang dll yg memberi hutang; ~ berbaris bp berhutang banyak-banyak (drpd berbagai-bagai punca); ~ budi menerima kebaikan orang lain (wajib membalas kebaikan orang); ~ nyawa terselamat hidupnya (ter­selamat oleh pertolongan orang); menghutangkan, memperhutangkan me­min­jamkan wang atau benda kpd seseorang; terhutang 1. sudah berhutang; 2. ~ budi sudah menerima kebaikan orang (tetapi belum berbalas); hutangan Id wang (benda) yg didapati kerana berhutang; orang ~ Id ark orang yg berhutang; perhutangan perihal hutang-berhutang; orang ~ Id ark orang yg memberi hutang (peminta, pemungut, atau penagih hutang); penghutang orang atau pihak yg berhutang, peminjam wang: cagaran merupakan jamin­an utk pemiutang jika ~ tidak memenuhi kewajiban atau gagal membayar kembali pinjamannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.tang] | هوتڠ

Definisi : 1 wang dll yg dipinjam drpd orang lain: Dia berjimat kerana hendak menjelaskan ~nya. 2 kewajipan membayar balik apa-apa yg sudah diterima. ~ budi kebaikan orang lain terhadap diri sendiri yg patut dibalas. ~ lapuk hutang yg tidak berbayar. ~ piutang wang yg dipinjam drpd orang lain atau yg dipinjamkan kpd orang lain; ber­bagai-bagai hutang. ~ keliling pinggang terlalu banyak hutang. berhutang meminjam wang dll drpd seseorang: Dia tidak pernah ~. menghutangi memberikan wang dll sbg hutang kpd: Dia ~ saya seratus ringgit. menghutang­kan memberikan pinjaman (wang dll): meminjamkan (wang dll): Saudagar itu banyak ~ wang kpd orang susah. terhutang 1 sudah berhutang. 2 = berhutang sudah menerima kebaikan orang tetapi belum dpt membalasnya: Sampai sekarang saya masih ~ budi kpd­nya. perhutangan perbuatan atau hal berhutang. peng­hutang orang yg berhutang (kpd orang lain). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hutang (kata nama)
Bersinonim dengan pinjaman, piutang, kredit, bareh, tunggakan;,
Kata Terbitan : berhutang, menghutangkan, memperhutangkan, terhutang, penghutang,

Puisi
 

Pisang emas bawa belayar,
     Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
     Hutang budi dibawa mati.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Utang (hutang) biduk belum langsai,
     utang (hutang) pengayuh datang pula.

Bermaksud :

Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula, c. Utang [hutang] tembilang belum langsai, utang [hutang] tajak tiba pula).

 

Lihat selanjutnya...(26)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
langsai I1. sudah habis dibayar (hutang dll), jelas, lunas, selesai: hutang lama belum ~, hutang baru bertambah pula; 2. sl jelas (rupa, pandangan, dll), terang: akan Raden Inu setelah matahari ~, maka barulah ia bangun; hutang samir belum ~, hutang kajang tumbuh pula prb hutang dahulu belum dibayar, sekarang berhutang pula; sekali mengorak pura dua tiga hutang ~ prb menyelesaikan beberapa perkara dgn sekali lalu (buat); melangsaikan melunaskan (hutang), men­jelaskan, menyelesaikan: dia ~ hutang ayah­nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
melepasi1. menebus atau membayar (niat, hutang, dll); ~ hutang membayar (melunas­kan) hutang; ~ malu Mn menebus malu (mengahwinkan anak kemanakan); 2. men­cukupi, memadai, berpadan dgn: sedang upah sawah itu kadang-kadang sama dgn kehasilan yg diperdapat, bahkan kadang-kadang rugi, dan kadang-kadang tidak ~ belanja;Kamus Dewan Edisi Keempat
induk hutanghutang yg asal (tidak bercampur dgn bunga);Kamus Dewan Edisi Keempat
penagihanperihal menagih, desakan supaya membayar hutang dll: hutang ini ada ~, dan kalau tidak dibayar juga, nanti dituntut di muka pengadilan;Kamus Dewan Edisi Keempat
lunas IIberes, jelas, selesai (hutang dll); melunasi, melunaskan 1. membayar (hutang dll) hingga selesai, menjelaskan (hutang): hingga saat itu kami belum dapat ~ yuran; orang tuanya banyak menolong melunaskan hutangnya; 2. memenuhi (menunaikan) kewajiban (janji dll): ~ kewajiban; 3. mem­perbaiki kesalahan (dgn membuat jasa dll), menebus kesalahan dll: ~ dosa; terlunas telah dilunaskan: pinjaman ~; pelunasan perihal melunaskan sesuatu (hutang), penjelasan, penyelesaian: ~ segala hutang piutangnya; pelunas (orang) yg melunaskan, penyelesai: ~ hutang.Kamus Dewan Edisi Keempat
lien(Eko) hak memegang harta orang yg terhutang sbg sandaran kpd hutang sehingga hutang itu dijelaskan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tagih Imenagih 1. menuntut supaya dibayar hutang (sewa, yuran, dll), meminta dijelaskan (hutang dll): dia sangat berdukacita kerana dua hari lagi tuan rumah datang ~ wang sewa rumahnya; 2. menuntut supaya menu­nai­kan janji dll, menggugat: Rokayah ~ janji minta dibelikan kimono sutera; menagih 1. menuntut supaya dibayar hutang (sewa, yuran, dll), meminta dijelaskan (hutang dll): dia sangat berdukacita kerana dua hari lagi tuan rumah datang ~ wang sewa rumahnya; 2. menuntut supaya menu­nai­kan janji dll, menggugat: Rokayah ~ janji minta dibelikan kimono sutera; tagihan 1. wang dll yg ditagih, hasil drpd menagih: tanggal sepuluh datanglah ~ sewa rumah utk bayaran rumah Mariatun; 2. tuntutan (gugatan) supaya menunaikan janji dll: surat ~ hutang; penagihan perihal menagih, desakan supaya membayar hutang dll: hutang ini ada ~, dan kalau tidak dibayar juga, nanti dituntut di muka pengadilan; penagih orang yg menagih.Kamus Dewan Edisi Keempat
basa IIIsopan santun, tingkah laku yg baik: sejak hari ini hendaklah engkau habisi segala hutang budi hutang ~;basa-basi Mn adat istiadat, sopan santun: sukar mencari seorang perempuan yg indah ~nya spt Khatijah;berbasaan bermanis mulut, memperlihatkan sopan santun: mereka itu sama-sama mengadu ~ bermanis mulut, memperlihatkan kebaikan budi masing-masing.Kamus Dewan Edisi Keempat
hutang lapukhutang yg tidak berbayar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hutang lapukhutang yg tidak berbayar;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas