merawal | bendera kecil-kecil panjang, panjipanji; ~ memulang bukit, cerana menengah kota prb sudah jelas sekali seseorang hendak mengemukakan sesuatu permohonan; kita di pangkal ~, dia di hujung ~ prb Mn tanggungan kita lebih berat drpd tanggungannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lanjang I | panjang langkai, kecil panjang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
slip | kepingan kertas yg kecil panjang: Elak drpd menampal ~ pd manuskrip itu. ~ gaji kertas yg mengandungi butiran gaji bulanan, termasuk elaun, potongan gaji dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
slip | kepingan kertas yg kecil panjang: elakkan menampal ~ pindaan pd manuskrip; ~ gaji; ~ gaji kertas yg mengandungi butiran gaji bulanan, termasuk elaun, potongan gaji dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rumah seleret | rumah yg kecil panjang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perahu lading | perahu yg kecil panjang dibuat drpd sebatang kayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seleret | (selérét); rumah ~ rumah yg kecil panjang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ramping I | 1. kecil menggenting (bkn pinggang): pinggangnya ~; 2. kecil panjang (tidak gemuk), langsing; merampingkan menjadikan ramping: herba ubatan yg berkesan sbg sejenis minuman ~ badan; kerampingan perihal (keadaan atau sifat) ramping: ~ pinggang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perahu | sj kenaikan (drpd kayu dll) di air dan biasanya tidak mempunyai geladak, sampan besar; ~ jalur sj perahu yg dibuat drpd sebatang kayu yg dibelah dua, dikorek isi tengahnya dan dibentuk spt perahu; ~ kura sj kapal perang lama; ~ lading perahu yg kecil panjang dibuat drpd sebatang kayu; ~ layar perahu yg memakai layar; ~ mayang (payang, pemayang, pukat) perahu utk memukat di laut; ~ som sj perahu perang yg kecil dan laju; ~ bertambatan, dagang bertepatan prb teratur dan kena pd tempatnya (perdagangan); ~ papan bermuat intan prb sesuatu yg tidak layak diperjodohkan; ibarat ~ takkan karam sebelah prb dua orang yg bersyarikat dll jika rugi tentulah ditanggung oleh keduaduanya; terlangsung ~ boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik prb sebelum mengeluarkan perkataan hendaklah berhatihati, kalau sudah terlanjur tidak dapat ditarik balik; berperahu menaiki perahu: mereka lari ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merengek | menangis panjang-panjang; meminta sesuatu dgn menyatakannya berulang-ulang: Anak kecil itu ~ meminta makanan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |