Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kuasa
1. Bersinonim dengan daya
( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan wibawa
( pengaruh, hak, mandat, daulat, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan kekuatan
( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan sanggup
( minat, rela, mahu, hendak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
duplikasipertindanan pelaksanaan tugas dsb: ini boleh menyebabkan berlaku ~ di be­berapa kementerian dr segi fungsi dan bidang kuasa; menduplikasikan 1. membuat salinan atau lembaran kedua; 2. menyebabkan berlaku pertindihan tugas (kerja dll) yg dilaksanakan oleh orang (agensi dsb) tertentu: ke­se­ra­gaman asas desa belum lagi ~ keseragaman asas kota.Kamus Dewan Edisi Keempat
kuat kuasa1. perihal mulai berlakunya (per­aturan, undang-undang, dll), taraf (kedudukan) sbg sesuatu yg sah: larangan ini berjalan ~-nya mulai esok; undang-undang itu mestilah diluluskan oleh Parlimen sebelum berjalan ~ nya; 2. kuasa atau hak atas sesuatu atau utk melakukan (memerintah, mengurus, dll) sesuatu; 3. kekuatan, kemampuan, daya (utk melakukan sesuatu): bahawasanya tiadalah bagiku ~ dan daya upaya melainkan drpd Allah; berkuat kuasa mempunyai kuat kuasa, mulai menjadi sah atau berlaku: mahkamah pun pd tiap-tiap hari memutuskan hukuman yg ~ spt undang-undang juga; menguatkuasakan menjadikan (undang­undang dll) berkuat kuasa, melaksanakan (undang-undang, peraturan, dll): negeri itu ~ undang-undang melarang menuba ikan; perintah berkurung dikuatkuasakan dr pukul 8 malam hingga pukul 5 pagi; penguatkuasaan perihal (perbuatan, tinda­kan, dsb) menguatkuasakan: bagaimanapun, kita boleh menyekat amalan-amalan negatif ini sama ada melalui ~ undang-undang atau program-program moral yg kini giat diamalkan; penguat kuasa orang (pihak, badan, dsb) yg menguatkuasakan (undang-undang, dasar, dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
kuasa1 kemampuan atau kekuatan utk melakukan sesuatu; tenaga; daya: Apa ~ kita menentang pengganas-pengganas yg bermaharajalela di sana? 2 hak yg diberikan (kpd seseorang, persatuan, badan dll) utk mengurus atau utk melakukan sesuatu: Beliau telah diberi ~ menangkap sesiapa yg melanggar undang-undang. 3 hasil yg diperoleh dgn mendarabkan sesuatu nombor dgn nombor itu sendiri beberapa kali: ~ dua, ~ tiga; ~ empat. Dua ~ tiga ialah 2 ´ 2 ´ 2 iaitu 8. ~ air tenaga yg diperoleh drpd air terjun atau air yg mengalir, utk menjalankan jentera dll. ~ atom tenaga yg diperoleh drpd pecahan nukleus. ~ elektrik tenaga elektrik (utk menjalankan jentera dll). ~ ghaib kekuatan yg diperoleh drpd sesuatu yg tidak dpt dilihat; kesaktian. ~ kuda a. tenaga atau kekuatan kuda. b. kekuatan enjin atau motor utk mengangkat 550 paun setinggi satu kaki dlm masa satu saat. berkuasa mempunyai kuasa; berhak atas sesuatu atau berhak melakukan sesuatu; dpt atau boleh melakukan sesuatu; berdaya; sanggup; mampu: Dia tidak ~ membuat kerja itu. Siapa yg sebenarnya ~ di sini? menguasai 1 berkuasa atas sesuatu; menjalankan atau mengenakan kuasa pd: Pasukan keselamatan telah dpt ~ kawasan itu semula. 2 mentadbirkan (negara dll); mengurus; memerintah: Orang-orang asing masih ~ syarikat-syarikat besar di negara kita. kekuasaan kuasa atau hak utk memerintah (mengurus dll); kekuatan; kesanggupan: Orang Belanda berasa cemburu kerana ~nya akan terganggu. penguasaan perbuatan atau hal menguasai: ~ bahasa Melayunya sangat lemah. penguasa orang yg berkuasa atas sesuatu atau utk mengurus sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rampas; merampas 1 mengambil sesuatu kepunyaan orang lain dgn paksa; merebut: Seorang pemuda telah ~ wang di tangannya. 2 mengambil alih sesuatu kekuasaan dgn paksa; merebut: Mereka sengaja menimbulkan huru-hara supaya mudah mereka ~ kuasa. rampasan 1 sesuatu yg dirampas: Mereka banyak beroleh barang ~. 2 tindakan merampas; kejadian merampas: ~ kuasa. perampasan perbuatan atau hal merampas; penyamunan. perampas orang yg merampas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
polmakIB 1. bp surat kuasa; 2. orang yg diberi kuasa, kuasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
polmahIB 1. bp surat kuasa; 2. orang yg diberi kuasa, kuasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
kudratAr 1. kuasa (Allah); ~ Ilahi; ~ (dan) iradat Tuhan kuasa dan kehendak Tuhan; 2. kuasa, tenaga, kekuatan: semakin lama semakin lemah ~ saya hendak mengawal keinginan saya itu; ~ alam a) kekuatan alam; b) hukum alam, hukum-hukum (kaedah­-kaedah) yg menentukan sesuatu kejadian alam; 3. sifat atau tabiat semula jadi, pembawaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pajak1. kuasa utk mengerjakan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll, pak; ~ candu a) kuasa utk menjual candu; b) tempat menjual candu; 2. Id cukai: ~ bumi (tanah); ~ pendapatan (penghasilan, pencarian) cukai yg dikenakan pd pendapatan orang; 3. kedai atau warung; 4. sj gerai tempat men­jual barang-barang (di pasar); ~ ikan (sayur) tempat ikan (sayur) dijual; ~ gadai a) kuasa utk membuka rumah gadai; b) = rumah ~ tempat menggadaikan barang­-barang; ~ judi tempat berjudi; ~ kepala ark cukai yg dikenakan pd setiap orang; memajak 1. mengerjakan sesuatu dgn mem­bayar sewa kpd kerajaan dll, mengepak; 2. meng­gadai: ~ barang-barang emas; 3. menjual di pajak: dia memanaskan susu lembu yg dipajaknya setiap pagi; memajaki membayar pajak utk; memajakkan menyerahkan sesuatu hak kpd orang lain dgn menerima sewa: baginda ~ kuasa memungut cukai di muara Sungai Perak kpd seorang Cina; pajakan kontrak (kuasa atau hak) yg mem­bolehkan orang lain menggunakan atau men­duduki tanah, bangunan dsb orang lain dlm tempoh masa dan dgn bayaran tertentu; pemajakan proses memajak: ~ daerah-daerah kpd Baron; pemajak orang yg memajak.Kamus Dewan Edisi Keempat
kudrat1 kuasa (Allah): ~ Tuhan. 2 kekuatan atau tenaga utk mengerjakan sesuatu; kuasa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
proksi1. kuasa yg diberi kpd seseorang utk bertindak bagi pihak atau mewakili orang berkenaan yg tidak hadir, mis dlm sesuatu pengundian: mengundi secara ~; 2. orang yg diberi kuasa utk bertindak bagi pihak orang lain yg tidak hadir.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas