depang | ; mendepang 1. merentang (menghulurkan lurus-lurus) kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri: kedua-dua belah tangannya ~ dr tiang ke tiang pintu; 2. = berdepang terentang atau terhulur lurus (kedua-dua belah tangan) ke kiri dan ke kanan: dia dipaksa berdiri di tengah panas dgn tangannya ~; mendepangkan merentangkan kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri: dia ~ kedua-dua belah tangannya sambil melonjak dgn sekuat-kuat hatinya; terdepang terentang (tangan) ke kanan dan ke kiri, berdepang; depangan hasil mendepang atau mendepangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cacak | tegak lurus: tiang ~ tiang yg tegak lurus. mencacak berdiri tegak lurus: ~ tonggak berdiri lurus spt tonggak; ~ lari lari cepat-cepat. mencacakkan menanam sesuatu tegak lurus (di tanah): ~ tiang bendera. tercacak 1 terdiri atau berdiri tegak lurus: Entah bila datangnya, tiba-tiba ia ~ di muka pintu. 2 tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3 terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hunjam | ; menghunjam 1 turun atau terjun ke bawah dgn kepala dahulu; menjunam (spt helang menyambar ayam); menukik: Ada yg ~, ada pula yg melayang. 2 menikam atau menusuk lurus-lurus dr atas ke bawah; masuk lurus ke bawah: Akarnya ~ ke dlm tanah. menghunjamkan 1 menjadikan atau menyebabkan menghunjam; menjunamkan; menukikkan: ~ layang-layang menuju ke tanah. 2 menikamkan atau menusukkan (lembing dll) lurus-lurus dr atas ke bawah: Dihunjamkan lembingnya pd binatang itu. terhunjam terlanggar pd tanah (bkn kepala dll); terpacak; terpancang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
iktidal | Ar 1. lurus, sama tengah, sebanding, seimbang; 2. berdiri tegak (lurus) selepas rukuk (ketika sembahyang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hunjam | menghunjam 1. turun atau terjun ke bawah dgn kepala dahulu; menjunam (spt helang menyambar ayam); menukik: Ada yg ~, ada pula yg melayang. 2. menikam atau menusuk lurus-lurus dr atas ke bawah; masuk lurus ke bawah: Akarnya ~ ke dlm tanah. menghunjamkan 1. menjadikan atau menyebabkan menghunjam; menjunamkan; menukikkan: ~ layang-layang menuju ke tanah. 2. menikamkan atau menusukkan (lembing dll) lurus-lurus dr atas ke bawah: Dihunjamkan lembingnya pd binatang itu. terhunjam terlanggar pd tanah (bkn kepala dll); terpacak; terpancang. | Kamus Pelajar |
menghunjam | 1 turun atau terjun ke bawah dgn kepala dahulu; menjunam (spt helang menyambar ayam); menukik: Ada yg ~, ada pula yg melayang. 2 menikam atau menusuk lurus-lurus dr atas ke bawah; masuk lurus ke bawah: Akarnya ~ ke dlm tanah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tegak | 1 bangkit atau bangun dr tempat duduk dsb; berdiri: Dia pun ~ dr kerusinya. 2 lurus ke atas (bkn sikap badan, tiang dll): Dia berdiri ~. tegak-tegak (berdiri dll) lurus-lurus: Mereka disuruh berdiri ~. menegak menjadi tegak (lurus ke atas): Anak pokok yg baru akan tumbuh ~ dr mata tunas. menegakkan 1 meletakkan supaya berdiri tegak (bkn tiang dsb); mendirikan: ~ tiang. 2 mendirikan (rumah, persatuan dsb); membangunkan; menubuhkan. 3 menyebabkan atau menjadikan tegak: Cerita yg seram itu ~ bulu roma. 4 mengusahakan supaya menjadi kuat atau teguh: Mereka berjuang utk ~ keadilan. ketegakan keadaan tegak. penegakan perbuatan, hal dsb menegak atau menegakkan. penegak sesuatu yg menegakkan atau yg mendirikan; sokong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tegak-tegak | 1. sentiasa tegak (berdiri), berdiri tidak dgn sungguh-sungguh; 2. berdiri (duduk dll) lurus-lurus: mereka itu disuruhnya berdiri ~ spt askar; 3. ki dgn terang-terang, dgn begitu sahaja, mentah-mentah: dihalaunya ~ sahaja agaknya; kapal musuh yg lengkap dgn senjata itu ditentangnya ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghunjamkan | 1 menjadikan atau menyebabkan menghunjam; menjunamkan; menukikkan: ~ layang-layang menuju ke tanah. 2 menikamkan atau menusukkan (lembing dll) lurus-lurus dr atas ke bawah: Dihunjamkan lembingnya pd binatang itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tepat | 1 lurus arahnya atau lurus tujuannya: Matahari ~ di atas kepala. 2 betul-betul pd waktunya: ~ pd pukul sepuluh malam, kereta api itu pun berlepas dr Kuala Lumpur. 3 betul-betul pd matlamatnya atau pd sasarannya: Tembakan itu ~ mengenai sasarannya. 4 betul jawapannya, dugaannya dsb: Jawapannya itu tidak ~. Ramalannya ~. 5 betul-betul 90 darjah (ttg sudut dsb): sudut ~. bertepatan 1 bersamaan dgn waktunya: Pd tahun itu, Hari Raya Puasa ~ dgn hari Tahun Baru Cina. 2 kena pd tempatnya; sama atau sesuai benar: Ucapannya ~ dgn isu-isu hangat yg sedang diperkatakan. menepati 1 berpegang teguh pd janji dsb; memenuhi janji dsb; menunaikan: Hutang mesti dibayar, janji mesti ditepati. 2 kena tepat pd (sasaran dsb): Tikamannya ~ sasaran. menepatkan menjadikan tepat; mengarahkan tepat-tepat. ketepatan perihal atau keadaan tepat; kejituan. penepatan perbuatan atau hal menepati atau menepatkan. penepat sesuatu yg menjadikan tepat: sudut ~ sudut(-sudut) yg apabila dicampurkan berjumlah 90 darjah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |