ketua turus | pegawai yg tertinggi dlm tentera (angkatan darat, angkatan laut, angkatan udara); | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketua turus | pegawai yg tertinggi dlm tentera (angkatan darat, angkatan laut, angkatan udara); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
turus | 3 pegawai-pegawai kanan tentera yg mengurus hal-hal perancangan dsb: ketua ~ pegawai yg tertinggi dlm tentera (angkatan darat, angkatan laut, angkatan udara) ; pegawai ~ pegawai tentera yg membantu pegawai pemerintahnya. | Kamus Pelajar |
turus | 1 tiang drpd kayu dll utk mengukuhkan sesuatu. 2 kayu atau buluh tempat kacang, sirih dll melilit; junjung. 3 pegawai-pegawai kanan tentera yg mengurus hal-hal perancangan dsb: ketua ~ pegawai yg tertinggi dlm tentera (angkatan darat, angkatan laut, angkatan udara); pegawai ~ pegawai tentera yg membantu pegawai pemerintahnya. ~ belat tiang atau tonggak yg menahan belat. ~ empang tiang yg menahan empang supaya kukuh. ~ tulang belakang rentetan tulang belakang yg menyangga badan dan di dlmnya terdapat saraf tunjang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pandu I | 1. = pemandu orang yg menunjukkan jalan (di laut dll), perintis jalan: hamba sanggup menjadi ~ kpd ketua-ketua kita itu; 2. kapal yg menunjukkan jalan (di pelabuhan), mualim; 3. Id anggota pasukan pengakap; ~ puteri anggota pasukan pengakap wanita; berpandu memakai penunjuk jalan; peluru ~ peluru yg boleh dikawal secara elektronik semasa penerbangannya utk menuju ke arah sasarannya; berpandukan 1. memakai penunjuk jalan; 2. memakai sesuatu sbg petunjuk (pedoman, pimpinan, dll): membina jambatan ~ pelan; memandu 1. memimpin: dialah yg ~ angkatan sepuluh orang itu ke Pulau Tioman; 2. membawa (kereta, kapal terbang): ~ kereta dgn laju; memandukan menunjukkan (kapal dll) jalan, memimpin (kapal dll); panduan 1. orang yg menunjukkan jalan, pengiring; 2. pedoman, petunjuk, pimpinan: Quran ialah kitab Islam yg mengandungi segala ~ bagi umat Islam; 3. sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk mengetahui nama,alamat, butir-butir, dll); ~ telefon buku yg mengandungi nombor telefon dan alamat pemunyanya; kepanduan perihal pandu; pemanduan perbuatan memandu (kereta, kapal,dll): ia akan lebih awas dgn ~ keretanya; pemandu 1. orang yg memandu (menunjukkan jalan), pandu, perintis jalan: mereka menjadi ~ kpd gerila-gerila Indonesia; 2. orang yg memandu atau membawa (kereta,kapal terbang, dll): ~ bas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
turus | 1. tiang drpd kayu dll (utk mengukuhkan pagar, belat, dll), tonggak: dicabutnya ~ pagar yg terpacak itu; 2. kayu atau buluh yg digunakan utk penjalaran kacang (sirih dll), junjungan; 3. = ~ negeri sl pembesar negeri (penghulu dll), pasak negeri: betapa peri aku memecat Pateh Aria Gajah Mada ini? Suatu pun tiada salahnya kpd aku, lagi ia penaka ~ bumi Majapahit; ketua ~ pegawai yg tertinggi dlm tentera (angkatan darat, angkatan laut, angkatan udara); pegawai ~ kumpulan pegawai kanan (dlm tentera) yg membantu pegawai pemerintahnya; ~ belat tiang atau tonggak yg menahan belat; ~ dayung kayu yg dipasang tegak tempat meletakkan dayung (pd perahu dll); ~ empang tiang yg menahan empang (supaya jangan runtuh); menurus tegak spt turus; menuruskan sl mengikatkan seseorang pd turus (sbg hukuman). | Kamus Dewan Edisi Keempat |