Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rancang II; berancang 1. dgn diatur (difikir­kan masak-masak, direncanakan) lebih dahulu: pembunuhan ~; 2. ada atau tersedia rancangan atau rencananya, diatur dan diawasi (berdasarkan asas-asas tertentu): sistem laissez-faire digantikan dgn sistem ~; merancang 1. mengatur lebih dahulu, mem­persiapkan, merencanakan: antara beberapa kemajuan yg dicapai oleh ilmu perubatan sekarang ialah ilmu ~ keluarga; mereka cuba ~ suatu pemberontakan; 2. meng­anggarkan: negara ~ jumlah peng­hasilan yg mesti dicapai, menentukan apa yg penting dan tidak...; 3. bercadang, mengagak-agak, memikir-mikir, mem­per­timbangkan: ke­raja­an Indonesia ~ hendak memutuskan hu­bung­­­an diplomatik dgn China Komunis; terancang sudah dirancang, sudah disediakan rancangannya, mengikut asas-asas dsb yg telah ditentukan; rancangan 1. sesuatu yg dirancang, per­sediaan, persiapan, program, rencana; ~ lima tahun rencana pembangunan negara utk jangka masa lima tahun; 2. = tanah ~ tanah yg diusahakan oleh peneroka-peneroka FELDA (FELCRA dsb); perancangan perbuatan (tindakan, usaha) merancang sesuatu: ~ ekonomi, perusahaan, kebajikan, dan sebagainya; ~ bahasa; perancang orang yg merancang: seorang ~ pelajaran yg terkemuka telah didatangkan; badan ~ badan (jawatankuasa dll) yg bertugas membuat rancangan (undang-undang dll); Lembaga P~ Keluarga lembaga yg bertugas memberi penerangan dan kemudahan-kemu-dahan bagi orang awam utk merancang keluarga.Kamus Dewan Edisi Keempat
terap IVjuru~ tukang yg memasang atau membaiki jentera (kereta dll), jurusawat, mekanik; berterap berukir; menerap 1. mengikat atau memasang per­mata pd cincin (keris dll), mengikat permata pd tempat ikatannya; 2. mengikat bata dll (utk lantai, dinding); 3. memasang enjin (mesin dll); menerapkan mempraktikkan, mengenakan pd, menyerapkan (memasukkan) ke dlm: gerakan koperasi sepatutnya ~ nilai-nilai dan falsafah Islam sebagai satu cara hidup serta menghayatinya; utk ~ keenam-enam aspek ini ke dlm sistem pendidikan, kita memerlukan satu penggubalan dan pen­takrifan yg menyeluruh; terterap (telah) diterapkan (dipraktikkan, diserapkan dsb): konsep pendidikan seumur hidup sudah ~ ke dlm minda masyarakat kita; di sebalik peristiwa itu, ~ unsur pemi­kiran, falsafah dan nafas keislaman yg menjadi pegangannya; terapan 1. keris yg bilahnya berlekuk panjang pd bahagian tengahnya; 2. penyalut pd sarung keris (drpd emas, perak, dll), penduk-penduk; 3. (sesuatu) yg lain diprak­tikkan, (sesuatu) yg digunakan atau dikenakan pd sesuatu lain, aplikasi: institusi perguruan mengadakan kursus linguistik asas dgn tumpuan pd tatabahasa ~ utk memberi pendekatan kpd pelatih tentang aspek-aspek asas dlm ilmu bahasa; leksikografi merupa­kan cabang ilmu linguistik ~; keterterapan perihal (keadaan atau sifat) dapat diterapkan; penerapan 1. perihal (perbuatan dsb) mene­rap atau memasang (enjin dll), pemasangan (enjin dll); 2. perihal (perbuatan dsb) mene­rapkan (mengenakan pd, menyerapkan, dsb), perbuatan dsb mempraktikkan: ~ nilai-nilai Islam ke dlm undang-undang dan pentad­biran negara; ~ corak pendidikan drpd masyarakat lain ke dlm sesuatu masyarakat yg berlainan kebudayaan dan aspirasinya hanya akan menimbulkan kekacauan; penerap 1. orang yg kerjanya menerap (bata, permata dsb): kita telah agak biasa dgn pekerja am mis seorang ~ bata; 2. orang yg menerapkan sesuatu (nilai, ilmu dsb): kita juga harus bertindak sbg ~ nilai-nilai yg murni dlm kehidupan keluarga dan masyarakat; 3. alat utk menerap sesuatu (bata dsb): alat ~ bata.Kamus Dewan Edisi Keempat
batu1. bahan galian pepejal yg bukan logam (tidak terbakar, tidak boleh ditempa, dan tidak hancur dlm air); 2. sj permata (utk mata cincin dll); ~ kecubung sj permata yg berwarna ungu kebiru-biruan; 3. sj permata buatan (dipakai dlm jam dll): jam tangan 17 ~; 4. penjodoh bilangan bagi gigi: se~ gigi; 5. ukuran jarak: kampungku letaknya 10 ~ dr sini; 6. buah (dlm permainan catur): tidak dapat kami bermain catur lagi kerana beberapa ~ hilang; 7. Id bateri (lampu picit): lampu picit tiga ~; 8. ki keras: berhati ~; ~ air = ~ kali = ~ sungai batu yg terdapat di sungai-sungai; ~ ajuk batu (timah dll) pd tali kail utk pemberat; ~ alas tempat tiang rumah berdiri; ~ ali(-ali) anak ali-ali; ~ ambar sj batu yg terdapat di pantai (dibuat paip dll); ~ amzil batu canai (asuhan); ~ anggur asaman yg diambil drpd buah-buahan; ~ anting batu (timah dll) pd tali utk pemberat; ~ api a) batu pencetus api (pd pantik api dll); b) ki penghasut; ~ apung batu yg ringan dan tidak tenggelam dlm air; ~ arang = ~ bara arang yg diambil dr dlm tanah; ~ asah(an) batu utk mengasah perkakas (pisau dll); ~ asas a) batu dasar tempat mendirikan sesuatu (rumah dll); b) ki dasar; ~ badar batu hablur utk mata cincin; ~ bata bata; ~-batan a) berbagai-bagai jenis batu; b) batu karang; ~ belanda permata buatan; ~ berani = ~ semberani besi atau bijih besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi lain; ~ bersurat = ~ bertulis batu yg berpahat dgn huruf-huruf tulisan kuno; ~ besi sj batu yg keras, granit; ~ bintang a) sj batu yg berasal drpd bintang gugur; b) sj batu yg mengandungi hablur; ~ canai gerinda; ~ dacing = ~ timbang timah (besi dll) pd dacing utk menimbang berat barang; ~ dapur = ~ tungku batu tempat meletakkan periuk sewaktu memasak; ~ duga batu (timah dll) utk menduga dalamnya laut; ~ geliga batu yg terdapat dlm tubuh binatang (ular, landak, dll) yg mempunyai khasiat utk menawar bisa dll; ~ giling batu tempat menggiling rempah dll; ~ hampar batu yg lebar dan rata; ~ hempedu ketulan keras spt batu yg terbentuk di dlm pundi hempedu sehingga boleh menyebabkan rasa sakit; ~ hidup batu yg mempunyai kekuatan ghaib; ~ jemala = ~ kepala kepala; ~ johor hablur; ~ kail batu timah; ~ kapur batu yg mengandungi kapur; ~ karang karang laut; ~ kawi mangan; ~ kerikil = ~ kelikir batu kecil-kecil; ~ ketapakan = ~ tapakan a) batu tumpuan; b) ki dasar; ~ kisaran batu khas utk mengisar tepung, rempah, dll; ~ koral = ~ kolar Jk batu karang (laut); ~ kulansing batu besi; ~ lada kerikil yg halus; ~ ladung batu ajuk; ~ lengan otot pd pangkal lengan; ~ lod (Geo) bijih besi yg mempunyai kuasa magnet; ~ loncatan a) batu yg digunakan sbg landasan melompat; b) ki orang atau tempat yg dipergunakan utk mencapai sesuatu; ~ luru alat tempa yg berupa batu sungai atau granit licin, digunakan utk melicinkan (menggilapkan) permukaan tempaan; ~ marmar batu kapur berhablur yg boleh digilap dan digunakan utk binaan dan ukiran; ~ merah tanah liat (batu) yg merah; ~ meroyan sj penyakit perempuan yg baru melahirkan anak; ~ nautika unit ukuran jarak di laut yg bersamaan dgn 1852 m (6080 kaki); ~ nisan batu di atas atau di satu hujung kubur, biasanya ditulis nama dan maklumat si mati; ~ pasir batuan yg terbentuk drpd pasir yg mampat, biasanya digunakan sbg bahan binaan dsb; ~ pejal batu besi; ~ pelinggam sj marmar; ~ penghalang halangan; ~ pualam marmar; ~ sarawak sj galian (bijih) yg mengandungi belerang dan antimoni; ~ sempadan batu utk menandakan sempadan; ~ sendi a) batu alas; b) ki dasar, asas; ~ seremban batu yg digunakan dlm permainan seremban; ~ tanda a) batu yg menunjukkan jarak di antara satu tempat ke satu tempat yg lain; b) peristiwa penting dlm sejarah, kehidupan, dll: peristiwa itu menjadi ~ tanda bermulanya sejarah perkembangan bahasa dan sastera Melayu di tanah air kita; ~ tara batu sempadan; ~ timbul batu apung; ~ tolak bara sl batu pemberat yg digunakan sbg pengimbang dlm perahu: maka oleh Semerluki, diambilnya suatu ~ tolak bara, dicampakkannya di Selat Ungaran; ~ tulis a) Id papan batu; b) batu bertulis, batu bersurat; ~ ubin batu yg dipakai utk lantai rumah; ~ ujian a) batu tempat menguji emas; b) percubaan, cabaran; ~ bulat tak bersanding = ~ hitam tak bersanding prb orang yg kelihatan lemah lembut tingkah lakunya dsb, tetapi sebenarnya keras hatinya (tidak takut menghadapi sesuatu); ~ direbus masakan empuk prb orang yg bodoh itu bagaimanapun tidak mungkin diajar; ~ jatuh ke lubuk prb hilang lenyap; ~ kecil berguling naik, ~ besar berguling turun prb orang yg hina menjadi mulia kerana harta dan orang yg berasal menjadi hina kerana tidak berharta; ~ pelesing prb orang yg kecil tetapi berhati keras; ~ pun empuk, jangan hati manusia prb perkataan yg lemah lembut boleh menawan hati; ~ yg keras air pelekuknya, hati yg keras lidah pelembutnya prb orang yg keras hati itu hanya dapat dipujuk dgn kata yg lemah lembut; ~ yg selalu bergolek dlm sungai itu tiada dihinggapi lumut prb orang yg selalu menambah pengetahuannya tidak dapat ditipu orang, atau orang yg tidak tetap mata pencariannya tidak akan kaya; berbunyi ~, berbunyilah dia prb orang yg tidak dapat berkata-kata (menjawab) kerana kedapatan kesalahannya; lempar ~ sembunyi tangan prb melakukan sesuatu (kejahatan dll) tetapi kemudian berdiam diri seolah-olah tidak tahu-menahu; mencampakkan ~ keluar prb menolong orang lain tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri; muncung penuh air, perut berisi ~ prb tidak dapat mengatakan sesuatu (bkn kesalahan orang) kerana telah terhutang budi; patah ~ hatinya prb habis seluruh kemahuannya (minatnya) utk meneruskan pekerjaan dll; tiada terkajang ~ di pulau prb tidak terlayan kehendak semua orang;berbatu dilitupi atau mempunyai batu: kereta itu melalui jalan yg ~ kerikil;berbatu-batu banyak batu jaraknya: mereka terpaksa berjalan ~ sebelum sampai di bandar;membatu 1. menjadi keras (spt batu): tanah sudah mulai keras ~ kerana lama kemarau;2. berdiam diri, tidak mahu bercakap: mereka bersikap ~ dan membisu; 3. melontari dgn batu: kedai si Ah Kau dibatu orang pd malam hari;membatui membubuh batu (di jalan, kubur, dll);membatukan; ~ diri mendiamkan diri, tidak mahu bercakap, membatu; batuan (Geo) gumpalan atau ketulan bahan galian, spt arang batu, batu kapur, granit, dll yg membentuk sebahagian drpd kerak bumi; ~ enapan batuan yg terbentuk drpd pengumpulan enapan yg dibawa oleh air, udara, dll;perbatuan jarak dlm batu yg dilalui oleh kenderaan bermotor dlm sesuatu tempoh masa.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas