kesungguhan | 1 keadaan sungguh; kebenaran: ~ pengakuannya itu masih diragui. 2 perbuatan yg bersungguh-sungguh; ketekunan: Dgn berkat ~ hatinya, sampailah Marco Polo di Negeri China. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesungguhan | perihal (sikap dsb) sungguh-sungguh, kebulatan hati, minat serta ketekunan (melakukan sesuatu), ketulusan: ia mendengarnya dgn penuh ~; satu persoalan yg dapat kita lihat amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dlm usahanya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesungguhan | 2 perbuatan yg bersungguh-sungguh; ketekunan: Dgn berkat ~ hatinya, sampailah Marco Polo di Negeri Cina. | Kamus Pelajar |
kesungguhan | 1 keadaan sungguh; kebenaran: ~ pengakuannya itu masih diragui. | Kamus Pelajar |
kegigihan | kesungguhan atau keteguhan berpegang pd pendapat atau fikiran sendiri; sifat gigih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketekadan | kesungguhan (hati): ~ utk bersatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kegigihan | kesungguhan atau keteguhan berpegang pd pendapatnya atau fikirannya; sifat gigih. | Kamus Pelajar |
keprihatinan | 1. kesungguhan menunjukkan minat atau perhatian berat pd seseorang atau sesuatu: ~ terhadap kebajikan sosial dan kepentingan awam; ~ negara-negara Islam terhadap Bosnia-Herzegovina; atas rasa ~ dan tuntutan memenuhi cita-cita bahasa, bangsa, dan negara; 2. perasaan sedih (dukacita) yg amat sangat: lalu diberikan berbagai-bagai alasan dan saranan dgn rasa ~ yg mendalam terhadap peranan yg sudah terabai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sungguh | kesungguhan | Kamus Pelajar |
keseriusan | keadaan serius, kesungguhan: ~ menghadapi sebarang kemungkinan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |