pelengkap(complementer) | Songsangan logik kepada isyarat atau bit. Misalnya, lengkapan bagi bit 1 ialah 0 dan lengkapan bagi bit 0 ialah 1. | Kamus Komputer |
ialah | 1. kata penghubung yg menerangkan kata atau ayat yg di depan; 2. kata penghubung yg mendahului ayat yg menyatakan sebab (terjadinya sesuatu dll): punca kemalangan itu ~ kecuaian; 3. kata yg menjadi pemerihal atau perangkai antara subjek dgn frasa utama bagi predikat sesuatu ayat: jumlah kematian yg disahkan ~ 22 orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
formula | 1. (Kim) seperangkat simbol yg terdiri drpd huruf, atau huruf dan angka yg menunjukkan komposisi unsur sesuatu bahan, mis formula utk karbon monoksida ialah CO, dan ammonia ialah NH3, rumus; 2. (Mat) aturan, prinsip, hubungan dsb matematik yg dinyatakan dlm bentuk simbol, rumus; 3. kaedah (cara, tindakan, rancangan dsb) utk mencapai sesuatu hasil (kejayaan dsb) atau menyelesaikan sesuatu masalah dsb dgn sebaik-baiknya: negara-negara anggota berbincang utk mencari ~ paling mujarab utk menyelesaikan masalah ekonomi yg sedang mencengkam dunia; saya tidak ada ~ tertentu utk mencapai matlamat ini; 4. senarai bahan, arahan dsb dlm menghasilkan sesuatu ubat dsb; 5. pengelasan atau perlumbaan kereta lumba berdasarkan kapasiti enjin, saiz enjin dsb: F~ Satu; F~ Tiga; F~ 2000;~ am (Kim) formula yg melambangkan kumpulan sebatian organik secara umum, dgn menggunakan lambang sbg ganti bilangan atom (mis alkana dilambangkan sbg CnH2n+2); ~ empirik = ~ empiris (Kim) formula paling ringkas utk menyatakan bilangan relatif atom yg bergabung dlm satu molekul sebatian berdasarkan berat komposisi sebatian tersebut (mis CH bagi asetilena dan benzena); ~ kimia (Kim) perlambangan utk menyatakan binaan molekul atau perkaitan kimia dgn menggunakan simbol-simbol; ~ molekul (Kim) formula yg menunjukkan bilangan sebenar atom dan jenis-jenis atom yg terdapat dlm sesuatu molekul (mis C6H6 bagi benzena dan C2H5OH bagi etanol); F~ Satu perlumbaan kereta profesional bertaraf dunia yg sangat berprestij; ~ struktur (Kim) formula yg menyatakan bilangan sebenar, jenis, dan susunan atom-atom dlm sesuatu molekul sebatian; berformulakan berdasarkan atau mempunyai sesuatu sbg formula: penyelesaian sesuatu masalah mestilah ~ sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara pihak yg terlibat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
integer | /intéger/ ist nombor yg tidak mempunyai pecahan; nombor bulat: 0,1,2 ialah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
integer | /intéger/ ist nombor yg tidak mempunyai pecahan; nombor bulat: 0,1,2 ialah ~. | Kamus Pelajar |
rumus | 1. singkatan bagi sesuatu ungkapan yg terdiri drpd beberapa huruf, mis DBP utk Dewan Bahasa dan Pustaka, kependekan; 2. (Kim) seperangkat simbol yg terdiri drpd huruf, atau huruf dan angka yg menunjukkan komposisi unsur sesuatu bahan, mis rumus utk karbon monoksida ialah CO, dan ammonia ialah NH3, formula: ~ kimia utk air ialah H2O; 3. (Mat) aturan, prinsip, hubungan dsb matematik yg dinyatakan dlm bentuk simbol, formula: ~ utk mencari ukuran luas segi empat bujur = panjang lebar = pl; merumuskan 1. memendekkan atau meringkaskan (perkataan): UMNO dirumuskan drpd kata-kata Inggeris United Malay National Organisation; 2. menyatakan sesuatu (spt hukum dll) dgn rumus: tambahan peraturan syarikat patut dirumuskan berdasarkan undang-undang; hukum Boyle boleh juga dirumuskan secara hisab; 3. menyebutkan (menyatakan, mengumumkan) sesuatu dgn ringkas lagi tepat: hanya kepemimpinan berwibawalah yg sanggup ~ keputusan terakhir; rumusan pernyataan atau kesimpulan tentang soal-soal pokok (ketetapan, pendirian, dll) yg dinyatakan secara ringkas dan tepat: tegasnya bolehlah kita membuat ~ spt ini; perumusan perihal (perbuatan, proses) merumuskan, pernyataan yg ringkas lagi tepat: ~ teori-teori baru; perumus orang yg merumuskan sesuatu perkara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memusarkan | 1 menjadikan berpusar: Penggodak ialah alat kecil yg ~ larutan racun serangga. 2 menghancurkan sesuatu dgn menghimpitnya di antara tapak tangan yg digerakkan berputar-putar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berputing | 1. ada putingnya: beliung ialah sejenis mata pisau yg tajam lagi ~; 2. bp jadi puting, tinggal puting, tinggal pendek saja lagi: rokoknya dah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tawaduk I | Ar 1. merendahkan diri, tidak angkuh: antara sifat-sifatnya ialah sifat ~, tidak haloba kpd kekayaan dan kebesaran hidup di dunia ini; dgn khusyuk dan ~ dgn sungguh-sungguh (sebulat) hati; 2. patuh, setia, taat (dlm me-ngerjakan sesuatu): syahadan, ialah yg sangat ~nya akan Allah Subhanahuwataala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tugas | 1 = ~ kewajipan sesuatu yg wajib dikerjakan; kerja tertentu yg mesti dilakukan: ~nya ialah menyusun sebuah kamus. 2 suruhan atau perintah utk melakukan sesuatu: Razali diberi ~ mengawal kawasan itu. 3 kerja yg dijalankan oleh bahagian atau oleh jabatan tertentu; fungsi: ~ kipas itu ialah menyejukkan enjin. bertugas sedang menjalankan sesuatu tugas atau kerja: Ia ~ sbg kerani di Sabah. menugasi memberikan tugas kpd: Ketua Pengarah telah ~ kami menyusun sebuah kamus. menugaskan menyerahkan sesuatu tanggungjawab sbg tugas kpd seseorang: Ketua Pengarah telah ~ kerja penyusunan kamus itu kpd kami. tugasan sesuatu kerja, terutamanya yg diberikan kpd pelajar utk disiapkan: Mereka hendaklah menyerahkan ~ itu pd minggu hadapan. penugasan perbuatan, hal dsb menugasi atau menugaskan. petugas orang yg bertugas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |