kejituan | keadaan atau sifat jitu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kejituan | perihal jitu, ketepatan, kewajaran: Husserl menerima dan memperakui ~ pendapat mereka; tidak cukup dgn hanya menggunakan istilah dan tatabahasa yg betul sahaja, tetapi seharusnya dapat memancarkan ~ bahasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejituan(accuracy) | Nilai pengukuran yang sama atau menghampiri nilai kiraan atau jangkaan. | Kamus Komputer |
kejituan | keadaan atau sifat jitu. | Kamus Pelajar |
penentukuran(calibration) | 1. Proses melaraskan peralatan kepada kejituan tertinggi yang boleh dicapai oleh litar peralatan tersebut. 2. Proses membandingkan peralatan pengukuran dengan peralatan piawai yang mempunyai kejituan yang lebih tinggi untuk menentukan peratus ralat ketepatan peralatan ujian tersebut. Pelarasan kemudian boleh dilakukan untuk mendpatkan peratus ralat yang paling minimum. | Kamus Komputer |
kawalan kejituan(accuracy control) | Kawalan perkakasan atau perisian yang boleh meninggikan ketepatan pengukuran. | Kamus Komputer |
kepersisan(precision) | Darjah kejituan sesuatu kuantiti kiraan yang diukur dari segi jumlah digit selepas titik perpuluhan pada nombor yang digunakan untuk menyatakan kuantiti tersebut. Kepersisan sesuatu kuantiti mungkin tinggi tetapi tidak semestinya tepat. | Kamus Komputer |
perentasan tapak(crossfooting) | Penyemakan kejituan pemprosesan yang dilakukan dengan menambah atau menolak rekod yang berada dalam medan mendatar suatu helaian hamparan elektronik. | Kamus Komputer |
ketepatan | perihal atau keadaan tepat; kejituan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketepatan | perihal atau keadaan tepat; kejituan. | Kamus Pelajar |