Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
intan
1. Rujuk permata

2. Rujuk kasih kekasih



Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
intan1. batu permata yg sangat indah (utk permata cincin dll), berlian yg kurang baik asahannya; ~ air beras intan yg putih; ~ mentah batu intan yg belum dicanai; 2. ki orang yg dicintai, buah hati, kekasih, kesayangan: amboi, gunung payung, ~ gemala, urat rambut batu kepala emak; ~ payung ki buah hati, kesayangan; ~ berlian jangan dipijakkan prb untung bahagia jangan dielakkan; ~ itu jika terbenam dlm pelimbahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya = jikalau ~ itu biar keluar drpd mulut anjing sekalipun, bernama ~ juga prb perkataan yg baik itu, biarpun keluar drpd mulut orang yg hina, baik juga; dahulu ~, sekarang jadi batu belanda prb perihal orang berbangsa yg sudah tidak berharga lagi; berintan berhias intan: cincin ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
ratna1. sl intan; 2. ark puteri (gadis) yg cantik; ~ cempaka manikam kuning; ~ mutu mani­kam berbagai-bagai intan permata; ~ pakaja a) jantung hati, yg tercinta, kekasih; b) sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat sayur), Gomphrena globosa.Kamus Dewan Edisi Keempat
paset(pasét) IB 1. sj intan atau berlian; 2. permukaan kecil-kecil yg tergosok licin (rata) pd intan (berlian).Kamus Dewan Edisi Keempat
manikam1. batu permata, intan; ratna mutu ~ bermacam-macam jenis intan permata; 2. ark mani; ~ sudah menjadi sekam prb tidak berguna (berharga) lagi; adapun ~ itu jika dijatuhkan ke dlm limbahan sekalipun, nescaya tiada akan hilang cahayanya prb orang yg berasal baik-baik itu walau miskin sekalipun tetapi budi bahasa dan sopan santun tetap ada; me-ngembalikan ~ ke dlm cembulnya prb memi­kirkan kembali apa-apa yg telah diucapkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
karang IIsunting, gubahan (bunga dll); berkarang digubah (disusun, dicucuk, dsb) hingga kelihatan indah atau menarik (bunga, permata, manik, dll): bunga ~; intan ~; mengarang 1. menyusun dsb (bunga, per­mata, manik, dll) hingga kelihatan menarik, menggubah: puteri itu memetik bunga dan ~ kuntum; sebentuk cincin intan dikarang; ~ telur bertelur, mengandungi telur; 2. mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel, dll), men­cipta (sajak dll), menggubah (lagu): tuan itulah yg ~ kitab loghat bahasa Melayu; ~ novel dan cerpen; 3. mengadakan, mereka-reka: kalau sudah kehabisan bahan, mereka gemar pula ~ berita yg bukan-bukan; karang-mengarang perihal mengarang (cerita dll), perbuatan (pekerjaan) mengarang; mengarangkan mengarang utk seseorang; terkarang (sudah) dikarang: sebuah senarai Melayu-Cina yg dikatakan ~ sebelum kurun ke-15; karangan 1. gubahan bunga, cucukan (manik dsb), susunan: di atas meja, terletak sebuah ~ bunga yg indah; 2. ciptaan (cerita, lagu, dll), karya: novel itu ialah ~ Samad Said; 3. re­kaan, khayalan; 4. sl ahli, pandai, tukang: maka oleh ~ itu, ditarahnyalah kepala budak itu; 5. yg dikarang oleh, gubahan, ciptaan: antologi cerpen ~ beberapa orang penulis muda; kepengarangan perihal yg berkaitan dgn pengarang: usia ~ seseorang pengarang, haruslah berpanjangan; pengarang 1. tali (benang dll) utk menga­rang manik (bunga dll): bagai manik putus ~; 2. orang yg mengarang cerita (lagu, sajak, dll), penggubah (lagu dll), pencipta; 3. orang yg menyunting karangan utk diterbitkan (disiarkan); ~ berita orang yg menyunting berita dlm akhbar; ~ bersama orang yg bersama-sama mengarang (sesebuah buku dll); ~ gigi gusi; ~ jantung kekasih, buah hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
jauharAr 1. sl permata, intan; 2. ark mani, benih manusia.Kamus Dewan Edisi Keempat
galuh1. sl perak; 2. permata (intan) sbg sebutan utk puteri raja.Kamus Dewan Edisi Keempat
cahaya1. sesuatu (spt sinar matahari) yg dpt mewujudkan keadaan terang: ~ matahari. 2. kejernihan atau seri pd muka. 3. kilauan yg terdapat pd emas, intan, berlian dll. ~ mata. a. sinar pd mata. b. orang yg dikasihi; buah hati. c. anak. ~ muka a. air muka. b. seri pd muka. bercahaya 1. ada atau terdapat cahayanya; memancarkan cahaya; berkilau: Bulan ~. 2. berseri; jernih: Mukanya ~. 3. bergemerlapan; bersinar-sinar: intan berlian yg ~.Kamus Pelajar
berikat1 ada ikatnya; memakai ikat: Batu permata intan ~ emas putih. 2 bersatu dlm satu kumpulan; bersekutu; bergabung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
butir1 benda yg kecil-kecil spt padi: ~ intan; ~ padi. 2 penjodoh bilangan utk benda yg kecil-kecil atau bulat: tiga ~ telur. 3 ki hal atau perkara yg kecil-kecil ttg sesuatu: Kami memerlukan ~-~ keterangan yg lebih lanjut ttg diri tuan. berbutir berbentuk atau berupa biji-biji kecil: Taburkan baja ~ itu di keliling pangkal pokok. berbutir-butir berbentuk atau berupa butir yg banyak: Sagu yg ~ itu dimakan dgn enak sekali. butiran huraian atau keterangan lengkap ttg sesuatu dgn menyatakan hal-hal yg kecil; perincian: Mereka memberikan pelbagai ~ ttg projek tsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123456

Kembali ke atas