kehuru-haraan | keadaan yg huru-hara, kekacau-bilauan: ~ di negara itu telah menjejaskan kedudukan ekonominya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keonaran | kegemparan, kehuru-haraan, kekacauan, kerusuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
onar I | gempar, huru-hara, kacau, rusuh: berita yg menimbulkan ~; mengonarkan menggemparkan, mengacaukan, menghuru-harakan; keonaran kegemparan, kehuru-haraan, kekacauan, kerusuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
huru-hara | 1. dlm keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yg aman akan ~ akibat hasutan drpd anasir-anasir komunis; 2. dlm keadaan kelam-kabut (tidak keruan dsb): dia bimbang kalau diisytiharkan pd waktu itu, akan ~lah tentera yg berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dgn tidak tentu tujuan: janganlah ~ ke sana ke mari dgn kawan-kawan pd waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramalkan bahawa ~ akan berlaku di negeri itu dlm tahun 1990-an; menghuru-harakan 1. menyebabkan huru-hara, mengacau-bilaukan: gerila-gerila komunis cuba ~ negara kita, tetapi gagal; 2. menyebabkan huru-hara, menjadikan (keadaan) kelam kabut: kekecohan itu telah ~ mereka; kehuru-haraan keadaan yg huru-hara, kekacau-bilauan: ~ di negara itu telah menjejaskan kedudukan ekonominya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |