mengkeret | Jk mengecut, menjadi kecil (pendek). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
centet (centét) | Jk 1. menjadi kecil (pendek dll), menyentap, susut; 2. menjimatkan, menghematkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengkerat | , mengkeret Jk mengecut, menjadi kecil (pendek). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengerut | 1. menjadi berkerut (bkn kulit): kulitnya mulai ~; 2. menjadi bertambah kecil (pendek dll), mengecut (otot dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menguncup | 1. menjadi kuncup (tertutup), mengerut, menjadi tidak kembang atau terbuka: daun semalu ~ apabila disentuh; 2. menjadi kecil (pendek, kurang, dsb) sedikit: cecair mengembang dan ~ menurut perubahan suhu; ~ hatinya berasa takut; 3. menyerupai kuncup (kuntum bunga); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuncup I | 1. tidak terbuka lebar (bkn payung dll), tidak mekar atau kembang (bkn bunga); ~ hatinya ki ketakutan; 2. kuntum bunga, daun muda yg belum terbuka: ~ bunga mawar; 3. ark bp berkulup, belum berkhatan; menguncup 1. menjadi kuncup (tertutup), mengerut, menjadi tidak kembang atau terbuka: daun semalu ~ apabila disentuh; 2. menjadi kecil (pendek, kurang, dsb) sedikit: cecair mengembang dan ~ menurut perubahan suhu; ~ hatinya berasa takut; 3. menyerupai kuncup (kuntum bunga); menguncupkan menjadikan kuncup (tertutup), merapatkan sesuatu yg kembang, mengecilkan: ~ payung; ~ tangan menyatukan (merapatkan) kedua-dua tapak tangan; penguncupan perihal menguncup (menjadi kecil): pengembangan dan ~ yg disebabkan oleh perubahan suhu ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bas mini | bas pendek (kecil) yg dibenarkan membawa penumpang antara 16 hingga 20 orang saja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerut I | 1. lipatan (pd kulit dll), kedut (pd kulit di dahi dll), gelembur: wajahnya membayangkan kesedihan dan di dahinya penuh ~; 2. Mn keriting, ikal (rambut); ~ kering sangat kering serta lisut; ~-merut a) banyak kerutnya; b) kusut (fikiran), kacau, dan bingung (fikiran, hati); c) banyak dustanya (bkn kata-kata); berkerut, berkerut-kerut, terkerut 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut); mengerut 1. menjadi berkerut (bkn kulit): kulitnya mulai ~; 2. menjadi bertambah kecil (pendek dll), mengecut (otot dll); mengerutkan 1. mengedutkan (kening atau dahi), menggelemburkan (kulit dll): orang-orang yg disoal polis kelihatan ~ kening seolah-olah memikir-mikir sesuatu; 2. mengecutkan, memendekkan (sesuatu yg boleh memanjang memendek spt otot dll); kerutan perihal (keadaan) berkerut-kerut, kedutan, lipatan (pd kulit): masih muda perempuan itu tetapi telah kelihatan beberapa ~ di dahinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkara I | 1. sesuatu yg harus diselesaikan, pokok perbincangan (pertelingkahan dll), fasal, hal: sbg pengurus syarikat, banyak ~ yg harus diselesaikannya; Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mengandungi seratus sebelas ~ yg pendek-pendek; ~ belakang urusan yg boleh diselesaikan kemudian; ~ besar hal yg penting; ~ kecil hal yg tidak penting (tidak sukar); habis ~ sudah beres segala-galanya (tidak ada yg hendak diuruskan lagi); 2. kejadian, peristiwa: wartawan yg memberikan ~ kemalangan itu sempat juga mengambil gambar; 3. hal yg menghendaki keputusan, mahkamah, dll (perbuatan jenayah, perselisihan, dll), kes, sengketa: beberapa ~ menerima rasuah sedang disiasat oleh jabatan itu; masih dalam ~ sedang dibicarakan (oleh mahkamah); 4. bp berkenaan dgn, mengenai, tentang hal: lupakan sajalah dahulu ~ hutangnya yg belum selesai itu; 5. bp disebabkan oleh, kerana: ~ perempuanlah mereka berdua itu bergaduh; seperkara; ~ lagi (pula) satu hal lagi, tambahan lagi: ia dilantik memegang jawatan itu kerana kecekapannya, ~ lagi ia memang berpengalaman; berperkara 1. mempunyai perkara (urusan); 2. sedang dibicarakan (diadili); memperkarai ark menjadikan perkara (kes), membawa ke mahkamah; memperkarakan 1. menjadikan perkara, membawa ke mahkamah supaya diadili: kalau kita tidak berhati-hati dan melanggar undang-undang kita boleh diperkarakan; 2. menjadikan perselisihan (pertengkaran, pergaduhan), mempertengkarkan, mendebatkan: tidak ada gunanya kita ~ hal itu, lebih baik kita lupakan sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangkai I | 1. gagang pd buah (bunga dll): buah itu mempunyai ~ yg pendek; ~ daun; 2. batang pokok tumbuhan yg kecil-kecil: ~ kecambah; 3. penjodoh bilangan utk bunga: se~ bunga; 4. tempat memegang sesuatu alat, batang (cangkul, tombak, dll), gagang, hulu (pisau dll): ~ cangkul; ~ bedil gagang bedil; ~ cerek tampuk cerek; ~ dayung batang dayung; ~ embun ki sesuatu yg tidak kukuh; ~ hati ki kekasih; ~ jering = ~ kering ki orang yg kedekut; ~ pena gagang pena; ~ timba pemegang timba; ~ tombak batang tombak; bertangkai mempunyai atau memakai tangkai: dia hanya sempat mengutip buah rambutan yg ~ sahaja; senduk kayu yg ~ panjang digunakan utk mengacau jem. | Kamus Dewan Edisi Keempat |