jajar | beberapa benda yg terletak berbaris; baris; deret. berjajar terletak atau tersusun sebaris; berderet. menjajarkan menjadikan berbaris (berjajar); menderetkan. sejajar 1 terletak sebaris; sederet: Rumah Fatimah ~ dgn rumah saya. 2 sama taraf (pangkat dsb); setaraf: Kehidupannya ~ dgn jawatannya. 3 tidak bertentangan dgn dasar dsb; selaras: Kita mestilah mengamalkan sikap berbaik-baik dgn jiran, ~ dgn dasar kerajaan. 4 selari (bkn garisan dll): dua batang jalan raya yg ~. menyejajarkan 1 membuat supaya sejajar (sederet). 2 menyamakan kedudukan dll; menyetarafkan. kesejajaran keadaan atau hal sejajar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jajar II | Mn = jajaran alur bekas ditenggala, parit; menjajar menenggala; menjajarkan mengheret, menyeret; terjajar terseret: pemuda itu ~ ke belakang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jajar I | banjar, baris, deret; sejajar 1. terletak sebaris, sederet, sebanjar: rumahnya ~ dgn rumah saya; 2. sama (tingkat, darjat, dll), setaraf: kedudukannya sekarang ~ dgn kedudukan orang-orang kaya; 3. selari, sama arah dan jarak di antaranya, searah: dua garisan yg ~; menyejajarkan 1. membuat supaya sebaris, sederet; 2. menyamakan kedudukan (tingkat, darjat), menyetarafkan; kesejajaran perihal (keadaan dsb) sejajar: sebuah drama yg baik apabila adanya ~ antara perkembangan plot dgn pembinaan perwatakan; penyejajaran 1. persamaan taraf (tingkat, darjat); 2. perselarian, persamaan arah dan jarak di antaranya; berjajar berderet, berbaris, berbanjar; berjajaran berderet-deret, berbaris-baris, berbanjar-banjar: pokok kelapa ~ di sepanjang jalan itu; menjajarkan 1. mengatur supaya berjajar (berderet, berbaris), menjadikan selaras; 2. menyamakan kedudukan (darjat dll), menyetarafkan; jajaran deretan, barisan, banjaran; ~ genjang Id segi empat selari; penjajaran perihal (perbuatan dsb) menjajarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jajar | beberapa benda yg terletak berbaris; baris; deret. berjajar terletak atau tersusun sebaris; berderet. menjajarkan menjadikan berbaris (berjajar); menderetkan. sejajar 1. terletak sebaris; sederet:<i>Rumah Fatimah ~ dgn rumah saya.i> 2. sama taraf (pangkat dsb); setaraf:<i>Kehidupannya ~ dgn jawatannya.i> 3. tidak bertentangan dgn dasar dsb; selaras:<i>Kita mestilah mengamalkan sikap berbaik-baik dgn jiran, ~ dgn dasar kerajaan.i> 4. selari (bkn garisan dll): <i>dua batang jalan raya yg ~.i> menyejajarkan 1. membuat supaya sejajar (sederet). 2. menyamakan kedudukan dll; menyetarafkan. kesejajaran keadaan atau hal sejajar. | Kamus Pelajar |
banjar I | baris, deret, jajar;sebanjar 1. sebaris, sederet: ~ pokok nyiur; 2. sl sebaya, seumur;berbanjar berbaris, berderet: kami berdiri ~ di hadapan guru besar;berbanjar-banjar, berbanjaran berbaris-baris, berderet-deret;membanjarkan menyusun berbanjar-banjar: ~ kerusi dgn teratur; banjaran sesuatu yg berderet kedudukannya, barisan, deretan: ~ gunung; B~ Titiwangsa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
deretan | 1 baris yg panjang; jajar: Rumahnya di ~ hujung. 2 sesuatu yg bersambung-sambung; rangkaian: Beberapa ~ peristiwa penting telah berlaku semalam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jejer | (jéjér) banjar, baris, deret, jajar; berjejer berbanjar, berjajar, berbaris, berderet (teratur): motokar-motokar ~ di jalan raya itu; berjejeran berderet-deret: ramai muda-mudi ~ turun menuju ke restoran; menjejeri terdiri berjejer-jejer di: Kuala Perlis dijejeri oleh rumah-rumah nelayan; menjejerkan mengatur berderet-deret (berbaris): ia ~ barang dagangan di atas bangku; jejeran deretan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nirai | Kd barisan (pokok padi dll), jajar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
deret | /déret/, = deretan 1 baris yg panjang; jajar: Rumahnya di ~ hujung. 2 sesuatu yg bersambung-sambung; rangkaian: Beberapa ~ peristiwa penting telah berlaku semalam. berderet 1 berbaris yg satu di belakang atau di samping yg lain: Penonton berdiri ~ di tepi pagar. 2 = berderet-deret merupakan deret yg panjang; berbaris-baris; berangkai-rangkai. mendereti berderet di; membarisi. menderetkan menjadikan berderet (-deret); membariskan: Dia ~ pasu-pasu bunga itu di keliling rumahnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beriring-iringan | berjalan dll berturut-turut, berjalan berjajar-jajar: itik ~ menuju ke air; mereka berjalan beriring-iringan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |