jujur II | ; wang ~ wang yg diberikan oleh pengantin laki-laki kpd orang tua pengantin perempuan; menjujuri membayar (memberi) wang jujur kpd; jujuran wang jujur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jujur | lurus hati; tulus; ikhlas: Nabi Muhammad SAW sangat ~. kejujuran sifat jujur; kelurusan hati; ketulusan hati: Ia yakin pd kebenaran dan ~ suaminya itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
muka dua | tidak jujur; belot. bermuka dua berlaku tidak jujur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jujur | lurus hati; tulus; ikhlas:Nabi Muhammad sangat ~ hatinya. kejujuran sifat jujur; kelurusan hati; ketulusan hati: Ia yakin pd kebenaran dan ~ suaminya itu. | Kamus Pelajar |
jujur I | lurus hati, tulus, ikhlas: orang yg ~ tidak akan berani menikam dr belakang spt kau; kejujuran perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lurus | 1. tidak bengkok, lempang: garis yg ~; keris bermata ~; 2. tegak betul: berdiri ~; garis yg tegak ~; 3. benar, jujur: ia menjawab dgn ~; ia seorang hulubalang yg gagah berani serta ~ dan setia kpd tuannya; 4. tidak bersalahan, tepat benar, betul: terjemahan ~; ~ hati = ~ akal tulus hati; ~ tabung terlalu jujur; terlampau ~, kurus, terlampau cerdik, terkedek prb hendaklah pandai-pandai berlaku atau membawa diri dlm pergaulan (jangan terlalu jujur dan jangan terlalu cerdik); selurusnya sebenarnya, sebetulnya; berselurus membuat sesuatu dgn jujur, berlaku lurus; selurusan berhadapan betul, setentang; melurus menjadi lurus: apabila kapal itu menjunam ke hadapan atau ke belakang, jarum kompas akan ~ balik; meluruskan menjadikan lurus (lempang, tegak, dll): ia ~ kakinya; ia pun membongkok akan membaiki dan ~ tegak rumpun padi; kelurusan 1. perihal lurus (lempang, tegak, dll); 2. perihal lurus (benar, jujur), kejujuran: ia dapat menunjukkan kecekapannya dan ~ hatinya; pelurusan perihal (proses) meluruskan sesuatu: projek ~ jalan itu; pelurus alat utk meluruskan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
halal | 1 dibolehkan (melakukan sesuatu) oleh undang-undang Islam; tidak ditegah oleh syarak; tidak haram: Daging lembu ~ dimakan oleh orang-orang Islam. 2 diperoleh atau dibuat dgn jalan yg sah atau jujur: harta ~ harta yg diperoleh secara jujur; anak ~ anak yg sah. 3 direlakan (diberikan dgn suka hati); telah jelas atau lunas (hutang dll): Segala pemberiannya kpd mangsa-mangsa itu adalah ~. Saya harap hutang itu ~lah dunia akhirat. menghalalkan membolehkan (membenarkan) sesuatu mengikut undang-undang Islam; dibenarkan oleh syarak: Allah ~ jual beli dan mengharamkan riba. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lancung I | 1. tidak tulen (barang-barang dll), palsu: emas ~; 2. tidak jujur, tidak sebenar-benarnya, curang: cintamu kepadaku selama ini ~, palsu, sekali-sekali bukan cinta sejati; sekali ~ keujian seumur hidup orang tak percaya prb sekali diketahui perangai ygburuk sepanjang masa orang tidak percaya lagi; melancung, melancungkan membuat palsu atau tidak benar, menipu: ~ wang; lancungan (barang-barang) tiruan atau palsu: paun emas itu digantinya dgn paun ~; kelancungan keadaan yg tidak tulen (betul, jujur, dll), kepalsuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wang jujur | wang yg diberikan oleh pengantin laki-laki kpd orang tua pengantin perempuan | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejujuran | sifat jujur; kelurusan hati; ketulusan hati: Ia yakin pd kebenaran dan ~ suaminya itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |