Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.man] | ايمان

Definisi : Ar 1. keyakinan terhadap wujudnya Allah dgn hati, yg dilafazkan dgn kata-kata, dan dilaksanakan dgn amalan: di mukanya, kelihatan sinar takwa dan ~; 2. ketetapan hati, kekuatan batin: walau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun ~nya tidak bergoncang; kurang ~ kurang kuat hatinya, mudah terpengaruh atau tertipu; membawa ~ menyebarkan agama Islam; beriman mempunyai iman, patuh kpd larangan dan suruhan Allah, berpegang kuat kpd ajaran agama: jangan lupa ~ kpd Allah kerana kita ini semua hamba-Nya; berimankan percaya kpd: Upu Lamdusalat inilah awal Raja Bugis yg mula-mula masuk agama Islam yg ~ nabi kita Muhammad; mengimani yakin dan percaya pd; keimanan keteguhan iman, keyakinan, ketetapan hati: ada sesuatu sekarang yg hilang drpd diriku, ~ barangkali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.man] | ايمان

Definisi : 1 pegangan teguh di hati terhadap adanya Allah dan mematuhi segala hukum-Nya: membawa ~ memeluk agama Islam. 2 pegangan teguh di hati utk menjauhkan diri drpd sebarang kejahatan; ketetapan hati; kekuatan batin: Dia berdoa supaya Allah menetapkan ~nya dlm masa menghadapi sebarang godaan syaitan. kurang ~ tidak teguh pendiriannya; mudah terpengaruh. beriman patuh pd larangan dan suruhan Allah; berpegang pd ajaran agama; mempunyai iman: Orang-orang yg ~ akan selamat di dunia dan di akhirat. mengimani yakin dan percaya pd: ~ Allah dgn sungguh-sungguh. keimanan keteguhan hati; keyakinan: ~ adalah penting dlm menghadapi cabaran hidup ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iman (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kepercayaan, keyakinan, iktikad, ketetapan hati, kekuatan batin.,

Puisi
 

Anak ayam turun enam,
     Satu mati tinggal lima;
Minta doa tetapkan iman,
     Minta mati dalam agama.


Lihat selanjutnya...(19)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kekuatan imanketeguhan iman;Kamus Dewan Edisi Keempat
terbalik imanbertukar iman;Kamus Dewan Edisi Keempat
kekosongan imanketiada­an iman;Kamus Dewan Edisi Keempat
faal IIAr 1. perbuatan, kerja; ~ iman (taubat) doa menyatakan iman (taubat); 2. Id kerja atau fungsi alat tubuh (spt jantung dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
terbalikmenjadi songsang, berubah sama sekali duduknya atau letaknya (yg di hadapan menjadi di belakang atau yg di atas menjadi di bawah): kereta itu ~; bajunya ~; ~ akal gila; ~ iman bertukar iman; ~ mata Id bp terlampau lama melihat; ~ niat bertukar niat;Kamus Dewan Edisi Keempat
kekuatan1. tenaga, daya: makanan spt gula dan lemak menambah ~ badan; 2. kekuasa­an, keteguhan, kekukuhan: ~ musuh tidak dapat diduga; ~ batin (hati) kekuatan yg terdapat dlm batin manusia, kekuatan yg bukannya bersifat keduniaan (kebendaan); ~ iman keteguhan iman;Kamus Dewan Edisi Keempat
meruntuhkan imana) merosakkan (menghancurkan) iman; b) menggoda orang;Kamus Dewan Edisi Keempat
rapuh imantidak kuat (teguh) iman;Kamus Dewan Edisi Keempat
kekosongan1. perihal kosong, ketiadaan sesuatu apa atau sesuatu yg tertentu), keadaan tidak ada yg menjawatnya (mengisinya dsb): pengambilan pekerja-pekerja baru utk memenuhi ~ beberapa jawatan; ~ iman ketiada­an iman; 2. kehampaan: dia terasa ~ sekarang di dlm jiwanya kerana kehilangan orang yg sangat dikasihinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
faal iman (taubat)doa menyatakan iman (taubat);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910

Kembali ke atas