seri muka | a. cahaya muka. b. kuih yg dibuat drpd pulut dan diberi berlapis dgn serikaya dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
loyang | 1. aloi tembaga dan zink; 2. Jk sj talam besar (dibuat drpd kangsa atau tembaga); 3. bekas yg dibuat drpd aluminium atau zink, biasanya digunakan utk mengisi adunan kuih spt seri muka dan apam yg hendak dikukus; 4. acuan kuih; kembang ~ ark sj bubur dibuat drpd tepung beras dan gula; kuih ~ sj kuih (dibuat drpd tepung beras, santan, dan gula) yg digoreng dgn acuan tembaga, kuih goyang, kuih ros. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seri I | ~ muka a. cahaya muka. b. kuih yg dibuat drpd pulut dan diberi berlapis dgn serikaya dsb. | Kamus Pelajar |
seri I | 1 sesuatu yg menyebabkan sesuatu yg lain kelihatan bertambah indah atau cantik; cahaya; semarak: Nila digunakan utk menambah ~ pd kain putih. 2 sesuatu yg dianggap sbg lambang kemegahan atau kemuliaan: Rafeah itu ~ segala perempuan di situ. ~ gadus kuih yg bulat pipih. ~ gunung keadaan sesuatu yg kelihatan cantik dr jauh. ~ muka a. cahaya muka. b. kuih yg dibuat drpd pulut dan diberi berlapis dgn serikaya dsb. ~ pagi nama sj pokok atau bunganya (pokoknya menjalar dan bunganya berbentuk spt trompet), Ipomoea spp.. ~ panggung pemain sandiwara atau pelakon bangsawan yg terkenal. berseri 1 kelihatan elok atau indah; bercahaya; bersemarak. 2 = berseri-seri kelihatan cemerlang mukanya kerana kegirangan dll. 3 meriah dan ceria (bkn majlis, persembahan dsb): Jika dia datang, majlis itu akan lebih ~. menyerikan 1 menjadikan berseri (bkn wajah, suasana dsb): Ia ~ lagi suasana di ruang makan itu dgn hiasan yg indah. 2 menjadikan (majlis, kehidupan dll) meriah dan ceria: Ramai artis akan ~ konsert Ambang Merdeka. Ketibaan orang baru akan ~ lagi kehidupan mereka. penyeri orang atau sesuatu yg menyerikan: Anak gadisnya itulah yg menjadi ~ hidupnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seri I | 1. cahaya semarak: nila gunanya utk menghilangkan warna perang pd kain putih dan menambah ~ pd warna biru; 2. ke-muliaan, keindahan, kemegahan: Rafeah itu ~ segala perempuan di situ; ~ balai sl balai penghadapan (tempat raja dihadapi rakyat); ~ gadus sj kuih pipih dan bulat yg diperbuat drpd tepung gandum; ~ gunung kelihatan cantik (elok, bagus); ~ kaya sj makanan (drpd telur, gula, santan, dan tepung) yg biasanya dimakan dgn roti; ~ muka a) air (cahaya) muka; b) = berseri muka kelihatan bercahaya mukanya (kerana kegirang-an dll); c) sj penganan drpd pulut berlapis dgn seri kaya; ~ panggung orang bintang bangsa-wan (sandiwara dll); berseri 1. bercahaya, bersemarak; 2. kelihatan cantik, berupa mulia (megah dll): maka negeri Melaka pun tiada ~ lagi; 3. = berseri-seri kelihatan bercahaya mukanya dll (kerana kegirangan, keriangan, dll): dgn wajah yg ~-seri, dibukalah surat itu dan dibacanya; menyerikan menjadikan berseri, menyinarkan, menyemarakkan (majlis dll): majlis itu diserikan dgn pencak silat; pohon rendang yg sedang diserikan oleh bunga yg memerah cerah; keserian keadaan yg (ber)seri: ~ pakaian baginda terserlah dgn selendang kuning yg dipakainya; penyeri seseorang atau sesuatu yg menyeri-kan: anak-anak itulah yg menjadi ~ rumah tangga mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lama I | 1. panjang masanya (membuat sesuatu dll), lwn sekejap: anak raja itu telah ~ benar tiada balik-balik; tentu Sutan takkan ~ tinggal di rumah; memakan masa yg ~; 2. telah wujud (ada, terlibat, dsb) dlm jangka masa yg agak panjang: sebuah rumah ~ di kampung itu; pakaian ~; kawan ~; alasan-alasan ~; ahli-ahli ~; 3. tidak moden lagi, ketinggalan zaman: fesyen ~; 4. wujud pd zaman sebelum ini atau zaman dahulu, kuno, tua: kesusasteraan Melayu ~; masyarakat Melayu ~; 5. wujud sejak dahulu lagi: kuih-kuih Melayu ~; barang-barang ~; sikap ~; 6. yg digunakan dsb sebelum mendapat yg baru: dia menjual rumah ~nya utk membeli sebuah rumah baru; motosikalnya yg ~ diberikannya kpd adiknya; 7. berlaku pd masa yg sudah-sudah: membangkit-bangkitkan perkara ~; ingatan ~ mengusik jiwanya; selama 1. sepanjang masa yg tertentu: saya telah tidak bekerja ~ empat puluh hari; 2. selagi, sepanjang waktu, dlm masa (yg tertentu): ~ ia berkahwin dgn aku; ~ ini dlm masa-masa ini; selamanya utk jangka masa yg lama dan berterusan: manusia tidak ~ muda; selama-lamanya 1. yg sangat lama, paling lama: ~ dua tahun dia merantau kemudian pulanglah dia; 2. tidak berkesudahan, kekal: ia berikrar tinggal di Singapura ~; lama-lama 1. dgn lama: direnunginya muka gadis itu ~; 2. akhirnya, kesudahannya: sedikit-sedikit ~ menjadi bukit; 3. makin lama makin bertambah; berlama terus berada lama: engkau yg datang berlindung di sini tidak pernah ~; berlama-lama, berlamaan, berlama-lamaan 1. lama (berbuat sesuatu dll), lambat, tidak cepat: di sana memang banyak hiburan, tetapi hatiku kurang tertarik utk ~; 2. lama-kelamaan, lambat-laun; melamakan (sengaja) membuat lama-lama, memanjangkan masa; kelamaan 1. sl masa (yg tertentu), lama: hatta berapa ~nya, Seri Nara Diraja pun kembali ke rahmatullah; 2. ark terlalu lama; 3. akhir-akhirnya; lama-kelamaan lambat-laun, akhir-akhirnya: ~ berlakulah perubahan secara beransur-ansur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |