Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.luar.ga] | کلوارݢ

Definisi : 1. = kaum ~ saudara-mara, kaum kerabat, sanak saudara: ia sekarang telah berjauhan dr kaum ~nya; ~ diraja sanak saudara raja yg memerintah; ~ sedarah sekalian orang yg mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain (sama nenek moyang mereka); ~ semenda sekalian orang yg bertalian (menjadi sanak saudara) kerana perkahwinan; 2. seisi rumah tangga (yg terdiri drpd suami dan isteri atau berserta anak-anak), kelamin, famili: ada beberapa ~ sahaja dlm kampung itu yg hidup mewah; ia berasal drpd ~ yg kaya; kepala ~ orang yg menjadi kepala (ketua) isi rumah tangga; 3. saudara; ~ angkat saudara angkat; 4. kelas hidup­hidupan, famili: ~ merpati; ~ reptilia; berkeluarga 1. mempunyai keluarga (famili, sanak saudara), bersaudara-mara, berkerabat, bersanak saudara: rumah itu tempat penginapan segala dagang yg gharib yg tiada ~; 2. berumah tangga dan hidup berkeluarga, berkelamin, beranak bini, berfamili: tak akan kau membujang selama-lamanya, suatu masa nanti akan ~ juga; kekeluargaan yg berkaitan dgn keluarga atau hubungan sbg anggota di dlm sesuatu keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan): itu urusan dan masalah ~ semata-mata; hubungan ~ hu­bungan atau pertalian antara seorang dgn seorang yg lain sbg anggota sesuatu keluarga (famili, kaum kerabat, dsb); perkeluargaan persaudaraan, perhubungan (pertalian, yg bersangkutan dgn) keluarga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.luar.ga] | کلوارݢ

Definisi : 1 suami isteri serta anak-anaknya; seisi rumah tangga: Ia berasal dr ~ orang baik-baik. 2 = kaum ~ saudara-mara; kaum kerabat: Ia ingin bertemu dgn kaum ~nya di kampung. ~ sedarah keluarga yg seketurunan. 3 kelas atau golongan benda hidup: ~ reptilia. berkeluarga 1 mempunyai keluarga; berfamili: Wang sebanyak itu tidak cukup bagi orang-orang yg ~. 2 bersaudara-mara (dgn); bersanak saudara; berkerabat. kekeluargaan hal mengenai keluarga: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau tuan merendam telur,
     Jangan terlupa telur yang masin;
Kalau tuan sudah masyhur,
     Jangan lupa keluarga yang miskin.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Pisang masak separak.

Bermaksud :

Keluarga yang senang dan berbahagia hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
semendapertalian kekeluargaan menerusi perkahwinan; keluarga ~ keluarga kerana perkahwinan; orang ~ orang yg berkahwin dgn anggota drpd suku yg lain; bersemenda berkahwin: setelah sampai idahnya, diminta orang engkau akan ~ ke sana; si suami tidak mempunyai kuasa utk mencampuri perkara-perkara besar yg timbul dlm suku tempat ia ~; semenda-menyemenda saling mengahwini (antara dua keluarga); persemendaan hal yg berkaitan dgn berse-menda: hubungan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
keluarga sedarahkeluarga yg seketurunanKamus Pelajar Edisi Kedua
keluarga semendakeluarga kerana perkahwinan;Kamus Dewan Edisi Keempat
patrilokal(Ant) berkaitan dgn, berdasarkan atau mengikut sistem atau pola perkahwinan masyarakat yg menetapkan pasangan yg berkahwin itu tinggal dgn keluarga suami: keluarga ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
egalitarianisme(égalitarianisme) fahaman bahawa semua orang sama rata, dan dgn itu mestilah mendapat hak dan peluang yg sama: dlm keluarga Melayu amnya dan keluarga Islam khususnya, terdapat ciri-ciri ~ yg mendasari bentuk keluarga demokratik.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerabat, = kaum ~ saudara-mara; kaum keluarga. berkerabat ada hubungan keluarga; bersaudara-mara; berkeluarga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
semendapertalian kekeluargaan yg terjalin kerana berkahwin dgn anggota sesuatu keluarga (jika dilihat dr pihak keluarga itu): orang ~ orang yg berkahwin dgn anggota sesuatu keluarga.Kamus Pelajar
semendapertalian kekeluargaan yg terjalin kerana berkahwin dgn ang­gota sesuatu keluarga (jika dilihat dr pihak keluarga itu): orang ~ orang yg berkahwin dgn anggota sesuatu keluarga. bersemenda berkahwin (dgn).Kamus Pelajar Edisi Kedua
nasabAr pertalian keluarga, keturunan (ter­utama drpd sebelah bapa); ~ bapa pertalian keluarga di sebelah bapa; ~ ibu pertalian ke­luarga di sebelah ibu; penasaban hal yg berkaitan dgn nasab: ini berkaitan dgn ~, pewalian, pewarisan, dan pergaulan dlm keluarga; nisab I.Kamus Dewan Edisi Keempat
kekeluargaanyg berkaitan dgn keluarga atau hubungan sbg anggota di dlm sesuatu keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan): itu urusan dan masalah ~ semata-mata; hubungan ~ hu­bungan atau pertalian antara seorang dgn seorang yg lain sbg anggota sesuatu keluarga (famili, kaum kerabat, dsb);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas