Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rosak (adjektif)
1. Bersinonim dengan binasa: musnah, punah, ranap, jahanam, hancur, hancai, lingkup, hapus, tengkarap, terban,

2. Bersinonim dengan buruk: busuk, cacat, cedera, usang, lapuk, reput, lama, tua,
Berantonim dengan elok

Kata Terbitan : merosakkan, kerosakan, perosak,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kegagalan bencana(catastrophic failure)1. Kerosakan penuh atau kerosakan utama yang menyebabkan semua bahagian sistem tidak berfungsi. 2. Kerosakan yang menyebabkan hasil kerja sistem menjadi sifar.Kamus Komputer
glic(glitch)1. Kerosakan rawak atau sementara pada perkakasan. Biasanya kerosakan ini berpunca daripada pertambahan bekalan kuasa elektrik. 2. Kesilapan atau gangguan kecil pada atur cara.Kamus Komputer
glic(Komp) 1. kerosakan rawak atau sementara pd perkakasan, yg biasanya berpunca drpd pertambahan bekalan kuasa elektrik; 2. gangguan atau kesilapan kecil pd atur cara.Kamus Dewan Edisi Keempat
rosak1. tidak sempurna lagi, sudah tidak baik, sudah bercerai-cerai (tidak tersusun, pecah-pecah, dll): banyak rumah yg ~ dipukul ribut; 2. ki bercalar-calar, kemik (tin dll), luka-luka; banyak pemain kita yg ~ banyak yg luka-luka; 3. ki buruk, busuk (buah-buahan, daging, dll), hancur: buah-buahan itu banyak yg ~; mayat yg sudah ~ sudah busuk dll; 4. ki tidak dapat berjalan lagi (motokar, enjin, dll): kereta saya ~ lagi pagi ini; 5. ki tidak ber­aturan lagi (bahasa, adat, dll): bahasa (adat, perangai, dll) yg sudah ~; 6. ki tidak utuh lagi (perkahwinan), terganggu (ingatan dll): perkahwinannya sudah ~ sejak lama dulu; seorang panglima yg telah ~ ingat­annya; 7. ki kacau-bilau, kucar-kacir (negeri dll): jika sungguh laki-laki, janganlah berperang di dlm negeri, ~ isi negeri; 8. ki tidak baik, jahat (nama); ~ binasa rosak sama sekali; ~ hatinya a) amat menderita sedih; b) buruk perangainya; ~ moralnya buruk tingkah lakunya; ~ namanya mendapat nama buruk; ~ perkahwinannya perkahwinannya gagal; ~ badan kerana penyakit, ~ bangsa kerana laku prb kelakuan yg jahat itu memburukkan bangsa yg mulia spt penyakit menghilangkan rupa yg elok; berosak; ~ diri bersusah-susah (beria-ia) memikirkan sesuatu, menyeksa diri; ~ hati a) menanggung sedih, bersusah hati; b) buruk perangainya (akhlaknya, kelakuannya); merosak mempunyai sifat dll yg meng­aki­bat­kan rosak: pengaruh yg ~; kecaman yg ~; merosaki selalu menjadikan rosak: binatang pe­­liharaan yg suka ~ tanamannya; merosakkan menyebabkan rosak: ~ badan; ~ hati; ~ jiwa; ~ nama; ~ bahasa Melayu; So­­crates dihukum mati kerana dituduh ~ fikiran pemuda; kerosakan 1. perihal rosak: semua ~ ini boleh dibaiki dgn senang; angin membawa ~ yg banyak; 2. menderita rosak (kecelakaan, kemusnahan, dll): tanaman banyak yg ~ akibat hujan lebat; perosakan perihal merosakkan; perosak ark 1. alat utk merosakkan; 2. orang dll yg merosakkan; binatang (haiwan) ~ binatang yg merosakkan tanaman dll; kapal ~ kapal perang kecil yg dapat bergerak cepat; ~ keamanan orang yg mengganggu ke­aman­an, pengacau.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerosakan1. perihal rosak: semua ~ ini boleh dibaiki dgn senang; angin membawa ~ yg banyak; 2. menderita rosak (kecelakaan, kemusnahan, dll): tanaman banyak yg ~ akibat hujan lebat;Kamus Dewan Edisi Keempat
membetulkan1. membaiki (kerosakan, kesalahan, dll): ia ~ duduknya; ~ ejaan yg salah; ~ jam tangannya; 2. membenarkan, menganggap betul: pembunuh itu ~ segala tuduhan;Kamus Dewan Edisi Keempat
diagnosis(diagnostics)1. Teknik yang digunakan untuk mengesan dan mengasingkan kerosakan atau ralat dalam sistem dengan mencetak atau memaparkan taraf sistem yang diuji atau maklumat ralat yang terjadi. 2. Pesanan yang dicetak atau dipaparkan oleh komputer tentang sesuatu kerosakan atau ralat.Kamus Komputer
cela1 kekurangan atau kerosakan yg terdapat pd sesuatu; cacat; cedera: Tingkah laku gadis itu tiada cacat ~nya. 2 dpt menyebabkan atau mendatangkan malu (ttg perbuatan, kelakuan dsb); aib. 3 = celaan ejekan yg keras; kata-kata yg kesat; kecaman. mencela menyatakan kekurangan atau cela se­suatu; mengecam; mengkritik: Menteri tsb telah ~ perbuatan pemuda-pemuda yg tidak bertanggungjawab itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cela1. kekurangan atau kerosakan yg terdapat pd sesuatu; cacat; cedera: Tingkah laku gadis itu tiada cacat ~nya. 2. dpt menyebabkan atau mendatangkan malu (ttg perbuatan, kelakuan dsb); aib. 3. = celaan ejekan yg keras; kata-kata yg kesat; kecaman. mencela menyatakan kekurangan atau cela sesuatu; mengecam; mengkritik: Menteri tsb telah ~ perbuatan pemuda-pemuda yg tidak bertanggungjawab itu.Kamus Pelajar
keruntuhan1. perihal runtuh, kejatuhan, kerobohan, kerosakan: pesawat V-I itu tiba-tiba berhenti di udara lalu menjunam dan menyebabkan ~ di mana-mana; pangkalan-pangkalan itu sbg pusat ~ maruah orang yg tinggal di situ; 2. tertimpa oleh sesuatu yg runtuh: beberapa orang mati ~ bukit itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas