kredit | (krédit) 1. wang yg dipinjamkan, jumlah atau kemudahan pinjaman, piutang: ~ di atas kadar bunga yg sebanyak itu hanya dapat diberi jika bank mahu menjamin pinjaman itu; bank-bank perdagangan tidaklah bebas membesarkan atau mengecilkan ~nya; 2. kemudahan membayar terkemudian drpd penerimaan barang, penangguhan pembayaran (bagi barang yg dibeli); menjual (membeli) dgn ~ menjual (membeli) barang dgn pembayarannya ditangguhkan; memberi ~ memberi pinjaman (hutang), membenarkan (membolehkan) penangguhan pembayaran; tukang ~ Jk tukang menjual barang-barang dgn bayaran beransur-ansur; 3. butir perakaunan (spt bayaran dll) yg dicatatkan di ruang sebelah kanan buku kira-kira; mengkreditkan 1. mencatatkan butir perakaunan (spt bayaran dll) di ruang sebelah kanan buku kira-kira; 2. Id, bp memberi pinjaman wang dgn cagaran barang; 3. bp menjual barang dgn bayaran beransur-ansur; perkreditan yg berkaitan dgn kredit atau segala urusan kredit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kredit | /krédit/ 1 jumlah wang yg dipinjamkan; pinjaman: Bank Pertanian mengadakan ~ bagi semua bidang pertanian. 2 kemudahan menangguhkan pembayaran barang yg dibeli: Apabila membeli secara ~, nama pembeli, tarikh dan banyaknya belian direkodkan. 3 butir perakaunan atau catatan di sebelah kanan buku akaun. 4 (jumlah) wang dlm sesuatu akaun kepunyaan seseorang, sesebuah syarikat dll. 5 darjah kelulusan bagi sesuatu mata pelajaran yg diikuti; kepujian. mengkreditkan mencatat butir perakaunan di ruang sebelah kanan buku akaun; mencatat atau memasukkan sbg kredit (dlm sesuatu akaun). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kredit | /krédit/ 1. jumlah wang yg dipinjamkan; pinjaman: Bank Pertanian mengadakan ~ bagi semua bidang pertanian. 2.b kemudahan menangguhkan pembayaran barang yg dibeli: Apabila membeli secara ~, nama pembeli, tarikh dan banyaknya belian direkodkan. 3. butir perakaunan atau catatan di sebelah kanan buku akaun. 4. (jumlah) wang dlm sesuatu akaun kepunyaan seseorang, sesebuah syarikat dll. 5. darjah kelulusan bagi sesuatu mata pelajaran yg diikuti; kepujian. mengkreditkan mencatat butir perakaunan di ruang sebelah kanan buku akaun; mencatat atau memasukkan sbg kredit (dlm sesuatu akaun). | Kamus Pelajar |
perkreditan | yg berkaitan dgn kredit atau segala urusan kredit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kad kredit | kad plastik yg membolehkan pemegang kad tsb membuat pembelian barangan, perkhidmatan, dsb secara kredit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kad kredit | kad yg menunjukkan keterangan spt nama, tandatangan dan nombor kod pemegangnya yg membolehkan pemegang kad itu membuat pembelian (utk barangan, perkhidmatan, dsb) secara kredit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kad | keping(an) kertas yg agak tebal dan keras (biasanya berbentuk empat persegi); ~ ahli kad sbg tanda menjadi ahli (sesuatu perkumpulan dsb); ~ caj sj kad kredit yg pd asasnya memerlukan pemegang kad tersebut membayar segala perbelanjaan yg telah dibuatnya pd tarikh yg ditetapkan; ~ Hari Raya kad utk mengucapkan selamat Hari Raya; ~ jaminan kad yg diberikan oleh sesebuah syarikat kpd pelanggan sbg jaminan bahawa sebarang kerosakan yg berlaku pd barangan yg dijual dlm tempoh tertentu (selepas digunakan) akan dibaiki (diganti) tanpa sebarang bayaran; ~ jemputan = ~ undangan kad yg digunakan utk menjemput orang (menghadiri sesuatu majlis dsb); ~ kredit kad yg menunjukkan keterangan spt nama, tandatangan dan nombor kod pemegangnya yg membolehkan pemegang kad itu membuat pembelian (utk barangan, perkhidmatan, dsb) secara kredit; ~ kuning (Suk) kad berwarna kuning yg ditunjukkan oleh pengadil kpd seseorang pemain sbg tanda amaran kerana berlaku kasar, melawan pengadil dsb, biasanya dlm permainan bola sepak; ~ merah a) kad jemputan kahwin; b) (Suk) kad berwarna merah yg ditunjukkan kpd pemain sbg tanda perintah keluar padang, biasanya dlm permainan bola sepak; ~ pengenalan kad yg mengandungi keterangan tertentu mengenai diri seseorang (namanya, alamatnya, bangsanya, dll); ~ pintar kad plastik seakan-akan kad kredit yg boleh menyimpan dan memproses data komputer utk pelbagai kegunaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surat kredit | (Eko) dokumen drpd sebuah bank kpd bank lain yg membenarkan pembayaran dibuat kpd penamanya apabila syarat telah dipenuhi, biasanya diperlukan oleh pengeksport sbg bukti kemampuan pengimport membayar beliannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tukang kredit | Jk tukang menjual barang-barang dgn bayaran beransur-ansur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memberi kredit | memberi pinjaman (hutang), membenarkan (membolehkan) penangguhan pembayaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |