kain-kain yg rada halusan | kain-kain yg agak halus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rada | = rada-rada Jk agak, sedikit; ~ gila agak gila; kain-kain yg ~ halusan kain-kain yg agak halus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tongkah II | = ~ kain kain yg dijahitkan pd bahagian atas kain sarung (batik dsb) utk melabuhkannya; bertongkah ada dijahit tongkah: kain sarungnya ~; menongkah menambah panjang pd sebelah atas (kain dll) dgn menjahitkan tongkah, menyambung pd sebelah atas: semua kain sarungnya perlu ditongkah; ~ seluar menyambung seluar di sebelah atas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lap | , = kain ~ kain utk menyapu atau utk menyerap dakwat. mengelap mengeringkan (air dll) dgn kain atau dgn kertas: Dia ~ meja itu supaya bersih. mengelapkan menggunakan sesuatu (spt kain, kertas) utk mengelap: Dia ~ tuala kecil ke dahi anaknya yg dibasahi peluh. pengelap sesuatu (spt kain, kertas) yg digunakan utk mengelap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tik II | kain ~ kain penutup tilam, kain cadar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
topo I | Jk kain-kain yg sudah tua, kain buruk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tudung | sesuatu yg digunakan utk menutup: ~ kepalanya berwarna merah. kain ~ kain penutup kepala atau kain penutup muka orang perempuan; selendang. ~ belanga penutup belanga. ~ kepala a. penutup kepala (songkok, topi dll). b. = ~ muka kain selubung utk menutup kepala atau muka. ~ lampu penutup lampu; terendak lampu. ~ saji penutup makanan yg dibuat drpd mengkuang dll. bertudung memakai tudung; bertutup dgn tudung. menudung menutup dgn tudung; memberi bertutup. menudungi menjadi sbg tudung pd; menutupi: Tudung saji yg ~ hidangan itu dibuat drpd mengkuang. menudungkan menggunakan sesuatu utk menudung atau sbg tudung: Ia ~ piring pd mangkuk itu. penudungan perbuatan (hal dsb) menudung atau menudungkan. penudung sesuatu yg digunakan utk menudung; penutup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lampin | , = kain ~ kain utk membarut anak-anak kecil; kain bedung. melampin membarut anak kecil dgn lampin; membedung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terpal | , = kain ~ kain yg tebal dan kasar tenunannya (biasanya utk kain khemah, layar dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
songket | (songkét) = kain ~ kain tenun yg bersulam dgn benang emas atau benang perak: ibu membelikan ayah ~ berwarna biru; bersongket 1. bersulam dgn benang emas atau benang perak: kain ~; 2. memakai songket: kedua-dua mempelai itu ~ hijau yg ditempah khas di Terengganu; menyongket menyulam dgn benang emas (perak): wanita itu mewarisi kehandalan menenun, menyulam, ~, menekat dan mengarang manik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |